Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

27 November 2012

#CintaiBahasaKita - Kesalahan Ejaan Sering Dilakukan Tanpa Kita Sedar




Berikut sedikit perkongsian berhubung ejaan perkataan yang salah tetapi digunakan secara berleluasa oleh setengah pihak yang mungkin tidak menyedarinya. Maka demi memastikan hanya ejaan yang betul dilakukan mari kita baca senarai perkataan yang sepatutnya dieja dengan betul di bawah ini. Sebagai blogger kita juga bertanggungjawab memastikan tulisan kita tepat mengikut tatabahasa. 



Kesalahan ejaan merupakan kesalahan umum bahasa yang tidak sepatutnya berlaku. Hal ini adalah kerana ejaan merupakan peringkat yang paling asas dalam bahasa.

Tapi sayang, disebabkan sikap ketidakprihatinan kita, masalah ini kadang-kadang berlaku secara berleluasa. Lihat contoh di bawah:-

  1. merbahaya SEPATUTNYA berbahaya
  2. mendokong / didokong SEPATUTNYA mendukung / didukung
  3. mensasarkan SEPATUTNYA menyasarkan
  4. ko-kurikulum SEPATUTNYA kokurikulum
  5. mengguriskan SEPATUTNYA menggoreskan
  6. keretapi SEPATUTNYA kereta api
  7. Bahasa Inggeris SEPATUTNYA bahasa Inggeris
  8. jimat-cermat SEPATUTNYA jimat cermat
  9. kaki tangan SEPATUTNYA kakitangan
  10. tanda tangan SEPATUTNYA tandatangan
  11. seringkali SEPATUTNYA sering kali
  12. kadang kala SEPATUTNYA kadangkala
  13. disamping SEPATUTNYA di samping
  14. kebanyakkan SEPATUTNYA kebanyakan
  15. pilihanraya SEPATUTNYA pilihan raya
  16. suaikenal SEPATUTNYA suai kenal
  17. temuduga SEPATUTNYA temu duga
  18. jawatan kuasa SEPATUTNYA jawatankuasa
  19. mengkebumikan SEPATUTNYA mengebumikan
  20. mengenepikan SEPATUTNYA mengetepikan
  21. mententeramkan SEPATUTNYA menenteramkan
  22. menyintai SEPATUTNYA mencintai
  23. menghadkan SEPATUTNYA mengehadkan
  24. zohor SEPATUTNYA zuhur
  25. hajjah SEPATUTNYA hajah
  26. masaalah SEPATUTNYA masalah
  27. analisa SEPATUTNYA analisis
  28. minima SEPATUTNYA minimum
  29. berkuatkuasa SEPATUTNYA berkuat kuasa
  30. penguat kuasaan SEPATUTNYA penguatkuasaan
  31. ramadhan SEPATUTNYA ramadan
  32. perabut SEPATUTNYA perabot
  33. satay SEPATUTNYA sate
  34. tips SEPATUTNYA tip
  35. lagenda SEPATUTNYA legenda
  36. kontingen SEPATUTNYA kontinjen

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate