Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

17 Mei 2012

Larangan Pakai Baju Kuning Dalam Hadis Nabi - Peringatan Kepada Pemuja AMBIGA Yang Tidak Sedar #PRSamseng @NajibRazak

Pertamanya penulis mengucapkan syukur kepada Allah atas inayahNYA penulis bertemu dua fakta utama iaitu larangan memakai pakaian kuning dalam hadis Nabi saw dan juga kenyataan tokoh Freemason yang menyukainya.

Perkara dilarang oleh Nabi saw tentunya disukai oleh musuh baginda. Dan begitulah sebaliknya.. Apakah hadis yang dimaksudkan ? Baca di sini :

Hadis riwayat Anas bin Malik ra., ia berkata:Bahwa Nabi saw. melarang mewarnai pakaian dengan warna kuning kunyit. (Shahih Muslim No.3922)

Contoh kuning kunyit :



Baca lanjut di sini hadisnya :





Semasa siri Bersih 1 hingga 3 baru-baru ini, semua sudah tahu warna kuning digunakan untuk promosi dan juga pakaian rasminya. Sekali tengok seperti tidak ada sebarang masalah namun jika berdasarkan hadis di atas maka jelas ia dilarang oleh Nabi saw. 

Lihat gambar baju kuning yang dilarang dipakai oleh Nabi  disokong Ambiga dan Samad Said selain Hishamudin Rais. 





Lihat tanpa sedar puak PAS yang diterajui ahli agama sendiri tidak membantah perihal baju kuning yang dilarang dipakai oleh Nabi..

Adakah ini bukti puak PAS tidak alim sebenarnya kecuali peringkat ilmu umpama tahap kanak-kanak sahaja ?

Jika rakyat tahu sudah tentu mereka akan membuang dalam longkang baju kuning yang diberikan...demi mengelakkan warna kuning yang dilarang Nabi menjadi pakaian.

Kerana itu tidak ada Ulama memakai pakaian kuning kecuali orang awam yang membuat kacau bilau di Thailand sebelum ini seperti gambar di bawah. Habislah pahala jika ada mulut celupar wajibkan perhimpunan dari tokoh terkenal seperti Nik Aziz Nik Mat.







Kenapa Kuning yang jadi pilihan ? Lihat kenyataan tokoh Freemason ini

Seorang tokoh Freemason, Brother Harold A. Kingsbury dari Massachusetts berkata, bersumberkan 'The Builder July', tahun 1919:
"Kuning kepada tamadun lampau merupakan simbol cahaya. Meskipun tidak ditekankan dan sangat, sangat tidak dikesan dalam Masonik, kuning tetap warna simbolik sebenar Masuniyyah, dikeranakan ia melambangkan perkara hebat kepada ahli Masonik berkenaan pada mana ketaatan hasil Pencarian Masonik, dan kepada sumber jalan Masonik ia menuju kepada cahaya.." 


Semoga Allah memberi kebenaran kepada kita di sebalik rahsia golongan Freemason Illuminati ini..


5 ulasan:

semutapi berkata...

Baju kuning tak boleh pakai? Berita bagus tu!

Majlis Fatwa kena keluarkan fatwa melarang pemakaian baju kuning kerana ia tidak sesuai dgn Islam. Pasukan kuning di sekolah2 kena tukar kepada pasukan putih, oren atau hitam bagi menghalang murid2 sekolah pakai baju kuning ketika bersukan.

Majlis Fatwa juga perlu maklumkan hal ini kepada Raja2 Melayu yg suka memakai baju kuning dlm majlis rasmi kerana kuning adalah warna Diraja. Cuma masalahnya ada berani ke Majlis Fatwa beritahu kpd Raja2 Melayu bahwa mereka tak dibenarkan memakai baju kuning yg telah ratusan tahun diiktiraf sbg warna Diraja?

Ada berani ka?

Tanpa Nama berkata...

Pakaian Kerabat Diraja pulak? Kuning gak kn?

Tanpa Nama berkata...

Kuning lambang diraja....bagaimana pula sultan melayu yang memakai pakaian warna kuning?

Tanpa Nama berkata...

Najib pakai baju kuning dalam masjid? Takpa? Najib freemason ke?

Tanpa Nama berkata...

Lepas ni nak puasa pun kena ada fatwa. Mengarut betul semutapi ni

Cari Blog Ini

Translate