Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

05 Jun 2012

Best Video Ust Don Ajar Bab Solat Rukun Duduk Tahiyat Di TV Al Hijrah YAB PM @NajibRazak



Dari mana asal wujud TV Al Hijrah ini ? Jom baca :






 TV AlHijrah stesen televisyen siaran percuma (FTA) terbaru yang berkonsepkan Islam telah dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia di dalam majlis yang penuh gilang gemilang serta diiringi dengan laungan merdu selawat ke atas junjungan Nabi S.A.W dan limpahan cahaya warna warni seumpama sambutan Maal Hijrah.
TV AlHijrah kini bersiaran melalui 6 pemancar termasuk di Lembah Klang, Terengganu, Johor Tenggara, Sabah dan Sarawak serta terbaru dari Bukit Pelindung, Pahang. Siaran ini telah mencakupi 60% daripada penonton televisyen di negara ini.
TV AlHijrah mengutamakan kandungan yang memberi manfaat kepada penonton dan pada waktu yang sama menarik minat golongan sasarnya. Walaupun baru mula bersiaran, 60% daripada kandungannya adalah terbitan tempatan manakala 40% adalah kandungan asing. 30% daripada keseluruhan kandungan diterbitan sendiri oleh TV AlHijrah.
Majlis Pelancaran TV AlHijrah merupakan satu detik bersejarah untuk negara kerana kelahiran sebuah lagi stesen milik kerajaan selepas penubuhan Radia Televisyen Malaysia (RTM) lebih 60 tahun lalu. TV AlHijrah hasil inisiatif YAB Perdana Menteri diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri – dibawah tanggungjawab Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Mejar General Dato Seri Jamil Khir bin Baharom (B).


Detik bersejarah acara pelancaran yang bertempat di Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah disaksikan oleh ratusan dif-dif kehormat, termasuk wakil Negara OIC, Mufti-Mufti Malaysia, Ketua-Ketua Agama Islam Seluruh Malaysia, Wakil Pertubuhan Penyiaran & Media, Badan-Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Penggiat Industri Penyiaran dan lain-lain.
Pemilihan tarikh perasmian TV AlHijrah ini amat bermakna kerana ia jatuh pada sambutan Maal Hijrah, yang mempunyai kaitan dengan nama TV AlHijrah itu sendiri.
"Penubuhan TV AlHijrah yang kerajaan laksanakan ini memang tepat pada waktunya. Kita yakin kita boleh berjaya mencapai objektifnya InsyaAllah. TV AlHijrah akan memain peranan untuk memperkenalkan ajaran Islam sebenar. Pemahaman ajaran Islam sebenar akan dapat mengeratkan hubungan persaudaraan sesama Islam dan pada masa yang sama mesyarakat bukan Islam akan dapat membuang perasaan prejudis dan buruk sangka terhadap Islam. Mereka tidak lagi fobia apabila disebut perkataan Islam. Mereka akan yakini bahawa masyarakat Islam tidak bertindak jika tidak diganggu dan pada masa yang sama mereka adalah rakan yang sangat setia," kata Perdana Menteri Malaysia YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak ketika berucap sempena Majlis Pelancaran Rasmi TV AlHijrah.
Katanya lagi, "Saya harap TV AlHijrah menjadi wahana perpaduan ummah negara. Bagi seluruh umat Islam negara ini terimalah stesen ini sebagai media pendidikan tidak formal untuk mereka. Dan bagi masyarakat bukan Islam, stesen ini diharap akan memperkenalkan kepada mereka ajaran Islam yang betul, harmoni dan membawa kepada kesejahteraan.
Dalam majlis pelancaran ini, Perdana Menteri melakukan perasmian dengan melakukan "PANAHAN PERDANA" dengan melepaskan sebilah anak panah daripada busar kepada sasaran logo besar TV AlHijrah. Logo ini kira-kira 2 meter tinggi yang terletak di puncak bangunan Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah.
Panahan ini secara serentak akan menerangkan logo besar TV AlHijrah buat pertama kalinya di mana logo ini akan dapat dilihat dari jarak yang jauh. Ini kerana Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah terletak di dalam kawasan Pusat Islam yang berada di atas kawasan tinggi yang juga menempatkan Masjid Negara dan Muzium Kesenian Islam sebagai jiran.
Perasmian dengan cara memanah ke arah logo TV AlHijrah ini adalah mengambil iktibar daripada hadis yang berbunyi "Ajarlah anak-anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda" Hadis Rasulullah.
Baginda bersabda: "Berlatihlah memanah dan berkuda. Dan jika kalian memilih memanah maka hal itu lebih baik daripada berkuda." (AHMAD - 16699).
Rasional pembentukan Logo TV AlHijrah berdasarkan latar belakang warna hitam manakala perkataan "ALHIJRAH" berwarna keemasan adalah menyerupai Kisawah Kaabah yang bertulisan emas dengan latar belakang hitam. Kaabah adalah kiblat semua umat Islam dan juga merupakan simbol perpaduan ummah.
Sementara itu, tulisan khat Dewani dipilih kerana ia memberi bentuk yang menarik dan nampak dinamik daripada segi grafik. Warna tersebut kemudiannya diberikan kilauan dan akan bersinar dan bercahaya serta kelihatan amat cantik di kaca televisyen.
Peristiwa Hijrah Rasullullah dan sahabat-sahabat seperjuangan ini menjadi asas yang kuat kepada terbentuknya sebuah negara Islam di mana pemerintahannya dilaksanakan Baginda Rasulullah S.A.W. dengan bimbingan wahyu dari Allah S.W.T. Peristiwa tersebut juga menjadi titik tolak terbentuklah sebuah kerajaan yang unggul di dalam sejarah. Manusia dikeluarkan daripada gelita kejahilan kepada cahaya Iman dan Taqwa.
Aspirasi daripada pengajaran inilah yang menjadi dasar penubuhan TV AlHijrah untuk mengajak ummat Islam terus melakukan perubahan yang berterusan untuk membangunkan ummah.
http://www.tvalhijrah.com


Kini TV Al Hijrah sudah dipancarkan melalui ASTRO chnannel 114 mulai 1 Jun 2011 dan juga bolek diakses melalui TV UNIFI channel 114.



Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate