Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

10 Ogos 2012

Article: Penapis Air Bantu Penduduk Atasi Masalah Air – Tok Pa


TUMPAT – Kerajaan pusat akan memasang alat penapis air  bagi menghasilkan air bersih dari sumber sungai untuk mengatasi masalah bekalan air kritikal dihadapi penduduk Kampung Derdap dan Kampung Tualang di sini, kata Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata pemasangan alat penapis air itu yang berharga kira-kira RM65,000 seunit akan dibuat segera bagi mengatasi masalah kira-kira 5,000 penduduk di dua kampung tersebut.

"Kita pasang sebelum Aidilfitri ini supaya tidak menimbulkan masalah kepada mereka yang bekerja di luar negeri ini pulang berhari raya di kampung," katanya kepada pemberita selepas meninjau alat penapis air yang dipasang di Kampung Kuala Jambu di sini, hari ini.

Penapis air menggunakan teknologi Amerika Syarikat itu yang disumbangkan oleh sebuah syarikat swasta Bio Ultra Pure Sdn Bhd, dipasang pada Jun lepas, dapat meringankan bebanan penduduk Kampung Kuala Jambu dan kampung sekitarnya.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata masih terdapat banyak lagi kawasan di jajahan Tumpat dan Pasir Mas yang menghadapi masalah bekalan air bersih yang disediakan oleh Air Kelantan Sdn Bhd.

"Bagi kawasan penduduk yang berhampiran dengan sungai mungkin kita boleh pasang alat penapis air ini untuk mendapatkan bekalan air bersih tetapi bagi kawasan yang jauh dari sungai mungkin boleh dibina telaga tiub," katanya.

Beliau berkata pemasangan alat penapis air itu adalah langkah jangka pendek dan berharap AKSB turut sama membantu mengatasi masalah rakyat itu.

Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata kerajaan pusat prihatin dengan nasib rakyat negeri ini yang menghadapi masalah bekalan air bersih.

Pada 5 Ogos lepas, 14 pertubuhan bukan kerajaan di Kelantan menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya membantu menyelesaikan isu air yang berlarutan menimbulkan masalah kepada rakyat negeri ini.

Tags: 

Categories: Berita


Penapis Air Bantu Penduduk Atasi Masalah Air – Tok Pa

http://detikperubahan.com/2012/08/10/penapis-air-bantu-penduduk-atasi-masalah-air-tok-pa/


Sent from my iPad

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate