Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

18 Mei 2012

Sambungan Hukum Baju Kuning Adakah Mutlak Atau Ada Sebab ?


Selepas menyiarkan hukum baju kuning maka beberapa persoalan telah ditimbulkan, adakah tidak boleh secara mutlak baju kuning ini atau tidak ?

Pertama : larangan Nabi memakai warna kuning kunyit kerana persamaannya dengan agama lain. Ini menunjukkan larangan berdasarkan warna yang sama yang boleh mengelirukan samada Islam ini ada kaitan dengan agama tersebut atau tidak.

Maka, jangan difikirkan bahawa pakaian kuning semata-mata tetapi tengoklah pada persamaan itu punca sebenarnya.

Dalam isu Bersih 3.0 maka pakaian warna kuning bukan sahaja sama dari segi warna bahkan perbuatan berdemonstrasi juga menyamai apa yang dilakukan bukan Islam di negara lain. Justeru itu ia akan mengelirukan adakah Islam sama dengan agama lain dari segi demonstrasi atau sebaliknya.

Islam melarang umatnya melanggar undang-undang. Dalam hal ini perhimpunan Bersih 3.0 jelas melanggar undang-undang selain merosakkan keamanan dan mengganggu laluan lalu lintas.

Kedua : Warna kuning dilarang kerana kebetulan ia sama warna pakaian agama lain, maka jika ada persamaan dari segi perbuatan contoh acara Vigil sudah tentu ia lebih besar pengharamannya dari sekadar persamaan warna.

Semoga penjelasan ini memberi manfaat kepada kita semua.

2 ulasan:

semutapi berkata...

Persoalan yg masih belum terungkap jawapannya ialah beranikah Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa pakaian kuning diharamkan di sisi Islam?

Jika fatwa spt ini dikeluarkan pasti akan ada bantahan dari pasaraya dan kilang-kilang pakaian yg selama ini menjual pakaian kuning secara berleluasa. Beranikah Majlis Fatwa menghadapi bantahan yg disertai nilai kerugian berbilion2 jika pakaian kuning tidak lagi boleh dijual?

Kedua, selama ini pakaian baju kuning juga adalah satu lumrah di sekolah2 kerana setiap sekolah sudah terbiasa punya rumah kuning dlm acara sukan. Jadi lepas ini sekolah2 perlu menukar rumah kuning kpd rumah jingga, rumah putih atau rumah hitam bagi mengelakkan pelajar2 mereka berbaju kuning.

Ketiga, dan yg paling menakutkan Majlis Fatwa ialah pakaian kuning tlh diiktiraf sbg warna diraja sejak ratusan tahun dahulu. Raja2 Melayu acapkali memakai pakaian kuning dlm majlis2 rasmi. Beranikah Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa mengharamkan baju kuning yg pasti sangat menyinggung perasaan Raja2 Melayu? Beranikah Majlis Fatwa, beranikah? (Rasanya sangat TAK BERANI!!)

Dan yg terakhir, BERANIkah Panglima menyiarkan komen ini dan jawapannya sekali dlm blog panglima kerana sbg panglima pastinya anda adalah seorang yg bersifat sangat BERANI?

Tanpa Nama berkata...

Bagaimana pula najib yang memakai baju melayu warna kuning seperti gambar dibawah?

http://pictures.picasion.com/pic47/b08d97a91d7b10fb5a3ebb8b948d2155.gif

Cari Blog Ini

Translate