Pertama sekali mari kita lihat siapa dan apakah latar belakang Dr Dzulkifli. Berikut latar belakang beliau untuk diteliti oleh anda yang dipetik di sini http://pru12.pas.org.my/
P096 KUALA SELANGOR
| |
DR. DZULKEFLY AHMAD
| |
UMUR : 52 TAHUN (1 JANUARI 1956)
ASAL : REMBAU, NEGERI SEMBILAN MENETAP : SHAH ALAM, SELANGOR KELAYAKAN AKADEMIK : PH. D DI DALAM BIDANG TOXICOLOGY, PENGALAMAN KERJAYA : AHLI POLITIK PENSYARAH KONSULTAN AHLI PERNIAGAAN JAWATAN DI DALAM PARTI : PENGARAH PUSAT PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN PAS |
PAS jika dilihat dari kenyataan Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pembangunan PAS di atas, beliau seakan mengakui bahawa BN yang ditunjangi parti Islam UMNO memiliki kebijaksanaan apabila tidak menjalankan hudud kerana faktor kaum lain yang turut ada dan berkongsi kuasa di Malaysia.
Pada awal bicaranya beliau juga mengatakan faktor kejayaan PAS tahun 2008 berpunca dari keliberalan PAS hari ini dengan slogan PAS for ALL. Yang difahami dari perkataan beliau ialah apabila sudah tidak wujud perkataan negara Islam yang ditukar negara kebajikan dan hudud maknanya PAS sudah liberal dan mudah diterima oleh pengundi India dan Cina.
Beliau juga mengakui kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia dan maka apabila Tun Mahathir menekankan isu keadilan dalam HUDUD ternyata PAS juga seiring senada dengan mengatakan HUDUD tidak wajib dilaksana dan diakui oleh Pengarah bahagian think-tank PAS iaitu Dr Dzulkifli Ahmad.
Jangan pelik PAS kini tidak lagi menyebut isu HUDUD kerana mahu mengelak undi mereka hilang. Lebih mengejutkan, Dr Dzulkifli memberi contoh dalam video asal di atas apabila PAS mengumumkan Dokumen Negara Islam tahun 2002, dua tahun selepas itu pada PRU 2004 PAS telah kalah teruk kerana undi Cina India beralih kepada BN.
Walhal dulu mereka mengatakan jika tidak dilaksanakan HUDUD maka boleh jadi kafir Nauzubillah...
Maknanya permainan isu 'hudud' ini hanya untuk meraih undi bukan demi Allah Taala.
Kenapa apabila undi hilang HUDUD mahu diketepikan ? Maknanya mereka tidak konsisten di atas apa yang mereka laungkan selama ini. Walaupun lambat akhirnya PAS sudah sedar apa yang UMNO buat atas dasar kebijaksanaan bukan sekularisme atau apa jua isme yang cuba ditampal ke badan UMNO itu sendiri. Ia juga sekaligus membuktikan bahawa penangguhan hukum HUDUD tidak bercanggah dengan syariah kerana Islam tidak memaksa HUDUD dilaksanakan apabila wujud faktor semasa dan keadaan tidak lagi membolehkan ia dilaksanakan bukan menolaknya secara total.
Jika bercanggah dan boleh gugur akidah sudah tentu PAS tidak akan membuang perkataan HUDUD dalam manifesto PRU 13 mereka !!!
Baca juga tulisan blogger Kembara Politik tentang video di atas :
Siri temubual ini menunjukkan Pas cuba untuk memberitahu kepada rakyat bahawa dalam mentadbir negara perlulah menggunakan pendekatan yang bijaksana sebegitu juga dalam soal undang-undang hudud. Dan pendekatan bijaksana itulah juga yang sebenarnya digunakan oleh Dr Mahathir. Cuma Pas buat-buat tidak tahu.
Atau adakah pendapat Dr Dzulkifli ini bohong semata-mata yang sengaja mahu menjatuhkan air muka Nik Aziz? Jika benar, apakah Dr Dzulkifli adalah orang pertama dari Pas yang menolak hudud? Tidak takutkan Dr Dzulkifli sekiranya tiket syurganya ditarik balik?
Rumusan yang kita boleh buat ialah Pas sebenarnya tahu apa yang dibuat oleh Dr Mahathir berhubung isu hudud adalah tepat dan betul! Cuma Pas sengaja tidak mahu terima kerana bongkak kononnya dia sahaja lebih Islam dan betul. Pas tidak boleh terima apa yang dilaksanakan oleh kerajaan kerana ianya dibuat oleh kerajaan bukannya dibuat oleh sebuah parti politik yang ada nama Islam di dalamnya.
Namun yang tidak bagusnya, ramai orang sudah tertipu dengan permainan kafir mengkafir PAS dan ramai sudah benci sebenci-bencinya dengan parti UMNO kerana isu HUDUD. Soalnya siapakah yang akan membersihkan perkara ini ?
Anda mungkin boleh dengan menyebarkan video di atas untuk difahami oleh masyarakat bagaimana rupa PAS yang sebenar.
Hj Hadi sendiri turut mengakui tidak akan melaksanakan HUDUD (mungkin mengikutn pandangan Dr Dzulkifli Ahmad) dengan mengatakan, yang penting ialah konsep mencegah kemungkaran berlandaskan syariah yang adil - yang kebetulan sudah pun dilaksanakan oleh parti Islam UMNO selama ini.
Terima kasih Dr Dzulkifli Ahmad atas pujian anda kepada Barisan Nasional...Anda sememangnya pemikir yang bijak dan juga sungguh berani menongkah arus semasa ...
UMNO sudah tidak lagi kafir kerana pujian anda...
Terima kasih.
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan