Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

14 Jun 2012

Keputusan Hastracking.com Kempen FlashTweet #LovePM @NajibRazak #VoteBN


Semalam blogger Unit Media Baru berkunjung ke majlis tahlil dan doa selamat sempena pemergian ke Mekah Timbalan Pengerusi UMB Pusat Saudara Razlan bin Rafii Jumaat ini. Ia diadakan di Seputeh bertempat di Surau Penghulu Mat. Pelajar tahfiz yang belajar di surau berusia lima tahun itu, telah mengetuai acara tersebut. 

Menurut Razlan pelajar tahfiz tersebut ditubuhkan hasil inisiatif Bahagian Umno Seputeh untuk memperbanyakkan pelajar agama bagi membimbing masyarakat. Ia juga membuktikan Umno  sentiasa komited menyokong perkara melibatkan agama meskipun ia tidak digemburkan dengan hebat di media massa.



Selepas selesai jamuan makan dan buah durian, kami tidak sengaja telah merancang flashtweet (ambil istilah flashmob ) di mana tanpa dirancang kami mahu mengumpulkan seramai mungkin pengguna twitter untuk menyebarkan hashtag yang kami pilih iaitu #LovePM #VoteBN. Ia telah berlangsung serta merta acara tersebut dan sehingga kini ia telah mencecah hampir 80 ribu follower walau hanya 6 orang sahaja yang menggerakkannya.

Meskipun kira-kira hanya sejam masa mengulang kicauan (retweet) dan juga sangkut (tag) kawan twitter pada anggaran penulis, namun ia telah mencecah hampir 80 ribu. Pengerusi UMB juga telah mengulang kicauan (retweet) serta merta selepas kicauan dimulakan oleh kami jam 10 malam semalam.

Testimoni ini akan digunakan untuk acara seterusnya dan semoga permulaan ini akan diteruskan untuk masa akan datang. Jom kita flashtweet lagi selepas ini. Tq Kulaan Niring atas idea anda 'flashtweet' mengambil dari perkataan 'flashmob' ini. 

Terbaeklah.

Sekian...live dari Parlimen Dewan Rakyat :)

1 ulasan:

Kulaan Niring berkata...

best siot buat flashtweet nie... ala-ala flashmob plak... nanti kita buat lagi...

Cari Blog Ini

Translate