Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

14 November 2012

Cadangan Iktiraf Batu Caves Satu Lonjakan Baharu | raisyatim.my

Tahniah Menteri Penerangan yang telah mempunyai blog sendiri.

Berikut cadangan Menteri untuk jadikan Batu Caves sebagai tapak warisan dunia.
Selain batalkan projek Kondo 22145
Ia boleh anda baca sendiri buktinya di bawah.


Tarikh: 13/11/2012


Cadangan menjadikan Batu Caves sebagai antara tapak warisan dunia mencerminkan satu lonjakan baharu dalam mengiktiraf kawasan itu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim. 

"Ini sekali gus menunjukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi pengiktirafan kepada Batu Caves sebagai pusat perayaan agama Hindu," katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Rumah Terbuka Deepavali anjuran MIC di perkarangan kompleks Batu Caves di sini, Selasa. 

Katanya, cadangan itu juga menambah kepada usaha memelihara tapak-tapak warisan dalam negara yang dijalankan selama ini. 

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN ketika berucap pada majlis itu memberi jaminan untuk mempertahankan kawasan Batu Caves. 

Langkah itu termasuk membatalkan projek pembangunan kondominium 29 tingkat di kawasan berkenaan jika BN berjaya menawan semula negeri Selangor pada pilihan raya umum akan datang di samping mahu mencadangkan kepada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco) supaya Batu Caves dijadikan antara tapak warisan dunia. 

Menurut Rais, kerajaan negeri Selangor seharusnya bersama-sama dengan kerajaan pusat dalam apa juga program pembangunan yang memberi kesan baik kepada rakyat serta negara, dan tidak tertumpu kepada kepentingan politik semata-mata. 

Beliau turut mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada semua penganut Hindu di Malaysia. 

KUALA LUMPUR, 13 Nov 2012
 
 


blog DS Dr Rais Yatim

http://www.raisyatim.my/comment.php?pageno=1&field=co_CreateDate&order=Desc&bl_ID=847&Title=Cadangan%20Iktiraf%20Batu%20Caves%20Satu%20Lonjakan%20Baharu&utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter#.UKO0nqPmi2c





Sent from Samsung Galaxy Note

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate