Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

04 Februari 2009

Surat Surat Penting Hari ini - Najib, Nasarudin dan 3 Adun yang keluar parti !!



[n1432058924_30246420_7648.jpg]
Surat Datuk Seri Najib Tun Razak


[n1432058924_30246421_474.jpg]
Surat Dato' Nasarudin Bin Hashim










surat 3 Adun Keluar yang PKR dan DAP



sumber : http://sejarahmelayu.blogspot.com/ 

22 ulasan:

Pewaris Melayu berkata...

DAULAT TUANKU,
SINGKIRKAN TALI BARUT DAN BARUA DAP..
SEMOGA ALLAH MEMBERKATI PERJUANGAN UMNO-BN DI PERAK..

MINTA ALLAH TUNJUKKAN MUNAFIK YANG BERADA DIDALAM UMNO.. DAN KAU BUKAKANLAH HATI - HATI SAUDARA SEBANGSA DENGAN KAMI AGAR MEREKA TERBUKA HATI UNTUK MEMPERJUANGKAN UNTUK MEMPERTAHANKAN MARTABAT DAN MARUAH BANGSA KAMI, LANTAS MENAIKKAN AGAMAMU DI BUMI MALAYSIA YANG TERCINTA INI..

AMIN YA ROBBAL ALAMIN"

Tanpa Nama berkata...

Sokong MB baru Perak

Y.B. Kapt. (B) Datuk Hj. Mohd Najmuddin bin Elias Al-Hafiz
(BN/Batu Kurau)

Allahu Akbar

gotahlantun berkata...

SALAM,

SYUKUR ALHAMDULLILAH,
LEPAS INI TERUSKAN BERKERJA UNTUK RAKYAT.

ڤنا مينڠ / PENA MINANG berkata...

YAHOOO.....TU LAAA BONGKAK SANGAT...CAKAP SEDAP MULUT MENGATA ORANG...SEKARANG KO DUDUK DENGAN PENUH HINA KAT KERUSI PEMBANGKANG WAHAI BARUA2 DAP & PKR.

PAS = AKU SAYANG SIKIT

abe MIE 'TERJAH' berkata...

http://pkrpasdap.blogspot.com

orang DAP pun tak suka DAP..camner orang PAS boleh tergila-gila dengan DAP pula..

pembunuhiblis berkata...

Salam pang5,

Saya seronok baca komen bloggers BPN yang mengutuk ADUN Cangkat Jering dan Behrang semasa mereka dibawa ke mahkamah atas tuduhan rasuah dulu. Saya juga seronok membaca komen blogger BPN yang mengutuk ADUN Bota semasa dia keluar UMNO dulu. Lalu keluarlah bermacam-macam gelaran yang dilemparkan oleh blogger BPN ketika itu kepada 3 ADUN tersebut. Ada gelaran-gelaran yang diberi itu tersangat hina hingga tak tergamak untuk disebut.

Jika ada masa mungkin pang5 boleh compile balik gelaran-gelaran yang pernah dibuat oleh blogger BPN kepada 3 ADUN itu dahulu. Selepas itu cubalah pang5 dan sahabat-sahabat seangkatan bertanya balik kepada diri sendiri: "adakah sekarang penilaian aku terhadap ketiga-tiga orang ini masih sama atau telah berubah kerana dia sudah lompat ke BN? Masihkah aku menganggap mereka sebagai manusia hina seperti yang ku katakan dahului?"

Sekiranya pang5 dan sahabat-sahabat seangkatan pang5 masih menganggap mereka itu hina seperti yang dikatakan dahulu, itu bermakna pang5 dan sahabat-sahabat adalah manusia berprinsip. Saya tabik spring kerana menjadi manusia berprinsip! Tapi jika dahulu sdr kutuk mereka hina, tapi sekarang puji pula mereka, itu bermakna saudara sekelian tidak berprinsip, hanya setaraf dengan sesumpah yg boleh menukar-nukar warna mengikut keadaan! Jika itu yang terjadi, bererti blogger BPN adalah setaraf dengan pembodek-pembodek dari BN dan PR yang berperangai seperti sesumpah yang sangat memualkan itu.

Janganlah kita seperti manusia yang rabun matanya yang melihat baju hitam itu sebagai hitam bila ia dipakai oleh orang lain, tetapi apabila kita sendiri memakai baju yg sama kita katakan pula baju hitam itu sebagai putih.

Janganlah blogger BPN meletakkan diri mereka setaraf ahli 2 parti busuk bernama BN dan PR yang seperti sesumpah yang telah rabun matanya itu.

API berkata...

kedua-dua ADUN bekas PKR adalah satu bebanan, kes rasuah luarbiasa kan menentukan kedudukan kerajaan di perak.
Jika didapati bersalah, akan ada pilihanraya kecil, kemenagan masih berpehak kepada PR dan akan memerintah semula.

kalau tak bersalah rakyat akan kata:
1. BN dah beli hakim/ pengaruhi hakim, betul salah cerita lain.
2. Rekod rasuah luarbiasa ini akan menjadi satu senjata PR PRU akan datang.

apapun BN memang terdesak, kalau tak ambil kesempatan ini memang tak sempat kalau DUN Perak dibubarkan.

hanya ALLAH maha mengatuhi dan masa akan menentukan.



DSAI masih dianggap betul dan BN salah dan jahat

Mata Hati Jiwa berkata...

Lidah rasmi Pas mulakan putar belit..terketaq-ketaq
awat chek ooiii...dulu punya seronok kata baguih lompat parti..pilihan bijak sana lagi...sekarang cakap BN perompak demokrasi... huhuhuhuhu..cianye..
masa PR buat baik..ok..baguih semua ada..tapi bila BN dapat sokongan wakil bebas pun dah kata perompak..double standard tahap dewa ..&buta kayu kut..huhuhu
Pulun BN pulun...

Cheguman berkata...

Panglima,
Nampaknya 'pembunuhiblis' lupa atau tak tahu yang peribadi saidina Umar sebelum memeluk Islam juga wajar dihina dan dikutuk. Namun selepas memeluk Islam beliau memang sewajarnya disanjung dan dipuji oleh ummat Islam.

Panglima,
Betullah kata para sahabat kita bahawa 'sipembunuhiblis' ni terlalu beremosi dan menyangka dia terlebih pandai.

Panglima Perang Cyber berkata...

Ye sahabatku Demang..

Mereka lupa dan alpa pada Tuhan..

Bukankah kita mengutuk kekufuran dan memuji keimanan ?

Bukankah kita mengeji kerana kita tidak setuju melompat ke pakatan menidakkan hak hak kita ?

Dan bukankah melompat keluar parti menjadi bebas itu langkah bagus dan mulia ?

Jadi apa masalah lagi pembunuhiblis?

Tetapi saya yakin pembunuh iblis jika benar benar jujur dia perlu mengakui bahawa nik aziz sendiri memuji selepas mengutuk tindakan melompat parti.

Jadi nak salahkan kami jugak ke?

Apalah sangat ilmu kami berbanding tok guru pembunuhiblis tu.

Oppsss...pembunuhbilis tu...

sebab iblis tak leh dibunuh...

Sebab tu ramai yang sesat kerana 'jasa' Iblis hingga ada tersesat dan melihat kawan seagama sebagai musuh dan musuh sebagai teman sebantal yang boleh dipeluk dicium.

Eiiiiii....saya tak mahu ikut iblis atau mengaku sebagai pembunuhiblis yang memang tak akan mampus sampai kiamat nanti....

baik saudara tukar pulak jadi pembunuhbilis..supaya kena dan tepat dengan nickname itu.

AbgTuah berkata...

Assalamulaikum panglima..saya telah menerima email dari en. Parpukari berkaitan minatnya menyertai BPN. Berikut reply komen saya diblognya

http://parpukari.blogspot.com/

Mohon dapat dipertimbangkan niat baiknya itu.

Yang menjalankan tugas;

abangtuah

------------------------------

Salam en, ParpuKari.

Saya telah menerima email dari saudara dan faham madsudnya.

Cara hendak menyertai BPN;

1. Hubungi YDP BPN iaitu, Pang5 perang cyber

http://penembak-tepat.blogspot.com/
Email:panglimaperangcyber@yahoo.com

2. Masukkan Logo keblog.

3. Publishkan resolusi terbaru BPN.

4. Senaraikan ahli BPN didalam linkroll blog.

5. Saya juga akan memaklumkan kepada panglima berkaitan niat baik saudara.

Tai berkata...

Tak apa, kita jangan ikut pembangkang yang suka maki orang. Ingat, segala cacian dan maki mereka dah dibalas dek tuhan. Sekarang, kita dah menang. Berusahalah. Syukurlah pada yang maha esa. kalau sentiasa mengingati tuhan, pasti kemenangan yang berganda akan diberikannya lagi.

pembunuhiblis berkata...

Terima kasih pang5 dengan kedangkalan ideamu,

Perkembangan terkini politik Perak sangat memualkan. Kita tidak tahu siapa lagi yg harus dipercayai kini. Dulu kita nampak BN tak boleh dipercayai kerana cenderung dengan politik kotor ala-Machievelli, kemudian kita nampak PR pun sama-sama sudah pandai menggunakan teori politik penulis buku 'The Prince' itu. Jika kerajaan Perak diambil alih oleh BN tanpa mandat rakyat seperti yg dihasratkan Najib, rakyat akan nampak sempurnalah sebuah penipuan, sempurnalah sebuah kebusukan, sempurnalah sebuah kebejatan yang selama ini menjadi label BN sejak zaman Perikatan. Jadi siapa lagi kita harus percaya? BN tidak boleh dipercayai dan PR juga tidak boleh dipercayai. Satu syaitan, satu iblis apa beza antara keduanya?

Dalam keadaan sekarang, negara ini perlu dibina dalam satu acuan politik baru yang murni tanpa unsur-unsur penipun, lompat melompat, colek mencolek dan sebagainya yang sungguh memualkan itu. Kita perlu keluar dari stigma politik acuan BN dan PR yang sama-sama kotor, sama-sama busuk.

Justru jika ada satu permuafakatan bagi membentuk satu front baru di luar bayang-byang BN dan PR, saya pasti ramai rakyat yang sedang mual ini akan menyokongnya. Namakanlah apa saja parti baru yang bakal ditubuh itu, ia bukan penting sangat, yang penting ia tidak berpegang kepada dogma kotor dan busuk BN dan PR.

Rakyat sedang kepeningan dirasuk kegilaan BN dan PR. Kita perlu panadol bagi membunuh keiblisan BN dan PR.

Tanpa Nama berkata...

Pehhhhh, cakap mcm malaikat siott.

tapi perangai macam nak sama dengan ib*** sebab masih kawan lg dgn dap korang dakap tu laaaa..

iblis perangai dia tau tak ? dia kata aku lebih baik dari si adam yg dibuat dari tanah tu.

siapa sini rasa lebih baik ?

Jangan meludah ke langit lah broo nanti jatuh kahak hijau ke lubang hidung baru tau.

Lepas ni cakap mcm malaikat dan buat mcm perangai malaikat jugakk..

Apa ?????? kau kata yang murni ye..

Murni kepala hotak hang...sebab pilih agenda lompat murni Anwar dari ajakan pindah parti ala Murni BN..

Kalau dah tau Anwar tu 'tak murni' jangan dok kawan..

desak kat blog kau tu cakap pas kena kasi tendang dia keluar atau pas kena keluar dari pakatan rakyat.

baru sedapp orang baca kata kata bak malaikat kau tu beb.

Tanpa Nama berkata...

alaaaaa...aku tau la kau tu nak angkat pas korang..

atau kau sebenarnya nak bn pr tak perintah dan biar tentera perintah ?

jgn lak cam tu. x yah lah kt tiru negera org bro.

kita bior je sultan putuskan hari ni.

Panglima Perang Cyber berkata...

Terima kasih atas info abang tuah..

Sokongan paling padu antara yang padu dari sahabat bpn.

Saya terpaksa menunggu blog tersebut memenuhi syarat keahlian BPN.

Jika ok kita terima dan jika dia tak bersedia kita ko...

ok ko ?????

sahabat lain yang komen juga di atas terima kasih banyak2 dan semoga tiada lagi selepas ini kerajaan yang reput atau pakatan rapuh memerintah rakyat negara kita..

kita kena pastikannya bersama sama wahai sahabat team blogger pembela negara !!!

Teruskan berjuang hingga liang lahad..

terima kasih.

Takbirrrrr

Ali Abdullah berkata...

salam pembunuhbilis,

Hang kecewa tahap gaban ni awat no?

Dulu PR juga yg sokong lompat ni masa kitorang kutuk depa. Lani dah bayar balik, kira draw lah gitu..

Apa yang nak gado-gado lagi?

pembunuhiblis berkata...

Terima kasih anti-komunis yg pro-komunis, t.kasih kerispusakamelayu yang tidak bermoral Melayu dan terima kasih apai yang mengaku BN dan PR seri dalam hal kebusukan dan kedurjanaan.

Terima kasih sahabat-sahabat BPN kerana akhirnya anda nampak betapa haprak, betapa busuk dan betapa kotornya politik acuan BN dan PR yg sedang mereka pentaskan. Seperti kata apai kedua-duanya seri, kedua-duanya sama, kedua-duanya busuk dan membusukkan. Satu sudah busuk 52 tahun (BN), satu lagi baru nak busuk 10 bulan (PR).

Jom kita hantar kedua-dua parti busuk ini - BN dan PR ke neraka jahanam yang paling panas bagi menghukum kedurjanaan mereka kepada rakyat!! Kita bina front baru yg tidak busuk agar dapat kembali kita menghirup udara Malaysia yang segar bugar!!!!!

Tanpa Nama berkata...

http://books.dreambook.com/duli/duli.html

Semua suruh bubar je kat link atas mana orang BN ni?

Taminsari berkata...

Salam Pang5..

Nizar Engkar? Sumber dari blog PR...

Thursday, February 5, 2009
Nizar terpaksa menyampaikan sembah derhaka kepada Tuanku sultan

Dato Seri Anwar Ibrahim sedang berbincang dengan Dato seri Nizar di kediamannya di sini.Lim Kit Siang dijangka akan hadir sedikiot masa lagi sementara tuan guru dalam perjalanan di Simpang Pulai.
Mengikut cerita Setiausaha akhbar MB, Anuar Hashim, Sultan tidak mahu membubarkan Dun tetapi meminta agar MB Nizar meletakkan jawatan Menteri Besar.
Dato Seri Nizar terpaksa mendatangkan sembah derhaka menolak perrmintaan kebawah duli yang jelas berpihak kepada BN/ Umno.
Orang ramai berpendapat adalah lebih molek jika Tuanku berpihak kepada rakyat - menyerahkan semula mandat kepada rakyat untuk memilih.

Posted by alhusseyn

Tanpa Nama berkata...

ISLAM PASTI TERTEGAK NANTI....
JADI WAHAI ORG-ORG UMNO,
FIKIR-FIKRIKANLAH SBAB HARI INI MUGKIN ANDA DI MEDAN SENDIRI,
TETAPI TIDAK MUSTAHIL ANDA AKAN DI MEDAN JUANG KAMI KELAK....

Panglima Perang Cyber berkata...

alhusseyn tu blogger yang patut kita pegi basuh otak dia sikit..

apa pulak nak suruh atau arah Sultan ni ???

baru je sultan bagitahu tak akan berpihak ke arah mana mana parti tiba tiba nak arah sultan berpihak kepada rakyat ?

Apa jenis blogger la dia ni...

Cari Blog Ini

Translate