Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

11 Mei 2012

11 Hari Menjelang Hari Belia Negara 2012 - Disertai Peguam Muda ?

Sebenarnya


PEGUAM MUDA PROFESIONAL BANTU JAYAKAN HBN




PUTRAJAYA, 9 MEI 2012 - “Ia merupakan satu transformasi kerajaan untuk mengumpulkan belia-belia Malaysia untuk melakukan pelbagai aktiviti yang bermanfaat bukan sekadar hiburan

semata-mata bahkan ia juga melibatkan kerohanian, pendidikan dan karier,” ujar Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Razali Haji Ibrahim dalam taklimat Hari Belia Negara (HBN) 2012 bersama 25 peguam muda profesional di Sekreteriat Hari Belia Negara di Sekretariat HBN 2012, Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di sini hari ini.

HBN yang bakal berlangsung selama lima hari bermula 23 sehingga 27 Mei disajikan dengan lebih dari 500 acara di 24 pentas yang sediakan khasnya untuk belia-belia Malaysia menunjukkan kreativiti dan bakat-bakat masing-masing.

Menurutnya lagi, “peguam-peguam muda dapat memberi sumbangan dalam pembentukan negara dan dapat menyumbangkan bantuan guaman secara percuma berkaitan dengan undang-undang negara dan sebarang permasalahan kepada pengunjung-pengunjung yang hadir pada HBN kali ini.”

Di samping itu, KBS menggalakkan belia-belia profesional dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) berkerjasama dalam menjayakan HBN yang bakal mengumpulkan dua juta generasi pemimpin masa depan negara.


Penulis : Kesungguhan KBS mempromosi Hari Belia Negara 2012 sukar untuk dipertikaikan lagi. Dengan penglibatan bukan sahaja penggiat media sosial selain media massa, kini peguam muda juga turut bersama-sama mempromosi Hari Belia Negara kali ini.

Sudah tentu kehadiran peguam muda memeriahkan HBN akan dapat memberi daya tarikan tambahan kepada acara yang sedia ada dirancang sepanjang program tersebut dilangsungkan.

Tahniah kepada semua yang telah bertungkus lumus menjayakan program yang menjadi acara ditunggu-tunggu oleh semua pihak di Malaysia. Khasnya golongan muda. 

Pengalaman peribadi penulis tahun lepas mengunjungi program HBN sememangnya membuktikan kemampuan anak watan kita menjayakan acara bertaraf dunia.


Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate