Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

06 April 2012

Ayuh Pertahankan Parti @NajibRazak Hingga Akhir Hayat


Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.

Ketika sahabat pembaca membaca artikel ini sudah tentu di saat fikiran sedang tenang selepas menyelesaikan sekelian banyak tugasan di rumah atau pejabat.


Pada saat ini penulis mencoret sedikit luahan hati untuk didedikasikan kepada Ulil Amri Malaysia YAB Perdana Menteri dan pandangan berkenaan kepimpinan beliau yang baru sahaja genap tiga tahun usianya bulan ini.


Jangan kita membandingkan Najib Razak dengan sesiapa pun kerana setiap orang sememangnya mempunyai kelebihan tersendiri dan juga ada kelemahannya. Juga jangan melihat keburukan namun tiliklah kelebihan yang diberi Allah kepada beliau.

Namun kita yakin dan percaya rakyat sudah banyak melihat,merasa dan mendengar kebaikan yang Allah beri kepada kita melalui beliau.

Jika beliau gagal menjadi Perdana Menteri, sudah tentu tidak akan ada sedikitpun kejayaan yang dicapai oleh Malaysia samada untuk diri,keluarga dan masyarakat kita amnya.

Namun hari demi hari satu persatu kejayaan dicapai oleh Malaysia. 
Bukti tentang perkara di atas ada di sini http://youtu.be/xhAI0z8gmE4

Adakah mahu kita menukar 'pemandu' sedia ada kepada pemandu yang terbukti hampir menenggelamkan negara kita ketika mahu menerima IMF semasa lapan tahun menjadi Menteri Kewangan iaitu Datuk Anwar Ibrahim?

Klik sini http://www.anwaraidc.com/ kupasan lengkap isu IMF dan Anwar Ibrahim

Doa kita, agar rakyat terbuka mata hati mereka dan terbuka akal waras yang dikurniakan Allah agar dapat membuat sebaik pilihan dengan terus memilih BN yang menjadi parti Najib Razak.



Sungguh rugi jika pemimpin sehebat,selembut,serendah hati,semesra seperti beliau ditumbangkan oleh ombak tipudaya dan fitnah yang keji dan menjijikkan... Peliknya ketika Anwar Ibrahim dilontar berbagai tuduhan beliau hanya menikus mendiamkan diri, tetapi apabila Najib Razak ditohmah membunuh Altantunya tangkas beliau bangkit bersumpah di masjid sebanyak empat kali.





Jika musnah negara Malaysia di tangan Perosak Rukunegara atau PR maka jangan difikir akan wujud lagi setenang dan seaman Malaysia seperti yang menimpa rakyat di Iraq, sebelumnya Palestin, Afghanistan, Mesir, Syria dan juga jiran terdekat Thailand. Mereka contoh bagaimana keamanan masih dicari hingga kini namun mereka masih gagal menemui di mana ia tersembunyi.






Mari kita seluruh agama, bangsa, budaya memelihara Malaysia dengan terus mempertahankan parti BN yang dipimpin Najib Razak agar beliau akan terus memberi bakti kepada kita semua hari ini, esok dan selagi ada bulan dan bintang menyinari dunia.
Allah tolong panjangkan usia pemerintahan YAB Perdana Menteri kami dan sekelian saf kabinetnya untuk masa depan kita dan anak cucu yang bakal menyusul selepas kematian kita semua bila-bila masa...

Tolonglah BN demi anak cucu kita agar tidak menderita selepas kita tiada lagi bernyawa.

Ikhlas dari hati,

Muhammad Ali 
Blogger Panglima Perang Cyber
www.penembak-tepat.com

JUMAAT 9.16 PM 7.4.2012

Sent from my Samsung Galaxy Tab

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate