Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

17 September 2012

Akhirnya Google Malaysia Sekat Filem Innocence of Muslims -Tahniah @DrRaisYatim


Pena KSJ menyiarkan berita ini di blog beliau di sini http://penaksj.wordpress.com/2012/09/17/akhirnya-google-malaysia-akur-dengan-desakkan-pemerintah/

Kejayaan ini hasil tindak balas semua pihak termasuk pejuang maya muslim seluruh dunia memungkinkan perkara ini. Seperti komen Saudara Tun Faisal di sini http://umb-ppum.blogspot.com/2012/09/filem-hina-islam-media-alternatif-beri.html

Jika umat Islam bersatu tidak akan ada penghinaan berani dilakukan. Jika tidak musuh Islam akam berani menghina kita sesuka hati berulang kali.

Tahniah kepada Menteri kita yang tegas menangani isu sensitif ini.







PETALING JAYA: Google Malaysia menyekat akses laman YouTube klip video kontroversi ‘Innocence of Muslims’ sebagai respons kepada aduan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Sesiapa yang cuba melayari video itu dari alamat penyedia Internet Malaysia (IP) akan menerima mesej yang berbunyi:’Kandungan video ini tidak didapati di negara anda kerana aduan undang-undang. Maaf mengenai perkara ini.’

Pegawai Komunikasi dan Perhubungan Awam Google Malaysia, Zeffri Yusof mengesahkan video tersebut telah disekat di Malaysia.

“Di mana kami telah melancarkan laman Youtube tempatan dan kami diberitahu bahawa sebuah video adalah haram di negara ini, kami akan menyekat akses kepada video tersebut selepas pemeriksaan teliti,” katanya pada Isnin.

Video tersebut turut disekat di beberapa negara termasuk Indonesia, India dan Mesir.
MCMC telah menfailkan aduan rasmi kepada Google pada Sabtu berhubung video tersebut.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate