Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

02 Jun 2012

@AnwarIbrahim Kata RM 10 Bilion Pelaburan Jika Pakatan Menang - Kenapa Tidak Sekarang? cc @NajibRazak


Sumber dari SUARA KEADILAN 29.5.2012

Pagi  ini sempat menemui berita yang disiar Suara Keadilan edisi terbaru. Kebetulan menemui akhbar rasmi PKR semasa menikmati sarapan pagi di sini... Antara yang disebutkan ialah bahawa ada pelabur Arab akan melabur RM10 bilion jika Pakhatan menang.

Soalnya :

1. Kenapa perlu tunggu menang Malaysia baru mahu melabur di negeri Pakhatan perintah? Bukankah selama ini mana mana pelabur bebas melabur di mana sahaja tidak kira diperintah oleh BN atau Pakhatan asalkan menguntungkan negara kita?

2. Kenapa janji-janji lama belum ditunaikan dan janji baru pula mahu ditaburkan? Bila lagi segala janji mahu ditunaikan?

3. Di manakah rekod kejayaan atau KPI negeri Pakhatan selepas hampir sepenggal dipilih oleh rakyat? Di saat PM dengan gigih menerangkan satu persatu kejayaan Malaysia sepanjang tiga tahun bawah pimpinan beliau!

4. Kenapa Lebuhraya Rakyat Kelantan dilancar di saat PRU makin dekat dan tanpa segan meminta kos ditanggung oleh rakyat? Ke mana pergi hasil cukai yang dibayar oleh rakyat Kelantan sebelum ini?

Baru kita ingat bahawa Anwar Ibrahim hanya berkelulusan pengajian Bahasa Melayu bukan  belajar ekonomi apatah lagi layak digelar pakar ekonomi. Kerana itu Selangor nampak seperti semakin teruk apabila beliau menjadi penasihat ekonominya.

Mb Kelantan juga hanya berkelulusan pengajian Bahasa Arab dan kerana itu Kelantan tidak maju sepanjang 22 tahun di bawah pemerintahannya.

Malaysia tidak memerlukan pemimpin Pakhatan memerintah Malaysia dan selama ini janji tinggal janji dan banyak yang gagal ditepati berbanding PM YAB Datuk Seri Najib Tun Abd Razak.

Bukan ke sifat munafik berjanji tetapi tidak tepati?

Sesuailah jika kita kata Pakhatan Munafik ialah nama baru yang sesuai bagi Pakatan Rakyat...

Ayuh marilah kita tolak Pakhatan Songsang dengan mengundi Barisan untuk kemakmuran, kedamaian dan kejayaan berpanjangan.



Published with Blogger-droid v2.0.2

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate