Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

28 Mac 2012

Lagi Gambar Dan Berita Kemalangan Ngeri Pemuda Umno Di Putrajaya Petang Tadi cc @NajibRazak @KhairyKj



Orang ramai termasuk Ahli Dewan Undangan (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz (kanan) membantu mengangkat mayat Khairul Hisham Janarudin



Keadaan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang rosak teruk akibat kemalangan di Persiaran Timur berhampiran susur keluar Desa Pinggiran Putra.

gambar http://din.huluselangor.net/?p=12920


Dua AJK Pemuda UMNO Hulu Langat maut kemalangan
28/03/2012 7:37pm


Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH dan HAKIMI ISMAIL


PUTRAJAYA 28 Mac – Dua Ahli Jawatankuasa (AJK) Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Hulu Langat, Selangor maut manakala tiga lagi cedera, termasuk seorang parah apabila kereta yang mereka naiki terbabas lalu merempuh sebatang tiang lampu di Persiaran Timur, berhampiran susur keluar Desa Pinggiran Putra di sini, hari ini.

Mereka yang terbunuh ialah Khairul Isham Janarudin dan Saifuddin Kandar yang merupakan penumpang kereta berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz berkata, beliau menerima panggilan daripada salah seorang mangsa yang terselamat dalam kemalangan itu yang memaklumkan bahawa kereta yang dinaikinya terlibat dalam satu kemalangan ngeri.

Katanya, mereka dalam perjalanan pulang ke Kajang selepas menghantar Ketua Penerangan Pemuda UMNO bahagian itu, Al Dita Aladin ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk menunaikan umrah. - UTUSAN




Al Fatihah....

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate