Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

19 Mei 2012

Kolah Unik Masjid Lama Naib Presiden Umno DS Zahid Hamidi Solat Jumaat Di Bagan Datoh Perak

Penulis menerima gambar kolah yang jarang ditemui dari kenalan yang berada di sana.


Kolah ini menarik kerana ia berbeza dari kolah masjid yang lain di mana kita perlu duduk di tepi kolah sebelum berwuduk.


Sekali terjatuh memang boleh basah badan dengan kedalaman kolahnya yang mampu menenggelamkan orang dewasa.


Menurut sumber penulis, kolah dimaksudkan terletak di Kg Sg Darat Bagan Datoh. Masjid nama Al Istiqamah kubu kuat Pas katanya. Masjid tersebut dibina pada1936 berusia 76 tahun.


Selain itu semalam khabarnya Naib Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi menemui jemaah pro pembangkang di sana selepas solat Jumaat. Imam turut mengumumkan ketibaan beliau.


Pendekatan yang mudah tetapi berkesan untuk mendekati rakyat walau bukan penyokong BN dengan cara bersolat bersama diikuti bersalam dengan mereka walau tidak memberi ucapan.


Gambar DS Zahid bersolat di sana seperti anda saksikan di atas.


Selain itu selepas solat Naib Presiden Umno juga turun merasmikan tiga mesyuarat cawangan UMNO di sekitar Bagan Datoh. Gambar perasmian ada di atas. Penuh dewan tempat mesyuarat yang terletak di Kg Sungai Matang sebelah masjid Al Ahmadiyyah.


Sempat juga DS Zahid menemui seorang bekas ahli Umno yang telah menyertai Pas namun kini sedang sakit. Kata kenalan penulis, pakcik tersebut telah terharu dengan kedatangan DS Zahid ke rumahnya yang tidak dijangka sama sekali. Sumbangan duit juga diberikan kepada beliau yang dulu pernah menjadi Ketua Cawangan Umno.


Pendekatan ini penulis rasakan wajar kerana kesilapan setengah pemimpin ialah meninggalkan penyokong pembangkang yang sebenarnya masih boleh berubah jika hubungan baik dibina secara berterusan.


Terima kasih kenalan penulis yang menghantar email ini. Sesiapa ada cerita menarik boleh hantar kepada penulis untuk disiarkan.


Published with Blogger-droid v2.0.2

1 ulasan:

Osama berkata...

Hanya الله jua yg Maha Mengetahui niat DS Zahid.
Sebagai Menteri Pertahanan DS Zahid berhak utk kemana sahaja di muka bumi Malaysia ni demi menilai sendiri keselamatan
kawasan2 jajahan takluk negara & negeri2.
Jangan ada udang sebalik batu dah la eak?
DS Zahid adalah Naib Presiden UMNO so tak mustahil sambil beliau meninjau hal keselamatan
sambil mencongak kawasan2 yg mungkin berpotensi utk ditentukan undi2 tentera & pos bagi memenangkan UMNO Be End!

Cari Blog Ini

Translate