Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

07 Mei 2012

Kenyataan Terbaru Azmin Ali Hari Ini Tidak Jawab Dakwaan Tidak Pulang Jenguk Ibunya Sendiri - Bukti Ciri Anak Derhaka !!!

Berikut kenyataan Azmin Ali berkenaan pengakuan ibunya di TV3 dua hari lalu :




PEJABAT TIMBALAN PRESIDEN
PARTI KEADILAN RAKYAT
ISNIN | 7 MEI 2012

Kasih Anak: Saya Tidak Pernah Derhaka

Allahyarham ayahanda saya, Pak Ali senantiasa mendidik saya untuk patuh kepada tuntutan Al Quran, berakhlak luhur dan tuntas istiqamah kepada prinsip perjuangan. Didikan dari kecil untuk menghormati serta mengasihi kedua ibu-bapa sesuai dengan pesan ajaran agama Islam menjadi pegangan saya.

Saya tidak pernah menderhaka kepada ibu saya. Saya senantiasa kasih dan sayang kepada ibu dan bapa saya. Saya tetap mendoakan semoga ibu saya senantiasa berada dalam lindungan Allah SWT dan mendapat rahmatNya serta beroleh kesihatan yang baik. Saya turut mendoakan semoga Allahyarham ayahanda saya mendapat husnul khatimah dan ditempatkan ruhnya di syurga yang penuh nikmat.

Saya menyeru kepada media supaya tidak menganggu ibu saya dan UMNO janganlah mengheret ibu saya ke dalam kancah politik UMNO yang kotor dan jijik. Institusi keluarga termasuk hubungan kekeluargaan perlu disejahterakan dan bukannya diaibkan di dada media.



Saya tetap sayang dan hormat ibu saya. Saya juga bersyukur dianugerahkan isteri, Shida yang taat dan setia serta anak-anak yang memahami citra perjuangan yang murni ini.

Saya bertekad untuk meneruskan perjuangan menjana perubahan melalui wacana segar yang mengangkat dasar kepedulian rakyat. Saya berazam untuk melawan budaya politik jelik yang disuburkan oleh UMNO dan media yang ditunggangi mereka.

Saya berserah segala-galanya kepada Allah SWT dalam menghadapi mehnah ini tetapi saya tidak akan tunduk menyerah kepada tekanan fitnah UMNO.

Saya akan tumpu kepada usaha dan kerja- kerja Parti selaku Pengarah Jabatan Pilihanraya Pusat (JPRP) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 yang dijangkakan pada bulan Jun 2012.

Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden KEADILAN



Terbukti tidak ada sedikitpun penafian bahawa beliau gagal pulang menjenguk ibunya. Sah Azmin Ali layak digelar anak derhaka kerana melupakan ibu kandungnya sendiri.

Adakah ada rakyat yang akan sanggup memilih pemimpin derhaka ibunya ?

Baca artikel aidc kisah beliau tidak pulang ke rumah menziarah ibunya http://www.anwaraidc.com/?p=24068


AIDCNews – 05/05/12 – “Selama hari ini, saya mendiamkan diri..dia (Azmin) tak balik tengok saya sejak 20 Ogos 2011..hari raya, 1 Syawal..semenjak itu, hingga ke hari ini, dia tak ada telefon, tak ada tanya khabar dan tak datang tengok saya”, kata ibu Azmin Ali, Che Tom Yahaya, 78 tahun.
Mak Tom menceritakan insiden di pagi Syawal tahun lepas.
“Masa dia datang pagi Syawal itu..Ummi (Hafilda) ada di rumah ini..dia terus masuk (rumah) marahkan saya..dan cakap yang bukan-bukan pada Ummi..jadi saya pun jawab..
“Bila saya jawab, dia (Azmin) kata kenapa mak nak sokong dia (Ummi)..Saya kata..Min..hari ini, hari baik, bulan baik, kita bermaaf-maafan..itukan darah daging Min..
“Kemudian dia jawab..itu bukan darah daging Min..Saya tanya, siapakah darah daging Min..dia kata Anwar Ibrahim”, katanya.
Katanya lagi, sejak peristiwa itu, Azmin tidak pulang ke rumahnya, tidak memberi nafkah kepadanya serta tidak datang menziarahinya walaupun dirinya terlantar sakit di hospital.
“Macam mana dia buat parti Keadilan..di mana terletaknya keadilan itu..dengan orang lain, dia boleh ambil berat…dengan ibu dia sendiri yang kandungkan dia..dia buat macam ni..Itulah yang hancur hati saya sekarang ni,” katanya sambil menangis, tidak tahan menanggung sebak.

Video ini yang baru dua hari dimuatnaik pada 5 Mei 2012, kini mencecah 31,289 hits dengan 126 likes berbanding 23 dislike..


Untuk makluman gambar terbaru Azmin Ali boleh dilihat dalam video ini...Gambar di atas propaganda pembangkang untuk spin skandal baju pink dalam tandas 'blowjob' dengan perempuan.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate