Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

31 Mei 2012

Dokument Sulit Siasatan BPR Terhadap @AzminAli Tahun 1995


Berikut berita tentang dokumen sulit Azmin Ali :


KUALA LUMPUR 29 Mei - Penulis blog Malaysia Today Raja Petra Kamarudin mendakwa memiliki "fail rahsia" mengenai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Mohamed Azmin Ali ketika beliau masih berada dalam kerajaan pada 1995.

Dalam entri terkini bertajuk “MACC "Deep Throat" comes out of the closet"
(Pemberi maklumat SPRM dedah identiti diri), Raja Petra atau lebih dikenali sebagai RPK, mendedahkan beliau diberi pelbagai fail dan dokumen oleh seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sudah bersara satu ketika dulu.

RPK mendakwa kertas siasatan dan fail terbabit adalah mengenai Azmin yang merupakan setiausaha sulit kepada Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau menegaskan fail terbabit menunjukkan dakwaan pelbagai transaksi saham, hartanah dan kenderaan bernilai jutaan ringgit.

RPK berkata, fail berkenaan bertarikh sejak 17 tahun lepas ketika SPRM masih dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah.



Satu laporan telah dibuat terhadap Azmin Ali selepas didapati memiliki kekayaan yang luar biasa


Selepas itu laporan ringkas siasatan terhadap Azmin Ali seperti berikut :








Maka adakah akan selamat Malaysia jika orang seperti ini memerintah Allah jika di usia sangat muda usia 31 tahun pun sudah memiliki kekayaan luar biasa ???

Maka elok difikirkan kembali perkara ini adakah berbaloi dipilih golongan seperti ini menerajui negara ?

Tepuk dada tanya iman. Lakukan sesuatu jangan biarkan negara kita tumbang walau itu matlamat Dajal dan konco-konconya...

1 ulasan:

pohon jati berkata...

pendedahan yang bagus..

Cari Blog Ini

Translate