Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

23 April 2012

Gambar Pelancaran Jentera BN Sepang @zinmohamed Oleh @nohomar cc @NajibRazak


Jam 9.25 pm tadi Panglima kebetulan lalu nampak ramai orang di bangunan Umno Sepang.

Sebelum tu ada selisih tiga budak motor pakai baju BN.Memang perasan bendera BN makin banyak dipasang sana sini.

Selepas itu terus search tweet risik info apa yang berlaku di sana.

Didapati beberapa twitterian seperti Pang5sepang telah memuatkan berita acara di atas hasil carian tersebut.




Ia ialah Majlis Pelancaran Jentera BN Sepang disempurnakan oleh DS Noh Omar Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno BN Selangor.

DS Ir Mohd Zin telah menyambut ketibaan beliau seperti dalam gambar.

Selain itu twitterian @Punk5Nusa turut menyiarkan liputan termasuk gambar tentangnya.

Kehadiran 1500 orang menurut info beliau.

Selain itu satu lagi petanda positif ialah makin ramai sekarang jentera BN menyertai perang maya alam siber.

Buktinya info program di atas dengan mudah diperolehi hasil bantuan twitter.

Situasi ini semestinya akan menaikkan peluang BN kembali memerintah.

Jangan lupa usaha disertai doa akan memudahkan ia dimakbulkan Allah Taala.

Selepas menang, jagalah hati perasaan rakyat agar mereka tidak kembali kecewa.

Sekian,selamat malam kepada semua pejuang Alif Ba Ta seluruh dunia termasuk dunia siber.

Semoga mimpi indah menanti kita.Amin.

Selesai tulis 12.15 am
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate