Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
pengarang@utusan.com.my
Ahmad Din menunjukkan tempat pergaduhan dua anaknya yang menyebabkan kematian Abdul Hisham di rumah mereka di Kampung Telaga Papan, Kerteh, Terengganu, semalam.
KEMAMAN 5 Sept. - Seorang abang dipercayai menikam adiknya sehingga mati selepas kedua-dua mereka berselisih faham kerana berebut saluran televisyen di rumah mereka di Kampung Telaga Papan dekat sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, mangsa, Abdul Hisham Ahmad, 23, seorang nelayan maut akibat terkena tikaman objek tajam di perut ketika bergelut dengan suspek.
Sebelum kejadian itu, dua beradik terbabit tersebut dikatakan turut bertengkar dipercayai kerana berebut motosikal.
Menurut bapa mereka, Ahmad Din, 59, ketika dua anaknya itu bergelut, dia sempat menegur suspek yang merupakan anak sulung daripada terus bertengkar dengan adik bongsunya.
Panglima : Ulama jika sibuk politik akan gagallahh mendidik umat. Ulama jika membawa perpecahan akan hancurlah kasih sayang kalangan masyarakat. Sama-samalah kita baiki umat agar kembali subur mahabbah dan ukhwah atas iman dan takwa Insya Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan