Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

17 November 2012

UMNO Online - Karnival Kerjaya Pemuda BN 2012 Tawar 40,000 Peluang Pekerjaan

Karnival Kerjaya Pemuda BN 2012 Tawar 40,000 Peluang Pekerjaan

KUALA LUMPUR, 16 Nov – Seramai 15,000 orang telah mengunjungi hari pertama Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) 2012 peringkat Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata sebanyak 40,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang ditawarkan oleh 240 majikan dari seluruh negara pada pesta kerjaya selama tiga hari itu.

Selain kekosongan jawatan, katanya, sebanyak 5,000 peluang latihan termasuk keusahawanan dan latihan perindustrian ditawarkan kepada warganegara berusia bawah 40 tahun.

Karnival kedua anjuran Pemuda BN dengan tema 'Kerjaya, Pencapaian, Pengajian dan Rumah' dijangka dikunjungi kira-kira 100,000 orang sehingga Ahad ini, kata Khairy, yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno, ketika ditemui pada karnival tersebut.

Katanya karnival kerjaya yang sama akan dianjurkan di tiga buah negeri pada tahun depan.

Karnival tiga hari di PWTC itu bermula pukul 10 pagi hingga 8 malam.

Tinjauan mendapati banyak majikan mengadakan sesi temuduga terbuka atau mendaftar untuk dipanggil temuduga yang nyata menarik minat ramai pengunjung terutamanya graduan baru.

Salah seorang pencari kerja, Mohd Saiful Lizam Ishak, 26, berkata beliau datang dari Kelantan untuk mencari peluang pekerjaan selepas tamat pengajian awal bulan ini.

Graduan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik itu amat berharap untuk memperolehi pekerjaan daripada karnival itu.

Eby Mura Sola, 26, seorang Orang Asli dari suku kaum Semelai, berkata karnival itu adalah platform baginya mencari pekerjaan tetap.

Graduan Sarjana Muda Kaunseling, yang kini bertugas sebagai pekerja kontrak di sebuah syarikat swasta, mahukan pekerjaan tetap yang lebih menjamin masa depannya.

Seorang pegawai sumber manusia di sebuah syarikat swasta, S. Bahwani, 26, berkata beliau ingin mencari peluang pekerjaan yang lebih baik dalam bidang pengurusan dan pentadbiran.

Walaupun sudah dua tahun berkerja, saya datang ke sini untuk meninjau peluang pekerjaan yang lebih baik, katanya.



Sent from my iPad

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate