Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

09 November 2012

Institusi Pondok Masih Relevan Sebagai Benteng Pertahan Identiti Melayu – Islam : Najib


Beliau berucap di majlis ramah mesra bersama warga pondok dan pelancaran Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) di sini, hari ini

Najib menarik perhatian bahawa sistem pondok memenuhi maqasid atau matlamat syariah termasuk agama, kemanusiaan, pembangunan ekonomi, pendidikan dan keamanan.

Ia mesti dipertahankan kerana sebagai ilmu yang disalurkan oleh institusi pondok boleh diguna dan dirujuk untuk menangani pelbagai serangan ilmiah dan trend pasca-modenisme yang sedang berlaku, katanya.

Najib berkata dalam menghadapi isu kebebasan mutlak, rasionalisme tanpa had, sekularisme, liberalisme dan pluralisme agama, "hujah daripada teks pondok adalah lebih mantap."

Menurut beliau, banyak buku karya besar diambil daripada teks pondok dan dibaca oleh orientalis Barat dan musuh-musuh Islam.

Justeru, beliau berkata para ulama dan intelek Islam perlu berdiri dalam satu saf bagi melahirkan pemikiran Islam yang kukuh dan penghujahan yang mantap serta meyakinkan bagi menghadapi musuh.

Pada majlis itu, Najib, yang juga penaung YPPM mengumumkan geran RM100,000 bagi penubuhan sebuah pusat sumber di ibu pejabat yayasan itu.

Beliau berkata geran itu harus digunakan untuk mengumpul bahan-bahan ilmiah, manuskrip dan jurnal, serta sebarang penerbitan atau catatan berkaitan sejarah pondok, ulama pondok dan karya-karya mereka.


http://www.umno-online.my/?p=71471&utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+umnoonline+%28UMNO+Online%29



Panglima : sudah lama pelajar pondok perlu diperkasakan. walau sudah ada usaha sebelum ini namun kali ini kita dapat melihat 
kesungguhan Kerajaan mengambil kira pendidikan Islam sistem pondok ini yang terbukti mampu menghasilkan
pelajar yang hebat dan cemerlang menghadapi serangan pemikiran musuh Islam di akhir zaman ini.

Sent from my iPad

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate