Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

30 Mei 2012

Agenda Daily Menganalis Tarikh PRU 13 Berdasarkan Bajet Bulan September - Mari Baca


Gendang spekulasi kononnya pilihanraya umum nak diadakan pada bulan Jun ini semakin menyepi.

Ada juga yang sudah ' bermain' dengan Julai sebelum jatuhnya bulan Ramadhan.

Bahagi...tolak..campur dan daraf ...itu juga nampak tidak begitu meyakinkan.

Kalau tidak Julai... bulan Ogos masuk pertengahan September sudah jatuh ' bulan raya'.Dalam suasana itu kemungkinan diadakan pilihanraya lagi tipis.

Selasa ada satu berita yang agak mencuri perhatian.

Ini bila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Bajet 2013 akan dibentangkan di Parlimen pada 28 September.

Beliau membuat pengumuman mengenai tarikh berkenaan pada Majlis Konsultasi Belanjawan 2013 yang diadakan di Kementerian Kewangan di Putrajaya.

28 September ?....kenapa ia seperti kata orang Inggeris [I]rings the bell[/I].

Sebabnya cuba selak balik sejarah pembentangan bajet negara.Ada siapa pernah ingat ia dibuat pada bulan September.

Rasa-rasanya tidak kerana sudah menjadi amalam selama ini pembentangan bajet dibuat pada bulan Oktober.

Contohnya sejak tiga tahun lepas sahaja Perdana Menteri membentangkan bajet itu pada bulan Oktober.

Kenapa tiba-tiba tahun ini pada bulan September ?

Jawapan itu mungkin tersimpan dalam kocek Perdana Menteri sendiri.


Baca lagi di http://www.agendadaily.com/

1 ulasan:

hanizam berkata...

aku rasa PM akan bubar dekat-dekat cuti sekolah kelak...

dah bentang budget,mesti nak bahas untuk kelulusan...koman-koman sebulan...

dah lulus kelak, barulah nak jadi ape-jadilah...

Semoga BN kekal memerintah malaysia & ambil kembali negeri yang dipinjam sekejap pada PAKATAN...

Cari Blog Ini

Translate