
Jangan ingat mahu lepas tangan atau lari...kalau dah janji tapi tidak ditunaikan, ‘kita jumpa di mahkamah’.
Nampaknya, semakin ramai rakyat Selangor bersedia menerima cabaran Menteri Besar Selangor , Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mencabar penduduk di negeri itu yang tidak menerima pemberian air percuma seperti dijanjikan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum 2008 supaya mengheret pentadbirannya ke mahkamah.
Alasannya, kerajaan negeri tidak terikat membekalkan air percuma kerana tidak ada sebarang perjanjian memberi air percuma kepada pengguna meter pukal sejak pengumumannya pada 2008.
Cabaran Khalid tiga minggu lalu sudah disahut 711 penghuni pangsapuri beberapa kawasan di Selangor dengan mengemukan saman terhadap Menteri Besar dan kerajaan Selangor serta SYABAS, beberapa hari lalu.
Rabu ini, dijangka 2,011 penduduk sekitar Puchong dan Petaling Jaya akan memfailkan saman serupa menuntut janji air percuma 20 meter padu atau RM11.40 kepada pengguna di negeri itu.
Baca lagi : http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/pengguna-air-di-selangor-berhakt-tuntut-janji-air-percuma-di-mahkamah-noh-omar.html
1 ulasan:
Entri terbaru ttg Dr Asri Zainul Abidin. Semoga negara kita terselamat dr fitnah ini: http://www.anwaraidc.com/?p=27651
Catat Ulasan