Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

06 Jun 2012

Senarai 'Derma' Kerajaan Persekutuan Kepada Kerajaan Kelantan Sejak 2004 - 2011 Cecah RM10 Bilion Ringgit Bukti Lebuhraya Rakyat Sengaja Susahkan Rakyat - Kickdefella aka @SyedAzidi @NajibRazak @NikAbdulAziz



Setelah majlis pecah tanah dan pelancaran kutipan derma projek Lebuh Raya Rakyat oleh Kerajaan PAS Kelantan, rasa masam mula menggangu kemanisan janji tersebut.
Bermula dengan pendedahan nama akaun syarikat yang memungut derma seperti didedahkan olehRBF Online, kisah lama yang menghantui PAS dan kutipan derma mula datang kembali. Ketakutan mula wujud kalau-kalau Lebuh Raya ‘Husam’ ini bukan sahaja indah khabar dari rupa seperti gegar gempita projek Takaful Kifalah Warga Emas, projek Jihad Ternak Kambing Jamnapari, projek Depu dan Dinar Emas Kelantan. Itu adalah senarai ‘pet project’ YB Dato’ Husam Musa, Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Perancang Ekonomi & Kebajikan PAS Kelantan. Habis perasmian, masalah bermula.
Tetapi kemelut ini bukan setakat menjadi identiti Husam bahkan ia juga menjadi jatidiri PAS Kelantan yang diterajui ‘ayah politik’ Husam iaitu Nik Aziz sendiri.
Pelbagai projek dirasmikan dan dibuat pecah tanah, tetapi siapnya tidak pernah. Antaranya yang mampu disenaraikan termasuklah projek AFTA City, Projek Bandar Perikanan, Projek Jambatan Palekbang, Projek Petrokimia di Pantai Senok, Projek Stadium Tertutup dan terkini ialah projek stadium Bukit Merbau. Bahkan projek Bandar Baru Tunjong pun jika tidak kerana pembangunan pesat projek-projek Persekutuan di situ, tidak akan ada apa melainkan pokok kelapa dan sawah gersang.


Lagi perincian 'derma' Kerajaan Pusat kepada Kelantan cecah RM10 bilion sila klik di sini http://www.kelatekito.net/ 


Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate