Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

08 April 2012

BN - Janji Ditepati PR - Janji Dimungkiri Kata PM @NajibRazak



BATU PAHAT 7 April -- Dengan berpaksikan kepentingan rakyat dalam apa juga rancangan yang dilaksanakan merupakan antara dua rahsia utama tonggak kejayaan kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir negara sehingga kini, kataDatuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Perdana Menteri berkata, sejak zaman menentang Malayan Union sehingga era menentang komunis, konsep memenangi hati dan perasaan rakyat sentiasa dipegang oleh kerajaan BN.

"Begitu juga semasa pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang kemudian diikutiDasar Pembangunan Nasional, semua tetap berpaksikan rakyat dan hari ini kitamelaksanakan pula konsep Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis pelancaran Program Jelajah Janji Ditepati di Stadium Batu Pahat di sini yang dihadiri hampir 70,000 penduduk daripada kawasan sekitar.

Turut hadir di majlis tersebut isteri Perdana Menteri Datin Seri RosmahMansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abd Rahman serta Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman.

Menurut Perdana Menteri, satu lagi rahsia kejayaan kerajaan BN ialah mampu melaksanakan apa yang telah dijanjikan kepada rakyat.

"Kita tidak lupa amanah yang diberikan oleh rakyat sebab itu janji-janji yang telah dibuat kita tunaikan dan kerana itu pada masa kini rakyat semakin yakin kepada kita," katanya.

Beliau berkata situasi itu berbeza sama sekali dengan sikap pakatan pembangkang yang sehingga kini hanya tahu berjanji namun gagal menepatinya sehingga kini, terutama di empat buah negeri yang ditadbir oleh mereka.

"Pembangkang biasa jual janji kerana mereka ada kilang janji dan kilang inilah yang keluarkan pelbagai janji.

Sehingga kini berapa banyak janji mereka yang telah mereka tepati? Jawapannya tidak banyak," katanya.

Katanya, ketika kempen pilihan raya umum 2008, pembangkang menabur pelbagai janji manis antaranya memberikan elaun kepada suri rumah yang menjaga anak sepenuh masa menjaga anak dan elaun ibu tunggal, namun sehingga kini janji tersebut tinggal janji.

"Mereka juga janji nak bagi sewa premis percuma, namun tengok apa jadi di Kompleks Shah Alam, mereka nak naik sewa seratus peratus sampai ada peniaga tanya saya, Datuk Seri boleh tak ambil alih kompleks ini.

"Kita dah kena tipu sekarang, jangan sampai kita kena tipu dua kali...jangan kita dibuai dengan janji-janji yang sedap didengar," katanya.


Panglima : Jom Undi BN Jika Sayang PM

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate