Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

08 Julai 2012

Program Istighasah al-Kubra Mohon Umat Bersatu Padu di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Semalam cc @NajibRazak


Mohon umat Islam bersatu
Oleh MOHD. AINUDDIN ALIFF
pengarang@utusan.com.my


Sebahagian yang hadir pada Program Istighasah al-Kubra di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, semalam.





SHAH ALAM 7 Julai - Hampir 5,000 orang menadah tangan sambil bermunajat dan berdoa dalam program Istighasah al-Kubra di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini, bagi memohon umat Islam bersatu-padu serta meninggalkan ketaksuban terhadap ideologi politik masing-masing sehingga sanggup berpecah-belah.

Majlis tersebut bermula seawal pukul 4 pagi dengan acara qiamullail iaitu para jemaah mendirikan solat sunat tahajud, solat sunat hajat, solat sunat witir dan kemudiannya diikuti dengan solat subuh, tazkirah dan bacaan zikir munajat beramai-ramai di pekarangan masjid sebelum ia berakhir pada pukul 8 pagi.

Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Datuk Zainal Abidin Sakom berkata, yayasan tersebut dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan 25 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berganding bahu menganjurkan program Istighasah al-Kubra itu.

''Selepas gagal menyatukan umat Islam dengan cara pujuk rayu, timbul inisiatif kita untuk berdoa kepada Allah supaya penyatuan dapat dilaksana demi keamanan dan kesejahteraan rakyat negara ini," katanya kepada pemberita selepas majlis tersebut di sini hari ini .

Hadir sama ialah Pengerusi Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar; Naib Yang Dipertua Yadim, Datuk Shamsul Najmi Shamsuddin; Pengerusi Seranta Majlis Istighasah al-Kubra, Datuk Abdul Samad Marudin dan Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Noriah Kasnon.

Zainal Abidin berkata, melalui program tersebut, pihaknya berharap hati umat Islam di negara ini akan dapat ditaut kembali tanpa mengira latar belakang parti politik dan bersatu demi memartabatkan kedudukan Islam.

''Ini adalah apa yang Rasulullah ajar pada kita. Baginda juga dahulu berdoa dan memohon kepada Allah sekiranya mahu memohon sesuatu dan saya berharap doa ini akan dimakbulkan sekali gus menyatukan kembali umat Islam di negara ini," katanya.

Zainal berkata, pihaknya merancang untuk menganjurkan program itu ke seluruh negara dan berharap ia akan turut dihadiri oleh lebih ramai pemimpin kerajaan di setiap negeri kerana doa pemimpin adalah antara yang akan dimakbulkan.

''Buat masa ini kami sedang menunggu permohonan daripada setiap negeri supaya program seperti ini dapat dibawa dan dianjurkan ke negeri-negeri lain," katanya.

Zainal turut menzahirkan kegembiraannya dengan kehadiran begitu ramai generasi muda ke program itu dan menganggap ia ada kaitan dengan promosi yang dijalankan melalui media sosial seperti Facebook.

''Ini membuktikan yang media sosial juga boleh digunakan untuk mempromosikan program-program keagamaan yang boleh menarik minat generasi muda," katanya.


Panglima : syabas dan inilah yang perlu dilakukan secara tersusun di semua peringkat secara berterusan sehingga hari pengundian. 

Jangan lupa pengaruh sihir boleh membutakan mata pengundi untuk melihat kebenaran dan kerana itu dengan memohon bantuan Allah Taala maka kita bermohon agar pengundi akan diperlihatkan kebenaran dan mengikutinya dengan cara memilih parti kebenaran yang jelas berjasa menegakkan alif ba ta sejak dahulu hingga sekarang.

Semoga mata hati, mata akal dan mata roh kita akan terang melihat pihak manakah yang layak diberi amanah menerajui Kerajaan demi kebaikan ummah sekelian.

Tahniah kepada penganjur diharap dapat diajak semua pihak parti melayu Islam menyertai acara seperti ini. Insya Allah mujarab untuk ubat perpecahan. Panggillah ulama pewaris nabi seperti Habib-Habib agar majlis diberkati.




Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate