Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

26 April 2012

Video : Imbas Kembali Acara Hari Belia Negara 2011 Turut Melibatkan Rohani #HBN2012



Baca jawapan balas rakan blogger tentang tuduhan tiada pengisian rohani di sini :



Merujuk kepada satu artikel daripada Warta Rakyat  yang merujuk kepada sebuah blog pro Pakatan Rakyat, saya agak tertarik dengan cara ianya ditulis dan paparan yang diberikan.
Artikel tersebut memetik berita dan memberi gambaran di mana Hari Belia 2012 adalah satu acara yang lebih semata untuk menarik undi belia dan golongan muda dengan aktiviti hiburan semata-mata.
Bagi saya, agak mengecewakan kerana di sebalik menuduh mereka yang pro Barisan Nasional, termasuklah media perdana sebagai tidak adil, mereka sendiri tidak mengaplikasikan keadilan dalam penyampaian mereka sendiri.
Secara terang dan jelas, Hari Belia 2012 menyediakan pelbagai aktiviti untuk belia, termasuklah aktiviti kerohanian. Ianya boleh dilihat sendiri di laman Hari Belia Negara 2012 ini . Malah, individu yang boleh dihubungi untuk aktiviti-aktiviti tersebut dan nombornya dipaparkan.
Kadangkala tertanya di hati… apakah kerana kebencian, mereka yang kononnya berjuang atas nama keadilan menjadi tidak adil, malah menzalimi diri sendiri?
Satu lagi, aktiviti ini adalah aktiviti belia, yang merentasi batasan politik. Apakah kini ada yang mahu mengasingkan masyarakat hanya kerana berbeza pandangan politik?
Soalan dijalanan: Bayangkan, jika mereka pula menjadi kerajaan, bagaimana agaknya isi kandungan berita-berita mereka? Adakah seadil yang mereka laungkan kini dan tidak bersikap prejudis?

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate