Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

05 Jun 2012

@UstAzharIdrus Bidas @NikAbdulAziz dan @AbdulhadiAwang Pengkhianat Kerana Gugur Hudud Pertahan Perlembagaan Sokong @Anwaribrahim @LimKitSiang ???


Video ini sangat baik untuk disebarkan. Ia bukti bagaimana PAS jika mengikut Ust Azhar Idrus adalah pengkhianat kerana menggugurkan hudud untuk dilaksanakan dalam Manifesto Pakatan Rakyat. 

Lihat bagaimana ikrar untuk mempertahankan perlembagaan yang dijadikan alasan mengkafirkan UMNO dibuat di dalam Konvensyen Pakatan Rakyat ke-3 dihadiri oleh Mursyidul Am PAS dan Presiden PAS dalam video di atas. Adakah PAS sudah kafir jika mengikut Fatwa Hj Hadi pada 1981 kerana bersetuju menerima dan mempertahankan Perlembagaan Lord Reid dalam ikrar di atas ?

Takrif sekular menurut Ust Azhar orang yang mahu menghalang Islam dari menang. Ia dianggap pengkhianat oleh beliau.

Hari ini Karpal Singh bertegas akan menentang HUDUD dan beliau hingga kini masih menjadi pemimpin DAP yang bersama dengan PAS dalam Pakatan Rakyat. Hingga beliau sanggup keluar Pakatan jika PAS masih terus ingin laksanakan HUDUD.

UMNO tidak menolak hudud tetapi belum dapat melaksanaknnya di Malaysia kerana faktor kepelbagaian kaum dan perkongsian kuasa. Lihat penjelasan PM tentang Hudud dan juga perlaksanaan undang-undang Islam di negara kita yang sudah wujud walau dalam bentuk berbeza.


Bersama golongan sekular ( baca : Karpal Singh dan DAP ) dalam Pakatan oleh Hj Hadi dan Nik Azzi kita dapat faham adalah tindakan yang dibidas oleh beliau. Kerana mereka telah bersama orang sekular yang tidak mahu Islam menang untuk laksanakan undang-undang Hudud.


Kisah Brunei mahu laksanakan Hudud tidak menjadi masalah kerana mereka memerintah secara Monarki yang tidak berkongsi kuasa dengan sesiapa.

Sepatutnya jika PAS mahu hudud mereka perlu bersama UMNO bukan dengan PKR atau DAP.

Akhir sekali wajarkah PAS terus berada dalam pakatan yang menolak HUDUD yang dibidas dengan keras oleh Ust Azhar Idrus ?

Sokong Pas = Sokong Dap = Sokong Murtad = Sokong Liwat dan Sokong Musuh Islam Tentang Hudud Allah !!!


Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate