Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

13 Mei 2012

Ucapan Sempena Harijadi UMNO Oleh @DrRaisYatim Yang Menyentuh Hati #UMNO66 @NajibRazak

Ucapan tulus ikhlas oleh Menteri yang diminati oleh penulis kerana kesopanan dan tata tertib beliau persis Melayu sejati ini memang wajar disiar.

Bukan maksud kata-kata pujian ini untuk membodek seorang Menteri yang berkuasa dengan peruntukan berjuta-juta agar dapat meraih kaya dengan cara segera.

Atau cara orang gila harta.

Tetapi pujian ini memang layak diberi kepada Menteri yang sekian lama dipercayai sejak zaman Tun Mahathir hingga ke era mantan PM Pak Lah dan kini DS Najib Razak.

Selain penglibatan aktif di media baru melalui twitter, Menteri senior ini ternyata mempunyai jiwa yang puitis dapat dilihat melalui status twitternya di atas.

Namun andai kata ada kritikan demi kebaikan dari pihak penulis kepada beliau, harapnya ia dibaca dengan dada yang terbuka. Namun pastinya kritikan penulis tidak akan disertai unsur lucah atau fitnah.

Mengikut apa yang didengari dalam perbualan dengan rakan-rakan, langkah beliau untuk membaiki kelemahan yang wujud dalam program media baru sangat tepat pada masanya. Kerana jumlah peserta yang sangat ramai menyertai program tersebut sewajarnya mampu memberi kesan samada untuk 'like' atau 'dislike' youtube, fb atau RT twitter.

Namun sayangnya ia tidak menjadi.

Kementerian beliaulah sepatutnya perlu ke hadapan menerajui proses melahirkan tentera maya yang bertuankan Malaysia sebagai negara, Islam sebagai agama dan Melayu sebagai bangsa di kalangan anak muda kita. Bukan orang lain.

Tidak perlulah dilibatkan yang tidak berminat dan sudah cecah usia emas lagi tidak ada kemahiran IT dilibatkan membantu kerana bukan semua antara mereka mampu atau mempunyai waktu untuk menyelami lautan media baru yang cukup luas ini.
Apatah lagi yang menjana pendapatan melalui penganjuran program seumpamanya.

Ramai anak muda khususnya mahasiswa menunggu salam perkenalan Kementerian beliau untuk menjadi benteng pertahanan maya Malaysia yang ikhlas berjuang, tiada melakukan penipuan atau menggunakan makian dalam tulisan.

Anak muda di Universiti kini menunggu masa menabur 'peluru' intelektual mereka ada untuk menewaskan lawan yang hebat kelulusan Universiti luar negara bukan setakat sijil SPM semata-mata.

Semoga Dr Rais Yatim membaca tulisan ini atau oleh Setpolnya.

Syabas atas kata-kata perangsang beliau dan mari kita bersama-sama jayakannya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate