Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

22 Julai 2012

Naib Presiden @Zahid_Hamidi dan MT UMNO Sokong Ulama Menjadi Sayap Parti !!! cc @NajibRazak @MuhyiddinYassin


Naib Presiden Umno sokong idea ulama jadi sayap parti
WARTAWAN SINAR HARIAN


22 Julai 2012
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi 

SHAH ALAM - Tiga pemimpin kanan Umno menyokong cadangan supaya diwujudkan pergerakan bagi golongan ulama sebagai salah satu sayap dalam parti itu.


Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, idea itu akan diberi pertimbangan serius kerana Umno sebagai parti yang mewakili umat Islam negara ini sememangnya sentiasa mementingkan peranan golongan ulama dalam perjuangannya.



"Saya percaya, jika cadangan ini direalisasikan, ia sekali gus akan dapat menutup mulut pihak yang selama ini menuduh Umno meminggirkan Islam," katanya.



Ahmad Zahid berkata, meskipun selama ini Umno tidak pernah meminggirkan golongan ulama namun kedudukan itu akan dapat meningkatkan lagi keyakinan pendokong Islam terhadap parti itu, terutama dalam perbandingan dengan Pas.



"Kita memang amat perlukan peranan ulama," katanya.



Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, golongan ulama sememangnya amat penting dalam perjuangan Umno."Saya sokong cadangan itu," katanya.




Seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, beliau akan membawa perkara itu dalam mesyuarat Majlis Tertinggi untuk diberi pertimbangan terutama oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Panglima : Satu sahaja harapan agar golongan agama ini diletakkan di tempat sewajarnya dan mereka juga akan menjadi platform berkesan membetulkan UMNO dari dalam sebelum dikritik pihak pembangkang yang sentiasa mencari ruang untuk mengkritik dan memperlekeh Kerajaan dipimpin oleh UMNO dalam Barisan Nasional... Juga agar agamawan pro fahaman tidak disepakati majoriti Ulama seperti Syiah Wahabi jangan dibenarkan menguasai sayap ini. Jika tidak maka bencana lebih besar akan menimpa UMNO berbanding kebaikan yang akan diperolehi. Syabas atas idea bernas ini.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate