Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

23 Julai 2012

Bukti PAS Agung Nik Aziz Seperti Imam Khomeini


Berikut gambar yang ditemui di blog ahli PAS http://alkubrawiyyah.blogspot.com/2010/06/hujung-minggu-yang-memenatkan.html yang memaparkan gambar Nik Aziz sebesar saiz Imam Khomeini. Ia dipasang di pejabat PAS Tumpat bahagian Berangan.

Apa yang ingin ditekankan di sini sikap mengagungkan Nik Aziz terlalu dahsyat sehingga Nik Aziz sendiri telah terkesan sehingga tidak mahu dan tidak juga malu untuk terus meneruskan sebagai ahli Yang Berhormat untuk PRU 13.

Sikap ini tidak sama dengan Hj Hadi yang bersedia berundur diri. Meskipun ditentang hasrat beliau oleh ramai pihak.



Itulah bahaya jika bukan Ulama diagungkan seperti Ulama kerana bukan Ulama akan terkesan dan terpesona dengan segala pujian dan sanjungan dan begitu marah dengan kejian. Namun ulama pewaris Nabi mereka sangat zuhud kepada dunia dan tidak merasa terkesan dengan pujian atau kejian manusia kepadanya.

Mereka inilah yang sepatutnya diangkat dan dihormati bukan ulama politik yang mewarisi sumpah seranah dan jelas menyalahi sunnah dengan merosak perpaduan ummah.

Katakan tidak kepada ulama politik yang dahulukan politik melebihi nas Quran dan Sunnah...



Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate