Tidak sia sia usaha saya mengambil keputusan mendaftar pelan broadband ini selepas mendaftar sehari sebelum pulang Jumaat lalu..dan tidak sampai 24 jam talian sudah sedia digunakan.
Begitu pantasnya Celcom sebagai pengendali unggul data di Malaysia yang paling berpengalaman.
Dengan TIADA BAYARAN dikenakan semasa mendaftar ( fuhh jimatnya ) maka pelan unlimited ini berjaya saya gunakan sejak semalam dan hari ini dengan bantuan smart phone Sony Ericsson P1i saya ( yang masih belum habis dibayar lagi sepenuhnya kepada kawan saya ) hehe :).
Namun agak susah mengupdate blog menggunakan smart phone kerana paparan skrin yang sangat kecil.Dan ketika ini saya sedang cuba menulis di notepad dan cuba menghantarnya ke bluetooth HP sebelum menyalin ke posting terbaru. Moga berjaya sekejap lagi.
Jika anda membaca tulisan ini di blog saya bermakna usaha saya menulis di laptop dan menghantar ke hp sebelum mengupdate ke blog, telah BERJAYA....
Kenapa tak pakai laptop dan hp sebagai modem ? Pertanyaan yang agak agak saya, mesti bermain di fikiran saudara tersebut sebenarnya kerana kelupaan saya membawa sambungan kabel USB...
akibatnya hp tidak dapat diguna sebagai modem bagi menjelajah alam maya dengan mudah dan selesa !!
Saya juga berjaya membuat sidang conference semalam dengan kawan kawan sekolah lama dan sempat berchatting juga dengan Blogger Rajah Mas yang turut menyuarakan kebimbangannya tentang BPN yang dilihat sudah malap.
Barangali kegagalan BPN membuat sidang harian mengundang keresahan beliau !
Sebenarnya situasi terkini yang terjadi memerlukan kita menyemak kembali asal usul yang menjadi punca kepada senario yang terjadi itu.Untuk makluman Blogger Waadat ( Cheguman ) dan Setiausaha ( Che Moq ) ada komitmen yang tinggi dengan urusan pengajian Master dan bisnes syarikat yang baru dibina dan mereka tidak dapat menggantikan tugas mengendalikan sidang ketika ketiadaan saya.
Saya juga ada beberapa hal yang tak dapat dielakkan kebelakangan ini berkenaan bisnes saya. Hingga sukar online tiap malam bersama sahabat sahabat semua. Meskipun sudah memiliki hp black berry namun 'line' pula jadi halangan. Tunggakan bil menyebabkan 'saluran keluar' sudah ditutup sementara oleh Celcom.
Ujian Allah !!!
Tambahan pula dengan kehadiran ahli yang tidak seramai mana tentu tidak 'membangkitkan selera' saya untuk membuat conference.Kita kena faham juga PRK Kuala Terengganu baru sahaja berlalu dan persiapan menghadapinya dibuat sejak awal. Maka di situlah antara punca ramai ahli tidak dapat hadir memberi sokongan semasa sidang.Lagipun BPN sudah mempunyai logonya sendiri serta telah berjaya menghasil puluhan resolusi dan sudah ada hampir 100 ahli..
Namun yang mengharukan saya sepanjang menjayakan team kita ini ialah kesungguhan ahli ahli BPN yang sibuk serta tidak dapat bersama dalam sidang tetapi mereka
tetap menghubungi saya melalui sms, YM atau panggilan telefon memberitahu kesibukan mereka.
Tanda mereka masih lagi'cintakan' team Blogger Pembela Negara yang kita bina bersama sama ini.Jika tidak kerana kerisauan Rajah Mas saya tidak ingin menceritakannya di sini.Namun demi memberi penjelasan agar kerisauan akan segera hilang maka saya terpaksa menceritakannya sedikit.
Yang indahnya, BPN yang baru berusia dua bulan sudah mencapai beberapa kejayaan... Antaranya, isu blog hina Nabi telah disiarkan oleh utusan Malaysia dan tv3 sehingga mendapat perhatian ramai pihak termasuk
Perdana Menteri...
walaupun tidak disebut nama BPN namun ia antara detik manis yang kita semua sedar yang kita juga antara ' watak belakang tabir' yang membongkar blog tersebut.
Kitalah yang sama sama menghantar email kepada pihak tersebut bersama sama tempoh hari..
Itulah kejayaan kita dan saya amat berharap semua dapat terus setia menyokong BPN sebagai pembela negara yang berani dan berjuang tanpa mengharapkan ganjaran atau nama di sisi manusia.Sidang kita akan berjalan seperti biasa mengikut bilangan ahli yang dapat hadir dan keputusan mengadakan sidang berdasarkan jumlah kehadiran terpaksa saya buat demi mengelakkan kita membuat sidang yang hambar kerana tiada percambahan fikiran yang benar benar menghasilkan resolusi yang mantap ekoran bilangan kehadiran yang kecil.
Moga Allah mengekalkan semangat kita dan semoga ALLAH menyingkirkan pengkhianat yang cuba meresap masuk BPN untuk tujuan jahat.
Doa saya :Ya Allah jika mereka datang kerana NIAT JAHAT maka sedarkanlah mereka.
Kerana Engkau Ya Allah Tuhan Kami dan Tuhan mereka dan Tuhan sekelian
makhluk seluruhnya.
FASAYAKFIKAHUMULLAH WAHUWASSAMIUL ALIM
WALA HAULAWALA QUWWATA ILLA BILLAHILALIYYILAZIM
Salam dari pendalaman Kelantan..
PROMOSI CELCOM ini dibawakan secara percuma oleh Panglima Perang Cyber :)
11 ulasan:
Nampaknya saya pun kena guna celcom jugalah. lebih mudah lebih cekap.
Tak pa encik, harungilah ujian dari tuhan ini. Ingat no, nak buat baik, bukan senang.
Salam pang5,
Apa khabar orang kampung?.Semangat inilah sepatutnya kena ada pada pemimpin UMNO..lama tak jumpa pemuda yang berjiwa patrotik seprti ini..kita old timer dah tak ada umpph lagi dah!. semoga kalian teruskanlah perjuangan ini...tetap old timer bantu dari belakang usha murni hampa semua..wassalam.
Salam panglima..
Bagusla guna celcom kerana celcom ini syarikat kerajaan dan syarikat melayu, kita kena bantu..
alhamdulillah..
kami beikrar bahawasanya
kami akan setia bersama BPN!
Bagusla...macam tu mai kita pakat-pakat guna celcom broadband..surf internet...tegok yang mana bebal blogger UMNO ke blogger pakatan rakyat...orang kampung ulu banat pun boleh guna ...tak la dok baca utusan melayo sja...
tuan speaker ,
Celcom adalah yang terbaik ..support la GLC company ..hehe saya pun skrg guna No HP Celcom ..dulu line maxis.
Hidup BPN!!!
Saya pun pakai Celcom Broadband jg tp teruk sgt. Slow...
Ahli BPN tetap setia. Tetap teguh pd perjuangan utk agama, bangsa dan negara.
p/s : Pang5 blh buka YM guna celcom broadband? Saya tak blh
salam..
guna la yang unlimitied..
baru la laju..
BPN....Blogger Perosak Negara...Parti UMNO semakin lemah kerana blog barua ko semua.....lain kali lawan betul-betul dengan blogger pakatan rakyat..buat panglima lain kali rajin up date blog ko...jangan buat malu...takkan sibuk balun duit untuk pemilihan kut?
Mana punya geng ni, dok mai buat fitnah kat sini ni, kalau tak nampak dgn mata sendiri jangan dok main tuduh aje. Ni la contoh2 puak-puak pakatan rakyat yg jahil segala-galanya.
Bukan setakat jahil encik, tapi jahiliah terus.
kerisku
has left a new comment on the post "
Isu BPN dan Promosi Percuma Celcom dari hulu Kelan...":
Mana punya geng ni, dok mai buat fitnah kat sini ni, kalau tak nampak dgn mata sendiri jangan dok main tuduh aje. Ni la contoh2 puak-puak pakatan rakyat
yg jahil segala-galanya.
Catat Ulasan