Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

25 November 2012

BLOG Naib Presiden Umno Dr Ahmad @Zahid_Hamidi Sedia Dilayari



Blog beliau boleh dilayari di http://ahmadzahidhamidi.wordpress.com/


Apa yang saya kagum kepada Dr Zahid Hamidi ialah kesungguhannya melengkapkan diri dengan media baru walau sudah berusia tidak jauh usia dengan YAB PM kita.

Ucapan beliau yang menyentuh kepentingan media baru dalam PAU 2011 jelas bukan retorik dan kini DS Dr Ahmad Zahid Hamidi memiliki semuanya samada blog,fb,tweeter dan juga Instagram.

Walaupun sudah mendapat liputan media utama negara kita.

walau agak baru beberapa bulan mula berkicau secara aktif di twitter namun akaun twitter beliau sudah melebihi 22 ribu follower ketika ini.


Kalah panglima sendiri yang baru sahaja 4 ribu follower di twitter.Walau dah bertahun di alam maya.

Sebagai pemimpin rakyat dahagakan info terbaru pemimpin mereka. Dengan ada twitter, serta fb maka komunikasi dua hala dapat dilangsungkan bila-bila masa.

Kerana itu dalam masa yang agak singkat lebih sejuta rakyat Malaysia mengikut twitter dan fb YAB Perdana Menteri.

 

Meninggalkan Anwar Ibrahim yang kini jauh di belakang DS Najib yang agak baru meneroka media baru berbanding beliau.

Kepada pemimpin Umno BN yang lain hidupkanlah media baru sebagai jambatan penghubung dan ingatlah media baru antara prasyarat disebt PM untuk menjadi bakal calon.

Harap pemimpin yang uzur dan ada kes atau salah laku atau mahu beri laluan generasi baru, harap dapat undur diri cara terhormat.

Seorang yang fanatik Umno akan korbankan apa sahaja demi masa depannya.

Berundur sebelum diundur...

Semoga Allah terus berikan kemenangan besar kepada Umno PRU 13 ini dan bila-bila masa.

Mari kita aminkan bersama-sama.

Sent from Samsung Galaxy Note

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate