Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

06 Ogos 2009

Edisi Khamis II : Video Mahu Menfitnah SPRM Isu Kematian Teoh Beng Hock !

Jika ada kawan-kawan belum melihat video tersebut sila lihat di bawah :



Yang menariknya ialah kualiti gambar begitu teruk seolah olah disengajakan agar tidak begitu jelas. Kerana jika rakyat tidak berfikir dengan mendalam maka mereka dengan mudah akan menerima ia sebagai bukti SPRM tidak telus atau menggunakan kekerasan di dalam membuat soal siasat.

Itu pandangan peribadi saya dan saya harap pembongkaran video tersebut dapat dibuat oleh pihak berkuasa kerana ia seolah-olah terancang dalam menerbitkan video yang berdurasi selama 5:09 minit tersebut.

Jika tidak saya risau rakyat akan menganggapnya sebagai satu kebenaran walhal ia boleh jadi 'lakonan' yang dicipta bagi mengelirukan rakyat yang mungkin tidak terlintas bahawa segala yang disiarkan adalah perkara yang boleh dilakon oleh sesiapa sahaja termasuk membeli baju yang seiras dengan pakaian seragam SPRM.

Jika taktik ini berjaya maka selepas ini walau banyak mana pertuduhan atau hukuman dibuat, nescaya mereka tidak risau lagi kerana rakyat sudah didoktrinkan dengan persepsi bahawa SPRM adalah alat kepada UMNO / BN.

Maka tentu selepas ini lebih banyak lagi ' rompakan' terhadap harta rakyat oleh mereka.... yang paling best ialah badan dan institusi kehakiman, pencegah rasuah serta penguatkuasa undang-undang telah di'solek' dengan 'mekap' hitam oleh manusia yang digelar pengkhianat oleh TPM kita !!


11 ulasan:

kembara putih berkata...

Berlakon kepala hotak engkau. Memalukan...berbangsa Melayu dan mengaku Islam bertindak kejam menyeksa orang macam tu. Islam Najibun ke apa ni?

eXception berkata...

video palsu. seragam putih tu bukan seragam SPRM. Malah yg kena dera tu pun sengaja sembunyikan muka dia... Org lain pun sengaja lindungi muka org yg didera tu.

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

Tanpa Nama berkata...

Saya telah melihat clip video tersebut apa pun ternyata ini bukan TBH atau SPRM. Lebih kepada Security Guard dengan "mangsanya" yang kitatidak ketahui. Namun begitu saya menyarankan agak pihak yg berwajib segerakan mengenal pasti sesiapakah mereka ini dan mangsanya. Kerana apa jua kesilapan atau kesalahan mangsa tersebut, mereka mereka ini yg digambarkan dlm clip video tersebut patut dihukum juga kerana perbuatan mereka ini tidak berperimanusian. Apa pun kesalahan mangsa ini mereka tidak menggunakan perbuatan seumpama gangster. Menteri Dalam Negeri patut menyiasat perkara ini secepat yg mungkin.

oyabun berkata...

Salam Pang5..

Taktik yang sama dimainkan oleh DAP sepertimana yang Teresa Mangkok lakukan sebelum ini. Kes wanita 'Cina ' yang dibogelkan didalam lokap polis...mereka sedang menjaja cerita yang sama untuk mendapat simpati rakyat...tetapi tuhan nak tunjuk bahawa video ini bukanlah mendiang Teoh yang dipukul. Dikatakan yang terbabit didalam video ini adalah seorang warga asing yang ditangkap oleh pengawal keselamatan atas kesalahan mencuri...wallahuallam.

Tanpa Nama berkata...

sprm alat umno bn

oyabun berkata...

Kementerian Dalam Negeri meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melakukan siasatan lanjut berhubung klip video yang memaparkan seorang tahanan didera secara kejam oleh sekumpulan lelaki berpakaian seperti anggota polis.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan tegas perlu diambil terhadap pihak yang didapati sengaja menyebarkan klip video memfitnah anggota pasukan keselamatan itu.

Beliau memandang serius fitnah tersebut dan menegaskan perbuatan sedemikian perlu dihentikan.

"Tindakan tidak bertanggungjawab seperti itu memberikan kesan buruk terhadap imej pasukan penguat kuasa dalam negara ini.

"Tindakan itu juga adalah satu fitnah dan tohmahan tidak berasas yang sengaja diada-adakan atas niat memburuk-burukkan imej pihak berkuasa," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas artikel dan klip video yang disiarkan dalam satu laman web mengenai tindakan sekumpulan lelaki membelasah seorang tahanan.

Menurut Hishammuddin, perbuatan fitnah seperti itu semakin berleluasa dan pihak tertentu dengan sewenang-wenangnya bertindak untuk kepentingan diri tanpa memikirkan kesannya kepada anggota masyarakat.

"Tindakan itu menggambarkan betapa rendahnya moral dan pemikiran pihak tersebut. Mereka sanggup menjadikan laman-laman web sebagai medan untuk menabur fitnah serta memburuk-burukkan pihak yang mereka tidak suka," jelasnya.

Sambil melahirkan rasa kesal, beliau menyatakan, penyalahgunaan laman web amat berleluasa ketika ini sehingga pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan.

Justeru katanya, setiap anggota masyarakat perlu bijak dan berhati-hati dengan kesahihan maklumat yang disebarkan melalui laman web.

Panglima Perang Cyber berkata...

TERIMA KASIH KOMEN SEMUA..

KEBENARAN AKAN NYATA !!

rakyat berkata...

Salam

Saya bukan nak menyebelahi mana mana pihak.tapi saya cuma hendak menyatakan pandangan saya.daripada apa yang dapat kita lihat,teryata jelas seksaan yang teruk dilakukan ke atas mangsa.tetapi mengapa sewaktu post mortem dilakukan,tiada tanda kecederaan melibatkan pukulan dikesan?yang dikenal pasti cumalah kesan kecederaan jatuh dari tempat yang tinggi.mungkin saya tidak berpengetahuan dalam bidang forensik,tetapi jika dinilai dari cara sepakan,takkan tiada sedikit pun lebam dapat dikesan pada betis mangsa?dan jika diteliti pada minit 2:50,dialog mengatakan "jangan risau,nanti orang akan ingat kita angkut dia ni dari sana memang dah macam ni dah".adakah ayat ini bermaksud mangsa telah dibelasah dengan teruk oleh 'bahagian' lain dalam SPRM?ianya lebih dekat kepada situasisi pencuri yang telah teruk dibelasah oleh orang ramai,sebelum dibawa masuk ke bilik pengawal seperti di dalam video ini.

Wallahualam..

Panglima Perang Cyber berkata...

kan dah cakap, dialog macam tu sangat senang jika mahu dicipta.

rakyat tak lah cerdik sangat tapi taklah bodoh sangat nak menilai taktik komunis komunis moden yang cuba menguasai malaysia dengan cara merebut kuasa hari ini.

Sang Penjahat berkata...

Bro video ni aku dh tgk sebelum cina hock tu mampoih lg. aku tgk dlm gutteruncensored dulu..sumpah aku x tipu demi Allah..ni sbb mamat pakai baju putih tu kena tangkap sbb rogol/cabul.. aku simpan lg video tu dlm laptop aku..celake si pemfitnah semoga Allah trunkan bala kepada si pemfitah secepat mungkin.. Org melayu kalo anak bini kena cabul.. xkan nk biar je.. belasah dlu sebelum bg ke polis..Cina celaka jgn diberi muka.. Hidup Melayu!!! -Young Man from Kedah-

Tanpa Nama berkata...

Mengikut pandangan ana video ini memang meragukan dan seolah olah ingin memburukkan nama SPRM.

Tajuk video pun dah jelas menunjukkan niat mereka untuk memalukan SPRM.

Orang dah takut tentu akan melakukakan apa saja untuk merosakkan imej orang atau pihak yang tegas atas prinsip undang2.

SPRM adalah mangsa terbaru selepas Polis dan juga institusi kehakiman.

itu pandangan ana. syukran.

Cari Blog Ini

Translate