Statistik pada 25 Feb 2019 ( sumber blog http://fendy1982.blogspot.com/ )
1) Tun Dr. Mahathir Mohamad - 283, 713
2) Dato' Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak - 109, 094
3) Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat - 81, 970
4) Dato' Seri Anwar Ibrahim - 56, 661
5) Lim Guan Eng - 25, 665
6) Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir - 24, 881
7) Lim Kit Siang - 20, 082
8) Dato' Seri Abdul Hadi Awang - 12, 232
9) Dato' Seri Mohd. Nizar Jamaluddin - 10, 528
Statistik pada 9 Mac 2010
1) Tun Dr. Mahathir Mohamad - 302,617
2) Dato' Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak - 121,603
3) Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat - 87,506
4) Dato' Seri Anwar Ibrahim - 62,107
5) Lim Guan Eng - 27,653
6) Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir - 26,025
7) Lim Kit Siang - 21,331
2) Dato' Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak - 121,603
3) Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat - 87,506
4) Dato' Seri Anwar Ibrahim - 62,107
5) Lim Guan Eng - 27,653
6) Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir - 26,025
7) Lim Kit Siang - 21,331
8) Dato' Seri Abdul Hadi Awang - 13,865
9) Dato' Seri Mohd. Nizar Jamaluddin - 11,632
9) Dato' Seri Mohd. Nizar Jamaluddin - 11,632
Jumlah peningkatan dari 25 Feb hingga 9 Mac 2010 ( 13 hari )
Jika dilihat kepada keseluruhan yang dipamerkan di atas, negarawan kita Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mencapai fan paling banyak dari segi bilangannya untuk tempoh 13 hari dengan pertambahan 18,904. Ia tidak boleh dinafikan kerana pengaruh selama 22 tahun menjadi PM membuatkan masih ramai mengenali dan menjadi pengkagum kepada Tun Mahathir hingga menjadi peminat / fan kepada beliau.
Kedudukan kedua ialah Perdana Menteri kita sekarang iaitu Dato' Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak yang telah menerima pertambahan fan sebanyak 11,699 dalam tempoh yang sama seperti Tun M. Dengan usia yang masih baru Facebook Perdana Menteri memang mendapat sambutan luar jangkaan oleh rakyat berbilang kaum. Ia selari dengan hasrat Datuk Seri Najib sendiri yang mesra dan perihatin kepada semua tidak kira Melayu, Cina atau India. Oleh sebab itulah FB beliau telah mendapat ramai peminat yang baru sehingga mencecah hampir 12 ribu dalam tempoh tidak sampai dua minggu. Apatah lagi beliau juga baru 11 bulan dilantik menjadi Perdana Menteri ( mula 3 April 2009 )
Bagi tokoh pembangkang kedudukan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mendapat rakan baru sebanyak 5536 mengatasi Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim 5446 dengan perbezaan yang kecil. Namun dari segi jumlah keseluruhan Nik Aziz Nik Mat jauh meninggalkan Anwar Ibrahim dengan perbezaan hampir 25 ribu peminat. Adakah kerana kes liwat menjauhkan rakyat khasnya pemuda dari terus memberi sokongan kepada DSAI ? Wallahu A'lam.
Namun Nik Aziz yang begitu bencikan Perdana Menteri nampaknya masih ketinggalan 34 ribu lebih kurang berbanding PM yang kukuh mendapat sokongan rakyat dengan majoriti yang begitu besar. Tidak silap saya facebook PM lebih 'muda' dari facebook Nik Aziz. Begitu juga fan DS Anwar juga sekali ganda ketinggalan hampir 63 ribu fan dari jumlah fan DS Najib walaupun beliau sering difitnah oleh Anwar dengan kes pembunuhan Altantunya walhal ia sangat jelas tidak benar dan FITNAH. Alhamdulillah rakyat tidak semua termakan dengan fitnah pembangkang yang sangat keji dan palsu itu.
Seterusnya Lim Guan Eng hanya mendapat pertambahan sebanyak 1988 peminat menjadikan jumlah terkini 27,653 diikuti Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir yang tidak kurang popularnya dengan jumlah peminat baru telah bertambah sebanyak 1144 7 menjadi 24,881 peminat. Parti perkauman paling rasis di Malaysia ini tidak dapat menandingi PM dan DS Najib sedikitpun. LGE hanya mampu mendapat 'peminat' 27 ribu berbanding DS Najib berjumlah 121 ribu.
Ahli politik yang lain ( tempat ketujuh ) ialah Yb Lim Kit Siang dengan pertambahan hanya 1,249 dan diatasi oleh Presiden PAS Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang mendapat peminat lebih ramai dengan pertambahan sebanyak 1633 orang.
Bekas MB Peraka Dato' Seri Mohd. Nizar Jamaluddin pula hanya mendapat 1104 dan ini menunjukkan populariti beliau sudah semakin menurun apatah lagi selepas mahkamah telah memutuskan bahawa MB Perak yang sah ialah Dr Zambry pada bulan lepas.
Saya ingin menambah lagi tetapi menunggu komen anda yang barangkali lebih baik ulasannya berbanding saya.
Silakan sahabat semua...
1 ulasan:
Masalahnye disini.. Ranking tu banyak dikuasai oleh parti pembangkang..
Maybe Something wrong here.. Our leader is not popular enough or they did not received trust from masyarakat?
We must think about it..
~ahja~
Catat Ulasan