Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

14 Jun 2012

Cadangan penubuhan Akademi Undang-undang diteruskan - Nazri Aziz

14 Jun 2012

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan meneruskan cadangan menubuhkan Akademi Undang-undang tanpa perlu mendapat persetujuan daripada Majlis Peguam, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
   
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata akademi itu tidak mengambil anggota dari kalangan anggota Majlis Peguam sebaliknya ia badan yang mewakili profesion perundangan secara menyeluruh termasuk ahli akademik dan bekas hakim.
   
"Kita dan bentang perkara ini untuk bacaan pertama 10 tahun dulu. Apa hak Majlis Peguam nak halang ahli-ahli akademia dan mereka yang bekerja di bank-bank, yang bekerja di Jabatan Peguam Negara, dan bekas-bekas hakim daripada berpersatuan? Akademi ini tidak ambil ahli dari Majlis Peguam.
   
"Apa perlu ada konsultasi dengan Majlis Peguam berkaitan hak asasi orang lain? Tak berbangkit soal ini. Kalau Majlis Peguam halang, mereka penceroboh kepada hak asasi orang," katanya pada sesi soal jawab di Parlimen.
   
Beliau menjawab soalan tambahan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) yang mahu tahu sama ada kata putus mengenai penubuhan Akademi Undang-undang telah dibuat dan adakah kerajaan telah mengadakan konsultasi dengan Majlis Peguam berhubung perkara itu.
   
Mohamed Nazri menegaskan bahawa kebebasan berpersatuan setiap rakyat negara ini dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Majlis Peguam tidak berhak menghalangnya.
   
Menjawab soalan tambahan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) sama ada Akademi Undang-undang itu akan dikawal oleh kerajaan kerana bakal ditubuhkan melalui suatu akta, Mohamed Nazri berkata: "Majlis Peguam yang diwujudkan oleh akta juga tak dapat dikawal oleh kerajaan."
   
Mohamed Nazri memberi jaminan bahawa cara pemilihan anggota Akademi adalah sama dengan pemilihan anggota Majlis Peguam, dan menegaskan penubuhan akademi ialah untuk meningkatkan standard profesion guaman ke tahap yang lebih tinggi. - Bernama

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate