Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

14 November 2009

Edisi Sabtu : Nik Aziz Setaraf Nabi - Satu Analisa

Lagi kisah tentang Menteri Besar Kelantan isu tajaan ke Mekah... Ulang balik kata-kata Nik Aziz semalam semasa kuliah mingguan di Kota Bharu semalam Jumaat 13 November 2009 :

"Kalau di zaman Nabi dahulu baginda pernah dihalang oleh orang Quraisy daripada memasuki Kota Mekah, maka kini saya dihalang daripada niat untuk mengerjakan haji di tanah suci itu oleh Qurasy Malaysia," katanya ketika menyampaikan kuliah pagi Jumaat di Kota Bharu hari ini.



Mari kita analisa kenyataan beliau di atas !

1. Beliau dihalang dari memasuki Kota Mekah

Benarkah beliau dihalang. Bukankah beliau yang menangguhkan pemergian ke Mekah tanpa ada halangan oleh Quraisy Malaysia ?

Bukankah SPRM tidak mengambil pasport atau memohon perintah mahkamah agar perjalanan beliau ke luar negara disekat ?


2. Quraisy Malaysia

Siapa Quraisy Malaysia di sini ? sekali lagi Nik Aziz tidak memahami perkataan yang digunakannya. Jika dimaksudkan bahawa Quraisy Malaysia adalah Kerajaan / UMNO yang diniatkan dengan sifat musyrik maka apakah ia menjadi sindiran halus bahawa pihak membongkarkan isu beliau ke Mekah adalah Musyrikin Malaysia ???

Sedangkan masalah yang timbul bukan pada ibadat haji yang dilaksanakan tetapi berkaitan dengan dana yang diterima oleh beliau sekeluarga. Orang paling jahil dalam UMNO pun tidak akan melarang waima tiap tahun Nik Aziz ingin menunaikan haji.

Penjelasan menarik tentang Quraisy ada disentuh oleh Blogger Korban Demokrasi dengan panjang lebar dan disalin di sini sebahagian daripadanya :

Apakah relevennya sehingga Bangsa Quraisyh pula diheret sama ke kancah persabungan kepartian sedangkan mereka itu walaupun sebahagiannya melawan Nabi Muhammad sallAllahu-‘alaihi-wassalam, tetapi, tetap memperakui integriti Baginda sehingga digelar Al-Amin, dan akhirnya mereka itulah pendokong Nabi Muhammad sallAllahu-‘alaihi-wassalam yang paling setia ?.

untuk lanjutanl anda boleh ke sana http://korban-demokrasi.blogspot.com/



3. Nik Aziz anggap diri seperti Nabi ?


Apabila Nik Aziz membandingkan senario terbaru isu tajaan haji beliau sekeluarga yang diakuinya sendiri maka jalan mudah diambil dengan mengaitkan kisah beliau dengan Sirah Nabi. Sekali lagi Nabi dijadikan perisai oleh beliau dalam hal ini.

Baru baru ini beliau juga tidak segan silu menggunakan istilah kroni ke atas Nabi Muhammad s.a.w dengan mengatakan bahawa baginda juga mengamalkan kroni.

"Mereka semua adalah kroni nabi kerana Abu Bakar, Usman, Omar merupakan bapa mentua dan Ali pula adalah menantu serta anak saudara kepada baginda. Mereka semua ada kaitan dengan nabi, kroni boleh dalam Islam selagi mereka ada merit" -

Utusan Malaysia pada 8 Ogos 2008 di link ini http://utusan.com.my

Laman Isu Hot ada mengulas kenyataan beliau dan anda boleh ke sana untuk mengikuti huraian menarik tentang isu tersebut.

Persoalannya adakah pemilihan mertua dan menantu Nabi Muhammad s.a.w diputuskan oleh baginda ? benarkah begitu ?

Sedangkan kita tahu melalui pengajian Sirah bahawa keputusan pemilihan Khalifah adalah diuruskan oleh Majlis Syura yang dianggotai oleh para sahabat Nabi ridhwanallahialaihim. Apabila begitu maka ternafilah bahawa kronisme adalah pegangan hidup Nabi Muhammad s.a.w yang Amat Amanah ( Al Amin ). Lihatlah betapa jijiknya perkataan penuh dusta terhadap diri Rasulullah s.a.w yang dilakukan oleh Nik Aziz... Jika anda tidak pasti dengan kenyataan saya maka silakan pergi periksa fakta ini di blog di bawah :


sekali lagi saya mahu tanya tuan/puan semua, siapakah Nik Aziz dan layakkah dirinya dibandingkan dengan Nabi Muhammad ?Apa yang saya nampak Nik Aziz sudah terlalu riak dan takabur dengan pengikut yang taksub dan mendewakannya. seperti mana ulasan Tok Wan yang memaparkan penerbitan buku ( lihat gambar ) oleh PTS di atas ( klik sini )

Kelemahan manusia memang ketika diuji dengan sanjungan dan juga ketaksuban melampau oleh murid atau pengikut. Ini adalah senjata Iblis dalam menghancurkan ahli agama yang lantang memperkatakan dirinya membawa obor Islam seperti beliau. Apatah lagi sanjungan makin melampau oleh fanatik Nik Aziz melalui pemasangan billboard merata tempat di negeri Kelantan barangkali telah menjadikan beliau semakin angkuh hingga membuat kiasan yang tidak kena dengan kaedah yang dituntut oleh Syariat. Atau dipanggil qias fasid ( qias rosak ) !




Maka kesimpulannya ialah Nik Aziz bukan dan tidak layak mengangkat dirinya atau diangkat setaraf Nabi. Kerana akhlak mulia Nabi Muhammad s.a.w tidak sepenuhnya diwarisi oleh beliau. Sedangkan pewaris Nabi itu mereka yang mewarisi zahir fizikal dan batin akhlak Nabi sehingga mereka menjadi RAHMAT ke seluruh ALAM...

Adakah Nik Aziz pembawa rahmat atau azab ? Adakah Nik Aziz pembela agama Nabi atau penghina maruah baginda ?

Wallahu A'lam.

Silakan beri komen anda dan saya sangat hargai atas masa yang anda luangkan untuk berkongsi idea anda di sini..


16 ulasan:

eXception berkata...

Panglima, aku rasa ko silap dengar atau terpandang... bukan setaraf Nabi la... Setaraf Babi...

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

Tanpa Nama berkata...

Tunggu jelah penafian TGNA.

YANG GAMBI berkata...

Salam Panglima, apa nak kata lagi, pengikut-pengikut PAS sudah terlalu taksub....... jadi apa sahaja yang Nik Aziz cakap adalah merupakan fatwa...... sebab itu dia berani berjanji akan masuk syurga kepada pengikut-pengikut jumudnya...

andakmaon berkata...

Tuan,
Allah sebenarnya tidak membenarkan Nik Aziz memijak bumi Mekah kerana dosanya yang terlalu banyak kepada orang melayu Islam di Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

hish,,,,exception.
ape lah ko ni. bukan setaraf babi la. tapi setaraf babi sundal.
orang tua nak mampus ni tak sedor diri. adeke menyamakan diri dengan nabi. ni la orang panggil. bebal x mampus2.

Si_KuduS™ berkata...

astaga...
perkara kecil diolah olah untuk mengata manusia...

insaflah

melayuislam berkata...

PAS sebenarnya telah ketandusan pemimpin brwibawa,
maka nik aziz terpaksa menjadi MB sampai mati..
ttp memimpin PAS walaupun dah nyata expired..
dulu kutuk mahathir,skrg terkena kat btg hidung sendiri..
wallahualam!

Tanpa Nama berkata...

Salam Panglima..

Seri nk beri sedikit komen ttg isu kroni Nik Aziz ni..

Dari dulu lagi kita dgr puak2 PAS dan PR ni memekak pasal isu kroni-kroni BN/UMNO. Bermegah kononnya mereka bersih dari kroni dan rasuah.

Hari ni dgn kuasa Allah SWT, soklan-soklan mengenai kroni dan rasuah ini terpaksa dijawab sendiri oleh PAS dan lebih rase tertampar lagi, ianya dijawab oleh TGNA dgn mengheret sirah Rasullulah SAW

Dalam Islam itu sendiri ada tersebut..Sekiranya kita mewah & mampu seharusnya kita membantu & mengagihkan kesenangan ini kpd ibubapa,adik-beradik,sanak-saudara dan barulah diagihkan kpd sahabat handai serta orang ramai.

Seri rase itulah terjemahan yg TGNA cuba sampaikan..Jadi tak perlulah kita satu agama dan satu bangsa dari dulu duk memekak pasal isu kroni..kerana bagi seri yg maju dan kaya itu adalah orang-orang yg satu agama dan satu bangsa dgn kita...Sebagai rantaian kehidupan, bile sesuatu bangsa dan agama itu maju dan berkuasa ia akan membantu bangsanya yg dibawah.

Kerana kroni-kroni inilah seri lihat bangsa dan agama seri gemilang di M'sia, Mampu bergaji besar, Punyai wang, berbelanja mewah dan penyumbang terbesar dalam aliran mata wang M'sia.

Mmg dari dulu, seri nantikan jawapan dari puak-puak PAS ini bersuara pasal isu kroni..akhirnya dgn kuasa Allah SWT..ianya diberi secara Chek berpalang kepada TGNA utk dicashkan nilainya...

Moral of the story..Allah itu maha berkuasa..Memberi dan menerima itu satu pasangan yg berbeza rasenya.. Diharap agar Puak-puak PAS ini pandai berfikir sebelum bercakap..

lagenda berkata...

Salam Ziarah....

Semakin mengarut la Tok Guru ni ye....Sapa pulak yang dok larang dia pi Kota Suci Mekah tu .Macam-macam alasan la dok buat nak bagi orang terus simpati kat dia.Kesalahan dia tak nampak jugak la.

tokmod berkata...

salam sejahtera panglima....
N.Ajis memang tak setaraf dgn Nabi.Tak usahlah nak dbangdingkan smemangnya tak setaraf!!!
Taraf N.Ajis boleh kita bangdingkan dgn penjual ubat dtepi jln saja..yg menghairankan skarang sipeyokong2 dan pencacainya seolah2otaknya dah mati..telingganya dah budek dan matanya dah buta...mungkin mereka2 ini takut disumpah N.Ajis agaknya..
untok menyedarkan TGNA..kena sedarkan penggampu dan pancacainya dulu barulah TGNA BOLEH SEDAR DIRI!!! kerana pyokong & pcacailah TGNA lupa diri,tak sedar diri,mulut celupah dll..

Tanpa Nama berkata...

kakakaka, bila kena batang hidung sendiri, mcm2 la fatwa keluar, typical PAS, kesian gak tgk org tua tu, tapi yg kelakar lagi byk, pasal byk alasan & fatwa baru, kakakakakaka

ID76

wec7188 berkata...

sudah telalu banyak kepercayaan tahyol telah di hebahkan oleh pengikut nik ajis..kunun selipar pon ada berkat...tu yang terbaru...aku percaya tuhan akan tunjuk kan kebenaran org2 yang riak dan takbur jika allah kehendaki secepat mungkin.tanggapan mereka selain org pas mengucap tak tentu masuk syurga jika di bandingkan dengan pangkah pas dan minta berkat dri nik ajis yang jijik ni..elok la nik ajis dgn anwar bergabung..makin terserlah kemunafikan mereka sekarang

Tanpa Nama berkata...

sudah telalu banyak kepercayaan tahyol telah di hebahkan oleh pengikut nik ajis..kunun selipar pon ada berkat...tu yang terbaru...aku percaya tuhan akan tunjuk kan kebenaran org2 yang riak dan takbur jika allah kehendaki secepat mungkin.tanggapan mereka selain org pas mengucap tak tentu masuk syurga jika di bandingkan dengan pangkah pas dan minta berkat dri nik ajis yang jijik ni..elok la nik ajis dgn anwar bergabung..makin terserlah kemunafikan mereka sekarang

Tanpa Nama berkata...

watever r kn.. biarlh dowg nk gduh sal parti msg2.. korg x perlu r nk tmbh dose lak umpat2 org lain kt cni an.. so b4 mgate owg lain..cerminlah diri tue dlu..OK?? peace :)

famanis~awar berkata...

sabarlah dalam memberi komen.......Ya Allah...smpai mcm tu kowang ngata.....

Tanpa Nama berkata...

salam..
korang marah dan maki serta bising2 bila nik ajis ni begini...amalkan islam mcm ni la...rasa setaraf dgn nabi...tu Allah pasti akan hitung.. tapi,Islam anjur ke korang memaki teruk dan dsyat begitu...Allah sayang ke hambanya begini??korang fikir la sendiri..cuba "berhikmah" dlm berbicara

Cari Blog Ini

Translate