Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

08 Mac 2012

Tips Untuk Jadi Blogger Hebat - Sebarkan cc @NajibRazak


 TIPS UNTUK JADI BLOGGER HEBAT





Gempak gile kan tajuk entri kali ni. Walaupun, agak sedih la nak cerita trafik blog ni macam mane..haha. Perasan sungguh penulis entri ni. Tak apa, setiap pencapaian tu bermula daripada angan-angan dan impian. Maka tak salah rasanya aku nak berangan jadi blogger hebat dan berkongsi tips dengan rakan blogger lain.




Blogger dinilai daripada penulisan beliau. Kalau penulisan beliau menarik, maka tertarik la pengunjung nak membaca dan terus melekat dan menyelongkar kandungan blog tersebut. Kalau sebaliknya, maka butang ‘x’ berwarna merah kat penjuru atas sebelah kanan tu la jawapnya.


Penulisan yang baik biasanya meninggalkan kesan pada pembaca. Kalau korang perasan, setiap blogger-blogger hebat punya identiti sendiri melalui gaya penulisan diorang. Tak faham? Maksudnya, walaupun kau tutup address bar kat atas tu kau boleh kenal siapa penulis sesuatu entri tu. Diorang punya style tersendiri dan tak terikut-ikut dengan gaya penulisan orang lain.


Blogger yang hebat tak pernah tinggalkan blognya sunyi tak berpenghuni. Seminggu tak dikemaskini pun dah dikira tempoh yang sangat panjang, apatah lagi sebulan dua (aku la tu).Tak perlulah update setiap hari tapi cukuplah sekadar termampu. Satu entri setiap 3 hari pun dah cukup baik pada aku.


Jangan paksa diri untuk kemaskini secara kerap atau hasil penulisan kita akan nampak macam tangkap muat. Yang paling penting, pastikan setiap penulisan itu berkualiti dan dapat memberi sesuatu kepada pembaca. Ingat, kita cuma punya beberapa saat/minit je untuk meyakinkan pembaca untuk terus membaca atau sebaliknya.


Trafik itu penting dalam berblog tapi jangan jadikan itu sebagai target utama berblog. Setiap word kalau boleh nak dicheck kekerapan penggunaan di search engine. Jangan buat macam tu, kelak kau akan menulis macam robot yang dah diprogram untuk tujuan SEO. Ingat pembaca ialah manusia.


Janganlah salahgunakan SEO ni. Korang seronok ke bila korang nak search satu benda, keluar natang yang tak ada kaitan langsung dengan ape yang korang cari. Buang masa kan? Kalau setakat nak menarik trafik je, baik kau bukak laman web lucah. Pasti dapat banyak klik.


http://www.ahmadyusrie.com/blog/blogging/tips-untuk-jadi-blogger-hebat/


Panglima : tak semestinya guna tajuk lucah sahaja boleh naikkan traffik. Info berguna juga penting selain keikhlasan menulis menulis, supaya tulisan kita mampu menarik minat pembaca. Orang suka benda lucah akan cari blog tajuk lucah yang menggunakan istilah lucah untuk menaikkan traffik dan begitulah sebaliknya,


Mujurlah UMNO bukan parti lucah dan kerana itu hanya blogger Unit Media Baru yang dilarang melucahkan blog, diiktiraf jentera parti oleh YB Khairy Jamaluddin. Jika ada pemimpin suka blog lucah, kita yakin itulah antara jenis yang bakal dikuburkan oleh rakyat termasuk penyokongnya sendiri lantaran merosakkan nama baik UMNO yang tidak menjadikan lucah dan mencarut sebagai modal untuk tarik undi..


Selepas ini bagus jika ranking blog juga diasingkan antara blog lucah, mencarut dan sebaliknya.



Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

1 ulasan:

zakzak berkata...

SETUJU. saya lebih suka berkunjung ke blog yang ada penulisan kritikal, ilmiah, kekadang lawak, tapi tak berapa minat dengan blog yg penuh dengan artikel2 berbaur lucah.

Cari Blog Ini

Translate