Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

22 November 2012

@DatoDrMashitah Sokong Cadangan Naik Taraf Jakim cc @NajibRazak


KUALA LUMPUR, 21 Nov - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Masitah Ibrahim bersetuju dengan resolusi Muzakarah Ulama dan Cendekiawan Islam 2012 yang menggesa kerajaan menaik taraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagai sebuah kementerian bagi menangani isu krisis akhlak.

Beliau berkata resolusi itu dicapai tepat pada masanya di mana Jakim sepatutnya dinaik taraf menjadi sebuah kementerian memandangkan banyak isu krisis akhlak melanda masyarakat negara ini sejak kebelakangan ini.

"Apabila Jakim menjadi kementerian, maka bidang kuasa Jakim akan diperluaskan lagi dan kita akan mempunyai ramai tenaga kerja bagi menjayakan misi serta visi Jakim yang sangat besar.

"Jika Jakim hanya sebuah jabatan, bidang kuasanya tidak meluas kerana Jakim hanya boleh membuat pemantauan bagi kesalahan berkaitan agama, manakalan kuasa mengambil tindakan adalah terletak pada Jabatan Agama Negeri," katanya kepada pemberita selepas menutup Persidangan Antarabangsa Islam dan HIV/Aids di sini.

Ditanya mengenai keberkesanan langkah tersebut, Masitah berkata ini merupakan jalan terbaik bagi memperkasakan Jakim dalam menangani serta menyelesaikan isu krisis akhlak dan agama.- BERNAMA


http://t.co/pG8MWNIP

Download the #1 mobile Twitter app for your own device at http://tweetcaster.com/


Sent from my iPad

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate