Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

07 November 2012

Dr Mariah Bela Nurul Izzah Yang Gagal Jelaskan Kenyataan Melayu Bebas Pilih Agama


Soalan saya ialah kenapa Nurul Izzah gagal menjelaskan sendiri dan kenapa Malaysiakini tidak disalahkan walhal berita dipetik dari Malaysiakini bukan Utusan.


Nurul Izzah dihukum sebelum beri penjelasan

Hazayani Zakaria,07 Nov 2012

KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) kesal dengan tindakan pihak tertentu menghukum Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar sebelum mendapatkan penjelasan beliau.

Timbalan DMPP, Dr. Siti Mariah Mahmud berkata, pihak yang membuat tuduhan kononnya Izzah menyokong Melayu murtad khususnya pimpinan Umno tidak memahami konteks dan maksud sebenar kenyataan Izzah dalam forum 'Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab?, Sabtu lalu.

"Adalah suatu yang tidak masuk akal menuduh seorang muslimah mukminah, yang solat, yang puasa, yang tutup aurat mengajak orang Melayu meninggalkan Islam dan menyokong orang Melayu murtad. kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Kota Raja itu juga berkata, selepas mendengar penjelasan dari Izzah dan Ahli ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Mujahid Yusof Rawa yang juga ahli panel forum tersebut, mereka yakin kenyataan Izzah itu diputar belit akhbar Utusan Malaysia.

"abnyak andaian dan tanggapan dibuat oleh pelbagai pihak sebagai memanjangkan isu walaupun mereka tidak hadir dan mendengar sendiri.

"Mereka membuat komen hanya berdasarkan laporan Utusan Malaysia kebanyakannya," katanya.

Jelas beliau juga, Izzah mengatakan dan membuat kaveat dalam kenyataannya yang "sekiranya seseorang itu telah memeluk Islam maka dia tertakluk dengan syariat Islam".

"Nurul Izzah tidak sesekali mengeluarkan kenyataan yang bermaksud orang Melayu bebas memilih agama, mengajak orang Melayu keluar Islam dan menyokong orang yang murtad," katanya.

Turut bersama pada sidang media ialah Ketua DMPP, Siti Zailah Mohd Yusof yang juga ahli Parlimen Rantau Panjang dan ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad yang juga ahli Parlimen Kuala Selangor.




Sent from my iPad

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

memenag pengikut PAS bodoh dan bengong, tak dengar ke apa pompuan tu cakap, berapa kali di ulang, untuk ugama jangan lah kamu nak bodoh kan kami,.. throw away your PHd... nak analisa simple words from that pompuan pun tak boleh,,, ini soal aqidah, aku harap anak org PAS akan terima org melayu bebas memilih ugama,,, good luck

Tanpa Nama berkata...

bersama kita harap anak org PAS terutama anak dua org ni bebas pileh ugama. ini soal aqidah lah beb,aqidah beb

Wau Janak berkata...

apa lagi maksud lain ygn boleh ditafsir bagi ayat yang diucapkannya spt dibawah ini selain dari maksud bahawasanya Melayu juga harus diberi kebebasan yang sama dgn kaum lain untuk memilih agama!!!!!!!!

"Tidak harus ada paksaan dalam agama bagaimanakah seseorang itu boleh berkata, maaf..ini(kebebasan agama)hanya untuk bukan Melayu. Ia (sebenarnya) harus dilaksanakan sama rata (untuk semua kaum).."

ayat ini mudah dan cukup jelas. tiada apa tafsiran lain boleh diberikan selain bermaksud bhw Melayu juga harus diberi kebebasan beragama sama spt kaum lain.

azlanaini berkata...

Itulah akibatnya kalau lantik puak bebal jadi pemimpin... Mulut lebih laju bercakap daripada otak yang berfikir..

Tanpa Nama berkata...

Nak meraih undi

Cari Blog Ini

Translate