Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

22 Oktober 2010

Mana satu gambar hina Islam dalam Islamic Fashion Festival ? Sah isteri PM dijadikan mangsa Perang Propaganda Jahat Mereka....




Gambar atas didakwa dari pertunjukkan fesyen Islam yang dihadiri Rosmah isteri PM....Ia disiarkan oleh pembangkang dan penyokong pembangkang demi memburukkan insan bernam Rosmah.

Panglima tidak mahu menerima argumen mereka sewenang-wenangnya lalu membuat kajian secara sendirian...

Maka Panglima dengan susah payah mencari gambar laman rasmi festival tersebut sebelum bertemu di FB Buzze Azam di sini http://www.facebook.com/




Alhamdulillah fitnah tersebut berjaya ditemui 'penawar'nya dan harap anda dapat hentikan fitnah jahat lagi terkutuk puak pakatan rosak itu. Kini FB memburukkan Rosmah juga sudah diwujudkan dengan menyiar gambar yang jelas menfitnah beliau di sini http://www.facebook.com/ 

Sesungguhnya penyebar fitnah akan menerima azab amat pedih di akhirat nanti...

Sila klik http://www.islamicfashionfestival.com.my/  untuk melihat gambar sebenar festival fesyen Islam di bawah...

sl-02

sl-07

sl-08

sl-01

Ternyata gambar di bawah adalah fitnah jahat lagi dahsyat dari musuh demi memburukkan imej dan maruah DS Najib dan isterinya. Orang hati jahat macam pembangkang hidup pasti tak akan bahagia....


37 ulasan:

Amin Baek berkata...

thanx bro atas ulasan ini..saya juga agak ragu2 dgn gmbr2 terbabit...tp tak tau nk cari sumbernya dr mana..

Melayu Pasir Gudang berkata...

Kejutkan Pemuda UMNO kat PWTC tu, pergi buat laporan pois dan SKMM. Jangan pandai be retorik sahaja. Ini perlu di bela. Terima kasih Pang5.

blogenstarz berkata...

Alhamdulilah,segala fitnah dapat diatasi dengan segera.
Kepada yang buat fitnah, berhentilah dari perbuatan yang terkutuk tersebut.
Berhentilah,, sebelum fitnah tersebut kembali kepada anda !


"blogenstarz"

Ms Pearl berkata...

hanya yang otak cetek would believe that! - yes saw that pic yesterday but tak amik pot pun.

great job beb!- should sebarkan gambar yang benar ni :)

mohammad azren fooldog PH yg bahalol berkata...

Salam Panglima,

Cuba rujuk artikel dari Berita Harian ini.....


IFF promosi fesyen Islam
Oleh Fadzlena Jafar (Yang berkunjung ke Monte Carlo, baru-baru ini)
fadzlena@bharian.com.my
2010/09/07

Pelbagai rekaan diilhamkan dengan sentuhan budaya sesebuah negara

BUSANA Muslimah sering digambarkan sebagai jubah panjang berpotongan lurus dan berwarna suram yang ditatahi taburan jemeki bagi menyerikan penampilan. Gambaran sempit mengenai busana Muslimah itu mungkin meminjam fesyen yang sering digayakan wanita di Asia Barat, iaitu abaya yang menjadi pakaian wajib disarungkan wanita rantau berkenaan.

Budaya di kebanyakan negara Asia Barat mewajibkan pemakaian abaya, seolah-olah pakaian seragam, manakala di dalamnya adalah baju yang mungkin selari dengan aliran fesyen antarabangsa. Malah kebanyakan wanita Asia Barat yang mempunyai kedudukan, amat gemar mengenakan pakaian berjenama sebelum disarungkan dengan abaya.

Hakikatnya, Islam bukan hanya tertumpu di rantau berkenaan, sebaliknya selain Malaysia, beberapa negara seperti India, China, Indonesia dan United Kingdom turut mempunyai penduduk Islam yang ramai. Di China umpamanya, penduduk Islam turut tampil menutup aurat, tetapi mengenakan pakaian yang selari dengan budaya di negara itu seperti qi pao dan cheongsam.

Malah, di India, rakyat beragama Islam tampil mengenakan busana yang menggambarkan budaya negara berkenaan, seperti sari dan kurta, tanpa meminggirkan tuntutan syariat untuk menutup aurat.

Peka dengan perkembangan itu, Festival Fesyen Islam (IFF) yang diperkenalkan sejak 2006 mengambil inisiatif tampil dengan pelbagai rekaan busana Muslim yang boleh dimanfaatkan sama ada sebagai pemakaian harian mahupun digayakan ke majlis rasmi.

Pengasas yang juga Pengerusi IFF, Datuk Raja Rezza Shah, berkata seperti pemakaian abaya yang menjadi budaya di Asia Barat, setiap negara juga mempunyai busana tradisional yang menjadi amalan harian dan boleh disesuaikan dengan fesyen Islam tanpa meminggirkan tuntutan syariat.

“Jubah panjang adalah budaya di Asia Barat, dan setiap negara ada budaya tersendiri termasuk busana tradisi yang menjadi amalan harian. Negara kita umpamanya, baju kurung sudah tampak sopan digayakan. Tidak salah jika memanfaatkan busana yang menjadi gaya hidup tempatan dengan syarat pemakaiannya memenuhi kehendak agama,” katanya ketika ditemui di Monte Carlo, sempena IFF di kota indah itu.

mohammad azren fooldog PH yg bahalol berkata...

sambungan.....


Mengambil kira pandangan itu, IFF bermatlamat menjadi landasan bagi pereka yang terbabit dalam festival berkenaan untuk tampil dengan rekaan segar yang memenuhi kehendak agama.

Sehingga kini, selain Kuala Lumpur dan Monte Carlo, IFF sudah melebarkan sayap di kota besar seperti Jakarta, Dubai, Abu Dhabi dan New York yang diadakan pada April lalu, dengan pembabitan kira-kira 200 pereka fesyen sejak 2006.

Di Monte Carlo, IFF lebih tertumpu kepada inisiatif mempromosikan fesyen Islam di Eropah menerusi majlis makan malam gala yang diadakan di Dewan Monte Carlo Sporting Club, satu-satunya dewan besar di pusat pentadbiran Monaco yang mampu menghimpunkan 1,000 tetamu.

Begitu pun, bagi menarik perhatian penduduk tempatan, IFF memulakan siri promosi itu dengan acara lebih santai menyaksikan pratonton koleksi percutian Datuk Tom Abang Saufi yang diserikan dengan persembahan kebudayaan Sarawak di pentas kecil di kawasan pelabuhan Monte Carlo.

Menarik mengenai lokasi dipilih, kawasan berkenaan bukan saja menjadi tarikan pelancong dan penduduk tempatan, bahkan jalan raya di situ yang juga laluan litar Formula Satu (F1) Monaco dan pernah menjadi lokasi penggambaran filem Iron Man 2, sekali gus menjadikan acara ‘pemanas’ IFF itu berada pada kelas tersendiri.

Malah kehadiran media tempatan dan Perancis membuat liputan acara pemula itu turut menandakan kehadiran fesyen Islam di Barat mulai diterima masyarakat antarabangsa.

Selepas permulaan yang hebat itu, tidak keterlaluan jika dikatakan kemuncak IFF Monaco yang diadakan pada majlis makan malam gala dua hari selepas acara santai di kawasan pelabuhan Monte Carlo itu lebih berprestij dengan dihadiri Putera Monaco, Putera Albert II dan golongan elit Eropah.

Apatah pula apabila melihat dekorasi dalam dewan unik yang menyediakan pentas dan bumbung bergerak itu, membuktikan malam gala IFF bukan sekadar persembahan biasa. Hasil sentuhan Bentley's Entertainments, pereka kegemaran selebriti antarabangsa yang pernah mencorak majlis perkahwinan David Beckham, tidak perlu dipertikaikan dengan pilihan rona putih gading di seluruh dewan.

Selain Putera Albert, kehadiran tetamu kehormat termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga penaung IFF; Perdana Menteri Qatar, Sheikh Hamad Jassim dan isteri, Sheikha Noora Abdul Aziz serta Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr Abdul Taib Mahmud membuatkan majlis makan malam gala itu cukup bermakna.

mohammad azren fooldog PH yg bahalol berkata...

sambungan.....

Bermula dengan pertunjukan kebudayaan Zapin Sarawak dan persembahan membanggakan dua penyanyi Malaysia, Syafinaz Selamat serta Datuk Shake yang kini kembali bermastautin di Perancis, paparan koleksi pereka IFF dengan penggunaan warna terang bersesuaian dengan cita rasa penduduk di selatan Perancis itu turut mencuri tumpuan.

Rekaan ala riviera dengan motif unik berlatarkan rona sempena musim panas, koleksi Tom yang bertemakan Romance of Borneo menyuntik kelainan dengan motif Orang Ulu kebanggaan Sarawak. Cantik memikat dengan rekaan yang indah berseni diserikan penggunaan ala turban menutup kepala.

Jika Tom setia dengan motif warisan Sarawak, rekaan pereka yang juga sinonim dengan IFF, Ghea Pangabbhean pula mengekalkan warisan Indonesia menerusi motif pilihannya bersesuaian dengan tema Spirit of Indonesia. Selain Ghea, Indonesia turut diwakili pereka Itang Yunasz.

Melengkapkan IFF Monaco yang bertemakan The Beauty of Modesty, pereka Malaysia Melinda Looi, Michael Ong, Khoon Hooi, Variante dan Albert King, berkongsi pentas mempertontonkan rekaan kreatif diilhamkan daripada busana Muslimah menerusi tema Interpretations.

mohammad azren fooldog PH yg bahalol berkata...

Namun, penampilan koleksi pereka kelahiran Palestin, Hindi Mehdi dengan koleksi Glamour a Paris bagaikan ‘tergelincir’ daripada konsep pertunjukan. Pereka yang kini sedang mencipta nama di pentas peragaan Paris itu bagaikan tidak peka dengan konsep IFF dengan menampilkan rekaan kurang sesuai untuk busana Muslimah.

Penggunaan selapis kain organza hitam menutupi kepala, tetap tidak mampu melindungi rekaan yang mendedahkan sebahagian besar dada dan belakang badan model yang memperagakan rekaan berkenaan. Mungkin beliau akan lebih berhati-hati pada masa depan (jika masih diberi peluang menyertai IFF) selepas menyaksikan koleksi menawan pereka lain yang nyata lebih menepati konsep.

Bagaimanapun, koleksi African Inspiration oleh pereka kelahiran Cameroon, Parfait Behen, yang menutup tirai IFF wajar diberi pujian. Walaupun model yang memperagakan koleksi berkenaan tidak tampil sepenuhnya menutup aurat, rekaan dihasilkan sopan dengan motif yang memaparkan sentuhan Afrika, antaranya corak harimau bintang yang sinonim dengan benua unik itu.

Mengulas mengenai kegagalan Mehdi untuk menepati konsep IFF, Raja Rezza berkata, beliau tidak kecewa meskipun sudah memberi penerangan mengenai IFF kepada setiap pereka terbabit, sebaliknya berharap pereka fesyen sedang meningkat naik itu belajar daripada pemerhatiannya pada malam gala itu.

Ini pertama kali beliau terbabit dalam IFF. Namun, memandangkan matlamat IFF ialah mendidik pereka mengenai fesyen Islam dan menterjemahkannya dalam budaya masing-masing, kita harap Mehdi akan lebih peka pada masa depan. Proses pembelajaran itu sendiri tidak berlaku sekelip mata, apatah pula pereka yang tidak pernah menghasilkan rekaan untuk busana Muslimah. Kita harap sedikit demi sedikit mereka dapat memahami sepenuhnya apa itu fesyen Islam.

“Saya pernah bertemu dengan seorang Imam, namanya Imam Faisal di New York yang tertarik dengan IFF. Dalam perbualan kami dia menghargai apa yang kami lakukan ini, walaupun padanya ia sesuatu menuntut masa dan tenaga. Namun, saya katakan kepadanya, saya suka dengan apa yang dilakukan ini dan dia berkata, jika itulah minat saya, maka Tuhan akan merestui dan membantu setiap apa yang saya lakukan,” katanya.

Malah, dalam ucapan Rosmah pada gala IFF, beliau berharap menerusi acara fesyen seperti IFF, dapat merapatkan jurang antara dunia Barat dan masyarakat Islam yang dianggap pengganas sejak tragedi 9/11.

“Kita harap, menerusi fesyen seperti yang dipaparkan IFF ini dapat memberi pemahaman lebih luas dan juga rasa hormat antara masyarakat yang berbilang agama serta kepercayaan. Festival yang dipelopori Malaysia ini sudah melalui perjalanan yang jauh termasuk ke Monaco dengan harapan dapat mengubah persepsi, memberi ilham kepada rekaan dan mengukuhkan pertalian antara negara.

“Dan saya gembira IFF diberi peluang untuk dianjurkan di Monaco yang bukan saja indah, tetapi sejak sekian lama menjadi sumber inspirasi kepada penghasilan rekaan fesyen di seluruh dunia,” katanya.

Pada majlis itu, sejumlah RM789,600 (Euro188,000) berjaya dikumpul menerusi lelongan tiga barangan istimewa, termasuk gambar Putera Albert II ketika mengunjungi Sarawak, dua tahun lalu, bagi membantu kempen pemuliharaan alam sekitar yang menjadi objektif utama Yayasan Putera Albert II Monaco.

Sumbangan itu disampaikan olah Rosmah kepada Putera Albert yang nyata amat berbesar hati dengan penganjuran IFF di Monaco.

mohammad azren fooldog PH yg bahalol berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
mohammad azren fooldog PH yg bahalol berkata...

sambungan....

“Saya pernah bertemu dengan seorang Imam, namanya Imam Faisal di New York yang tertarik dengan IFF. Dalam perbualan kami dia menghargai apa yang kami lakukan ini, walaupun padanya ia sesuatu menuntut masa dan tenaga. Namun, saya katakan kepadanya, saya suka dengan apa yang dilakukan ini dan dia berkata, jika itulah minat saya, maka Tuhan akan merestui dan membantu setiap apa yang saya lakukan,” katanya.

Malah, dalam ucapan Rosmah pada gala IFF, beliau berharap menerusi acara fesyen seperti IFF, dapat merapatkan jurang antara dunia Barat dan masyarakat Islam yang dianggap pengganas sejak tragedi 9/11.

“Kita harap, menerusi fesyen seperti yang dipaparkan IFF ini dapat memberi pemahaman lebih luas dan juga rasa hormat antara masyarakat yang berbilang agama serta kepercayaan. Festival yang dipelopori Malaysia ini sudah melalui perjalanan yang jauh termasuk ke Monaco dengan harapan dapat mengubah persepsi, memberi ilham kepada rekaan dan mengukuhkan pertalian antara negara.

“Dan saya gembira IFF diberi peluang untuk dianjurkan di Monaco yang bukan saja indah, tetapi sejak sekian lama menjadi sumber inspirasi kepada penghasilan rekaan fesyen di seluruh dunia,” katanya.

Pada majlis itu, sejumlah RM789,600 (Euro188,000) berjaya dikumpul menerusi lelongan tiga barangan istimewa, termasuk gambar Putera Albert II ketika mengunjungi Sarawak, dua tahun lalu, bagi membantu kempen pemuliharaan alam sekitar yang menjadi objektif utama Yayasan Putera Albert II Monaco.

Sumbangan itu disampaikan olah Rosmah kepada Putera Albert yang nyata amat berbesar hati dengan penganjuran IFF di Monaco.

ASRUL EFENDI BIN HASSAN berkata...

tahniah...anda berjaya merungkai persoalan...rupanya fitnah lagi..tapi banyak blog pembela negara pun terpengaruh..

ASRUL EFENDI BIN HASSAN berkata...

tahniah...anda berjaya merungkai persoalan...rupanya fitnah lagiii...tapi blog pro kerajaan pun hampir terpengaruh...

troller berkata...

Islamic konon.pengasas/founder benda alah ni kebanyakan nya perempuan/datin2 dan takde sorg pun yg pakai tudung/hijab

kepada pemimpin2 malaysia yang makan duit rakyat,akan kami tuntut di akhirat esok kelak.

dengan keseksaan yg azab di kubur,akan kami tambahkan keseksaan kamu di atas padang masyhar selama 50,000 tahun

dan kami akan tuntut sehingga kamu seksa dalam neraka selama 50,000 tahun lagi

duit titik peluh kami,kamu paksa bayar cukai dan duit2 itu kamu salurkan ke poket kroni dan orang2 tidak memerlukan nya

semoga kamu di laknati Allah

abang beca di tengah jalan berkata...

bro.. tgk sini.. saya tak rasa website ni sebarkan fitnah

http://www.torontosun.com/life/fashion/2010/08/09/14971336.html


ini description tentang gmbar model tersebut..


"A model presents a creation by Cameroun designer Parfait Behen during the Islamic Fashion Festival in Monte Carlo August 9, 2010. (REUTERS)"

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah.. terngkai jua persoalan.. cuma yang 'gelincir' tu patut diberikan hukuman dan minta supaya mohon maaf secara terbuka.. sebab fesyen yang dipersembahkan tu langsung tidak menunjukkan ciri2 islamic nya..

Syabas panglima..

http://www.PeluangBaik.com/hardyzs
http://www.RezekiBaru.Com/hardyzs

Bunut Susu Durjana berkata...

kah2...kah2... nak tegakkan benang yg basah..kahkah22.. kesian...kah2.
xde org nk peduli..

mohammad azren fooldog PH yg bahalol berkata...

wah

AmenoWorld berkata...

Jangan buat malu wehh..

http://amenoworld.blogspot.com/2010/10/menjawab-tuduhan-panglima-perang-cyber.html

Mirul Ikhwan berkata...

ha3...gmabar yang ko tunjuk tu bukan kat monaco la...y monaco time rosmah pergi tu la pkaian nye mcm pnghuni neraka tu

A-I-B berkata...

Nak tanya, Rosmah pakai busana apa semasa majlis festival tu?....

Kepala dia tak tutup aurat tu busana jenis apa yek.... Pang5!...

Tanpa Nama berkata...

http://amenoworld.blogspot.com/2010/10/menjawab-tuduhan-panglima-perang-cyber.html

Ada beberapa bloggers umno tampaknya begitu beria-ria mempertahankan rosmah atas nama parti politik. Bagi mereka UMNO lebih penting dari islam. Disebabkan pemikiran yang sebegitulah, mereka tegar untuk menutup mata dan akal masing-masing daripada menyerap kebenaran. Pada mereka setiap yang didedahkan oleh PR semestinya bermotifkan politik semata-mata. Apa dia lupa, ketika mati esok, bukan parti yang di tanya oleh Allah swt.. ? Artikel ini adalah respon balas dari sini. Sila baca baik-baik panglima perang cyber yang hanya tahu berperang tanpa fakta..

Melengkapkan IFF Monaco yang bertemakan The Beauty of Modesty, pereka Malaysia Melinda Looi, Michael Ong, Khoon Hooi, Variante dan Albert King, berkongsi pentas mempertontonkan rekaan kreatif diilhamkan daripada busana Muslimah menerusi tema Interpretations.

Lebih hebat, orang bukan islam diberikan hak ekslusif untuk mereka busana muslimah.. tiada pereka islam di malaysia.. belum ada.. kan?

Namun, penampilan koleksi pereka kelahiran Palestin, Hindi Mehdi dengan koleksi Glamour a Paris bagaikan ‘tergelincir’ daripada konsep pertunjukan. Pereka yang kini sedang mencipta nama di pentas peragaan Paris itu bagaikan tidak peka dengan konsep IFF dengan menampilkan rekaan kurang sesuai untuk busana Muslimah.

Penggunaan selapis kain organza hitam menutupi kepala, tetap tidak mampu melindungi rekaan yang mendedahkan sebahagian besar dada dan belakang badan model yang memperagakan rekaan berkenaan. Mungkin beliau akan lebih berhati-hati pada masa depan (jika masih diberi peluang menyertai IFF) selepas menyaksikan koleksi menawan pereka lain yang nyata lebih menepati konsep.


Gambar itu adalah palsu? jadi bagaimana dengan komen dari wartawan berita harian? juga adalah palsu dan rekaan? Gambar tersebut bukan gambar palsu, malahan gambar yang benar lagi sahih. Bezanya, dalam artikel ini, hanya model yang menggunakan rekaan kain organza sahaja dikatakan tidak memenuhi ciri-ciri islamik, tetapi rakaman video menunjukkan sebaliknya, bukan hanya model yang menggunakan kain organza tidak memenuhi ciri-ciri islamik, malahan hampir semua model dan pakaian yang diperagakan di pentas peragaan tidak memenuhi tuntutan itu. Dari kain jarang, kain terbelah, leher terbuka, dada tersembul, peha terdedah dan rambut terjuntai.. yang mana satu ianya menunjukkan ciri-ciri islamik?

Keris Pusaka berkata...

sy tertarik dgn artikel Tuan , sy sudah link kan blog tuan ke blog sy .

mohon kerjasama tuan link blog saya ke blog list tuan

pria malaya berkata...

gambar yg dipaparkan di atas adalah pada lokasi dan tarikh yg lain..

jangan serlahkan kejahilan diri...bukti jelas bergambar dan video..

sila rujuk artikel penulis...jika benar gambar itu adalah palsu, sila tunjukkan disini buktinya..penulis sedia jawab...

http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2010/10/islamic-fashion-via-1malaysia-kerajaan.html

http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2010/10/bukti-festival-fesyen-islam-hina-islam.html

pria malaya berkata...

Isu IFF: "Kalau ada yang kata Rosmah tak bersalah, mereka adalah ANJING politik!" - Blogger Umno

http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2010/10/isu-ffi-kalau-ada-yang-kata-rosmah-tak.html

Yie's Black berkata...

Fitnah kepala abah dia http://www.hijabtrendz.com/2010/10/06/monte-carlos-islamic-fashion-festival/ dan http://www.torontosun.com/life/fashion/2010/08/09/14971336.html Moga mereka semua bertaubat!! -Y'Black

firdaus zaid berkata...

thamx bro. harap ade buat laporan kepada pihak berwajib supaya FITNAH ini tidak ersebar luas, senoga kita semua dijauhkan daripada bala Allah. Nauzubillah.

Scud berkata...

yaaa orang pas memang kaki fitnah..kami umat islam akan tuntut semula di hadapan Allah s.w.t diatas apa jua fitnah puak pas lakukan.

Safuan Hakim berkata...

tidak mahu menyalahkan sesiapa di sini. harapnya focus kepada isu fitnah itu sendiri (sama ada betul satu fitnah atau tidak) dan tidak perlu melalut sampai ke kaki-kaki kroni dan anjing-anjing politik.

bukankah itu tujuan blog ini diadakan, wahai panglima?

Mdm Azida berkata...

Encik blogger n followers, isu skarang ni adalah penganjur IFF ni.
Berdasarkan gmbar, mmg lah dibuat buat di Monte Carlo..tp siapa yg bawak? Malaysia kan penganjurnya.
Kalau dh pengkalannnya di Malaysia, siapa pulak yg jd penaung bg festival ni?

one more thing, baca sini:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?dt=0811&pg=dn_03.htm&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&y=2010

Cik Naufar berkata...

Aduh.belit lidah baca kat sini..semua ni bersangkutan dgn akidah Islam dan maruah agama kita.Pereka fesyen tu dah mmg salah,tapi takkan takde tapisan under IFF tu sendiri?Budak sekolah rendah pun boleh berfikir secara waras,mana yg tutup aurat mana yg tidak.Berfikirlah secara matang sebagai seorang Muslim.

Soulou19 berkata...

Salam

Setuju dengan Amirah Muhajir. Ni bergantung pada aqidah dan pemahaman kita sebagai sorang Muslim. Nama pun penganjur, boleh ja rasanya nak tapis sesuatu design sebelum peragaan. Nama pun Islamic Fashion Festival, mesti la letakkan Islam di atas kan?

Kalau macam yang tuan tanah katakan, gambar2 di atas (group of pics pile up together) baru gambar sebenar, cuba explain skit, sebab apa still nampak buku lali? sebab apa boleh nampak leher? Sebab apa nampak susuk tubuh? dah cukup islamickah tu? Setau aku, dalam mazhab mana pun, sama ja regulation pasal aurat.

Jangan terperangkap dengan jarum liberal yang banyak persoal pasal hukum2 dalam Islam. walaupun gambar yang blog2 pembangkang bagi tu fitnah, gambaq yang so-called betul ni pun 'xbetul' jugak. Rasanya kalau seorang muslim pun akan tahu yang penutupan auratnya masih xproper a.k.a still 'bogel'. Jadi, sebagai penaung, mesti tau pasal
hukum-hakam islam.

Aku menegur atas dasar seorang muslim. rasanya kalau pemimpin negara turun dan akui silap yang dia buat, lagi aku respek. Macam khulafa' ar-rasyidin, Umar bin Khattab, dia pun mengaku salah bila dia tetapkan mas kahwin dan ada muslimat di zaman tu yang tentang. Itu sahabat yang masuk syurga tu.. apa la sangat pemimpin malaysia yang ada jugak ruang2 buat salah.

Jadi, jangan la bela benda yang jelas nampak xpropernya.

amk berkata...

saya telah membaca dan melihat gambar gambar yang disiarkan pihak kerajaan dan membuat perbandingan dengan gambar gambar dari pihak pembangkang. saya inginkan penjelasan.
mengapa gambar gambar dari pihak umno tidak ada satu pon yang boleh menunjukkan fesyen show IFF berbanding dengan gambar gambar yang disiarkan pihak pembangkang..?? model nya juga berlatar belakangkan nama IFF.. agak jauh berbeza gambar gambar umno dengan pembangkang. saya sebagai orang kampung boleh mengandaikan gambar gambar umno palsu sebab tiada apa pun yang boleh membuktikan fesyen show itu adalah ketika IFF berbanding dengan gambar gambar dari pihak pembangkang.. mohon penjelasan..saya mahukan kebenaran..

amk berkata...

penganjur a.k.a datin rosmah pon xpakai tudung (xtutup aurat). nak anjur fesyen show pakaian islamic..?? what the hell...
dia ibarat ape tau (ari tu tanya karam singh walia)..
1. Bapak ketam ajar anak ketam jalan lurus padahal dia pon xlurus.
2. tak pandai main bola keranjang, tapi nak jadi pengadil bola keranjang atau penganjur game bola keranjang.

Unknown berkata...

aduhai..seorang bukan Islam meninggalkan komen di page 'rosmah mansur, sila minta maaf pada umat ISlam', "saya bukan ISlam tapi sy tau mana stu aurat bg org ISlam..." tak terjentik ke hati anda?
yang di monte carlo tu adalah satu penghinaan terang benderang terhadap ISlam dan junjungan mulia SAW...terang benderang nama Baginda ditampal pada baju tu dan dipakai seorang bukan ISlam dgn baju yang bukan Islam langsung...
Faizal Tahir cabut baju atas pentas bukan main bengang ye...Nabi SAW dihina dalam bntuk lukisan, isu pembakaran AL-Quran lagi...anda boleh marah, tapi seorang PENAUNG kepada ISLAMic fashion festival, yg tidak mnutup aurat dgan persembahan pakaian jahiliah, anda katakan fitnah??bukti dah ada depan mata..menulislah kerana Allah, berdasarkan iman..bukan akal mahupun iman!!sbb tu drpada follow blog ni saya tak follow dah...anda bercakap pakai nafsu!
yang penting ini bukan masalah politik, ini masalah penghinaan terhadap agama. politik tak mmbawa ke syurga pon..ISLAM dan IMAN lah yg mnjamin syurga kita
...di facebook, ramai bukan Islam dan dr ngara jiran dah join grup tu dan mnuntut RM memohon maaf pada umat ISlam..

zeff berkata...

cari betul2.
http://www.torontosun.com/life/fashion/2010/08/09/14971336.html#prev

zeff berkata...

tak ckup puas ati?
check sini pulak

2) http://www.vancouversun.com/news/Photos+Islamic+Fashion+Festival+Riviera/3378154/story.html?id=3378154

3) http://www.emirates247.com/islamic-fashion-on-monaco-s-ramps-1.277555

4) http://www.daylife.com/photo/08ji8rS8xg4UO?q=the+Islamic+Fashion+Festival+in+Monte+Carlo+August+9%2C+2010

Tanpa Nama berkata...

ini benar, bukan fitnah.. usah tegakan benang yg basah... jgn la jd pembela insan yg nak jatuhakan islam tu.. sedar2lah

Cari Blog Ini

Translate