Suara Keadilan melaporkan :
(Oleh Aedi Asri)
KUALA LUMPUR 4 Oktober: Jumlah ‘dislike’ yang jauh melebihi ‘like’ pada rakaman Youtube sesi #TanyaNajib 2013 melalui Google Hangout malam tadi jelas menunjukkan warga maya, kebanyakannya orang muda menolak kepimpinan Perdana Menteri itu, terutama mengenai Bajet BN 2013.
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon berkata, sangat pelik apabila percubaan Najib mendekati orang muda ditolak melalui jumlah ‘dislike’ yang direkodkan.
Najib berinteraksi secara langsung dengan rakyat menjawab soalan berkenaan Bajet 2013 dan rakaman sesi itu dimuat naik di Youtube rasmi beliau sendiri dan saluran Astro Awani.

Bagi menutup malu, video itu turut diprivatekan sebelum itu. Ini jauh berbeza dengan sambutan terhadap #BorakAnwar yang mendapat sambutan hangat dalam acara sama baru-baru ini.
“Orang muda tak mahu lihat Najib cakap banyak sangat, sebaliknya sahut cabaran debat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Najib juga hanya beri jawapan selamat dan retorik…soalan kritikal dan penting tidak dilayan,” kata Khai Loon ketika dihubungi.
Malah Najib juga tidak menjawab soalan oleh Khai Loon seperti ketidakhadiran beliau ketika Anwar membahaskan Bajet 2013 dan pertembungan peranannya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
“Walaupun Najib tidak jawab (soalan kritikal), orang muda bijak dan akan menilai kelayakan beliau sebagai Perdana Menteri, khasnya ketika pilihan raya umum akan datang,” kata Khai Loon lagi.
Anwar merupakan pemimpin pertama di Malaysia dan Asia Tenggara memanfaatkan Google Hangout pada 17 Oktober lalu.
Setakat ini, jumlah ‘like’ pada rakaman sesi yang dimuat naik di saluran ‘Anwar Ibrahim’ adalah sebanyak 1,352 manakala ‘dislike’ hanya 163.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=37346
Panglima :
Peraturan pertama membaca berita di atas ialah : jangan ketawa dan jangan menghina penulisnya. Jangan merendahkan tahap pemikiran pihak pembangkang kerana ia tidak baik di sisi agama walaupun kita sedar itulah hakikatnya.
Ketika Bajet 2013 mendapat sambutan hangat orang muda, ditambah pelbagai insentif kepada semua peringkat anggota masyarakat yang tidak meminggirkan sesiapa, maka Bajet kali ini disifatkan ramai pihak sebagai bajet terbaik.
Namun untuk mengimbangi kesan positif ini maka pihak pembangkang nampaknya terpaksa menggunakan jumlah dislike sebagai indikator penolakan orang muda dan memejam mata kepada jumlah follower twitter dan facebook Perdana Menteri yang sungguh jauh mengatasi Anwar Ibrahim.
Satu bentuk pengadilan yang jauh dari neraca kebenaran !
Bayangkan akaun yang percuma dan boleh dibuat sebanyak mungkin untuk 'like' dan 'dislike' digunakan sebagai bukit menunjukkan penolakan golongan muda adalah tidak benar.
Dalilnya :
1. Mana-mana pihak boleh mencipta akaun Gmail dengan percuma sebanyak yang mereka mahukan.
2. Jika sudah mempunyaii akaun mereka akan dibenarkan menekan butang 'dislike' atau 'like' bergantung kepada akaun yang dimiliki.
2. Jumlah 'dislike' tidak boleh dijadikan ukuran sebaliknya junlah follower dan twitter YAB Perdana Menteri untuk mendekati rakyat itu petunjuk paling nyata kerana mengandungi latar belakang akaun bukan robot atau sesiapa sahaja.
Terkini jumlah twitter PM https://twitter.com/NajibRazak ialah 915,459 follower berbanding Anwar Ibrahim hanya 196,343
3. Jumlah ini juga tidak mustahil ditekan oleh bukan rakyat Malaysia untuk merosakkan hubungan antara Malaysia dan menaikkan pemimpin kesukaan mereka.
4. Sebelum ini dana kepada pasukan media maya pembangkang berjuta ringgit diberi oleh Husam Musa juga diakui Kickdefella aka Syed Azidi yang ketika itu menjadi blogger mengkritik Kerajaan Pak Lah. Tentang kekayaan Husam Musa sila baca penjelasan beliau di sini http://kickdefella.net/2012/07/16/duit-husam-satu-juta-ada-dengan-ana/
5. Bilangan dislike yang begitu banyak membuktikan pembangkang memiliki cybertrooper yang ramai dan dedikasi sepanjang masa berbanding cybertrooper pro kerajaan. Jika fanatik politik hanya 2 dari 10 orang di alam maya demikian. Ramai suka bahan agama untuk menambahkan ilmu.
Banyak fakta ditulis oleh The Unspinners tentang perkara ini sila klik di sini http://theunspinners.blogspot.com/2011/12/mana-bajet-publisiti-sngor-rm15-juta.html
Kesimpulannya : musuh Malaysia mahu turunkan pemimpin yang tidak boleh dipengaruhi dan diarah sesuka hati. Misi mereka akan berjalan dengan lautan wang dan pertolongan termasuk di media maya.
Hanya satu kekuatan kita - yakini bahawa misi menjaga perbatasan maya ini bukan sia-sia tetapi ditilik dan dinilai oleh Allah Taala walau tidak seberapa gajet kita ada dan hanya sedikit yang mampu kita sumbang di celah masa menunaikan amanah kerjaya dan perniagaan.
Semoga amalan ini kekal sehingga akhirat nanti Insya Allah.
3 ulasan:
apa yang hang merepet ni labu?? kalau nak kulum 'butuh' najib pun agak-agak la sama..
jangan marah, sila berikan hujah anda.
terima kasih.
siapa yg mencarut kat atas tu???
Dahlah bodoh, lepas tu tunujukkan lagi kebodohan dia....
Typical pengikut totok anwar china doll...hehehe...geli!!!!!
Catat Ulasan