Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

06 November 2012

RM 6 Juta Untuk Haji Percuma Kepada 400 Imam dan JKKK Tahun Ini - Bukti Islam Diutamakan @NajibRazak


IMBAS KEMBALI BERITA DI BAWAH UNTUK DIFIKIRKAN OLEH RAKYAT ADAKAH INI SIKAP PEMIMPIN ISLAM ATAU PEMIMPIN TIDAK ISLAM. 

JIKA MAHU SERIBU DAYA DAN JIKA TIDAK MAHU SERIBU DALIH.

DENGAN DANA RM 6 JUTA KERAJAAN SENGAJA MEMBERI HAJI PERCUMA AGAR BAPA KITA YANG MENJADI IMAM ATAU PEMIMPIN JKKK KAMPUNG BERPELUANG MERASA IBADAH HAJI SEBELUM MENINGGAL DUNA.

KERAJAAN HARI INI BUKAN SAHAJA LAKSANAKAN JANJI BAHKAN MENJADIKAN AGENDA ISLAM SEBAGAI KEUTAMAAN DI DALAM PENTADBIRAN. 

MAKA ADAKAH KITA MAHU MENUKAR KEPADA PEMERINTAH YANG LEBIH LEMAH DAN TERUK DARI YANG SEDIA ADA ???

- PANGLIMA




Kekayaan bagi tujuan mulia
Oleh HASHNAN ABDULLAH dan SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH
pengarang@utusan.com.my


Najib Tun Razak menerima pelukan daripada salah seorang penerima tawaran untuk menunaikan fardu haji pada majlis penyampaian surat tawaran program khas Yayasan 1MDB itu kepada imam dan pengerusi JKKK yang terpilih di Seri Perdana, Putrajaya, semalam. - UTUSAN/Zaki Amiruddin

PUTRAJAYA 27 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyerahkan surat tawaran menunaikan fardu haji kepada 200 imam dan 200 pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di bawah program khas haji tajaan Yayasan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

Ini merupakan kumpulan kedua selepas kumpulan pertama seramai 111 imam dan pengerusi JKKK menerima tajaan itu pada 19 September tahun lalu.

Kesemua jemaah haji berkenaan dijadual berlepas ke Madinah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 22 September ini dan akan berada di Tanah Suci selama 47 hari.

Najib dalam ucapannya pada majlis penyerahan surat tawaran itu berkata, adalah wajar untuk kerajaan menggunakan sebahagian daripada sumber pendapatan dan kekayaan yang dijana oleh kepimpinan hari ini bagi tujuan mulia.

Perdana Menteri berkata, tidak ada tujuan yang lebih baik, selain daripada kerajaan dapat menghulurkan bantuan kepada para imam dan ketua kampung seluruh negara untuk menunaikan haji.

"Berdasarkan kepada kesan yang saya sendiri saksikan ketika menunaikan haji pada musim lalu, betapa besarnya impak program itu kepada 111 orang imam dan ketua kampung yang terpilih.

"Maka pada musim haji kali ini, saya berniat kalau ada rezeki, kita akan lonjakkan lagi jumlahnya daripada 111 kepada 400 orang lagi untuk dimasukkan dalam program itu," katanya.

Najib berkata, usaha tersebut bertepatan dengan landasan dan prinsip Maqasid Syariah yang diperjuangkan oleh kerajaan sekarang.

Beliau berkata, ini sejajar dengan matlamat supaya agama Islam di negara ini dilihat sempurna dari segi ketinggian, kemuliaan, tauhid, akhlak dan pentadbiran.

"Kalau kita lihat apa yang dilakukan oleh kerajaan selama ini, itulah sebenarnya landasan dan prinsip yang kita pegang dan contohnya, dalam rukun Islam kelima, kita pastikan pentadbiran urusan haji adalah terbaik di dunia kerana kita berpegang kepada prinsip yang saya sebutkan tadi," katanya.

Perdana Menteri turut memuji kemampuan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) menguruskan jemaah dari negara ini dengan cemerlang sehingga mampu menjana keuntungan yang baik setiap tahun.

Beliau berkata, keuntungan itu bukan untuk membayar dividen kepada pelabur semata-mata tetapi Tabung Haji telah melakukan tugas melebihi tanggungjawab sepatutnya dengan memberi setiap jemaah haji subsidi hampir RM5,000 seorang.

"Berbanding dengan negara lain, inilah bayaran yang paling rendah melainkan mereka yang pergi secara musafir sehelai sepinggang," katanya.

Menerusi program kali ini, Tabung Haji menyediakan subsidi sebanyak RM2 juta manakala 1MDB pula menyumbang sebanyak RM4 juta.

"Inilah yang dikatakan Islah dalam Islam. Islah adalah roh kepada agenda transformasi negara yang sedang diperjuangkan oleh kerajaan sekarang.

"Lagi cepat kita lakukan proses transformasi Islah itu, maka lebih berjaya agenda tersebut dan juga lebih besar rahmat dan nikmatnya," ujar beliau.

Beliau turut menyeru jemaah haji yang terpilih dalam program itu agar memanjatkan doa untuk negara, umat Islam serta rakyat Malaysia yang lain semasa mengerjakan haji di Tanah Suci.

© Utusan Melayu (M) Bhd 

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

rukun haji...faham tak..
tak mampu..jatuh hak...
ngaji dulu bhai

Cari Blog Ini

Translate