1. Pembangkang khususnya blogger mereka kerap menyiarkan cerita berbagai versi kononnya Ku Li tidak dicalonkan. Contoh di sini http://cipantapirtenuk.blogspot.com/2012/12/ku-li-tidak-tercalon-pru13.html dan sini http://amenoworld.blogspot.com/2011/12/ku-li-digugurkan-sebagai-calon-pru-13.html
2. Ini kerana mereka melihat Ku Li boleh dijadikan 'alat' untuk menyertai kempen songsang mereka atas kapasiti beliau sebagai orang lama dan ada hubungan darah dengan Istana Kelantan. Dan mahu beliau kecil hati lalu keluar parti.
3. Keengganan Ku Li mensabotaj UMNO/BN membuatkan blogger Pakatan terpaksa mencipta berbagai khabar palsu seperti kebiasaan yang mereka lakukan.
4. Dengan berita ini jelas Ku Li seorang yang tetap setia dengan parti yang begitu berjasa kepada dirinya sendiri dan tidak memilih mengikut jejak langkah songsang Anwar Ibrahim yang sanggup 'bakar' partinya sendiri selepas 16 tahun menikmati kebaikan UMNO/BN sehingga berjaya menjadi Timbalan Perdana Menteri.
5. Ku Li sudah melihat kerosakan yang berlaku apabila tindakannya keluar UMNO dan menubuhkan Angkatan Perpaduan Ummah dengan PAS di Kelantan sehingga berjaya mentadbir negeri pada 1990. Yang menyebabkan Kelantan kalah hingga ke hari ini.
6. Ku Li juga telah melihat betapa rakyat telah 'menderita' di bawah pentadbiran yang lemah oleh orang yang digelar Tok Guru walaupun tidak ada pondok atau pusat pengajian mahupun kealiman yang sesuai dengan gelaran tersebut. Apatah lagi dengan akhlak yang semua dapat lihat tidak sesuai dengan gelaran 'ulama' yang dibawanya.
7. Harap pemimpin veteran yang lain juga tidak melupakan betapa besar jasa UMNO/BN kepada diri mereka dan setia hingga ke hujung nyawa.
Bersyukurlah dan jangan jadi kufur.
Baca berita dimaksudkan di sini:
Calon PRU13: Ku Li serah kepada Najib
13 Disember 2012
GUA MUSANG - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengambil pendirian menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti bagi menentukan sama ada beliau layak bertanding atau sebaliknya sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Beliau berkata, pucuk pimpinan di Kuala Lumpur sahaja yang boleh membuat sebarang keputusan tetapi walau apapun keputusan, beliau tetap akan bekerja kuat sepanjang masa untuk menentukan kemenangan BN.
"Saya tidak mempunyai kuasa bagi menentukan soal calon termasuk diri saya dan terserahlah kepada pucuk pimpinan atasan yang membuat keputusannya bagi menghadapi PRU-13 nanti," katanya ketika berucap pada majlis Mesra Bersama Pengundi Wanita di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Meranto, di sini, hari ini.
Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada golongan wanita yang bekerja kuat untuk parti. Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nenggiri, Mat Yusoff Abdul Ghani dan ADUN Galas, Ab Aziz Yusof.
Tengku Razaleigh, yang juga Ketua Umno Gua Musang, berkata, bekerja keras bagi kemenangan parti itu adalah tanggungjawab semua pemimpin dan anggota bagi memastikan BN akan terus kekal mendapat mandat daripada rakyat.
Beliau berkata, pada Perhimpunan Agung Umno di Kuala Lumpur baru-baru ini, Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak memberi semangat baru kepada semua perwakilan untuk menggerakkan jenteranya di semua peringkat.
"Oleh itu, kita di bahagian Gua Musang juga telah bersiap sedia untuk menghadapi PRU13 pada bila-bila masa termasuk menggerakkan jentera bagi memastikan kerusi BN Parlimen Gua Musang bersama tiga kerusi Dun kekal menang.
"Tidak ada sebab bagi rakyat menolaknya jika kita bekerja kuat untuk memperjuangkan nasib mereka kerana kini terbukti kerajaan BN mampu melakukan segala perubahan bagi faedah semua rakyat di negara ini," katanya.
Katanya, bagi kerusi Parlimen Gua Musang bersama DUN Nenggiri, Paloh dan Galas mungkin tidak menghadapi sebarang masalah untuk mengekalkan kemenangan.
Beliau berkata, ini kerana pemimpin dan anggota Umno peringkat bahagian itu sentiasa terbuka bagi bekerja dalam satu pasukan dan sejarah juga telah membuktikan BN di Gua Musang terus kekal mendapat mandat rakyat. - Bernama
1 ulasan:
Taniah kepada calun UMNO dan rakan Barisan yang Mensch. Sebagai warga tua (77) saya agak keciwa dengan kaum cina yang terang2 tidak menerima UMNO/Barisan, di sebab kan dakyah rasis dan sovenis PAP maaf DAP. Umum semua faham agenda kaum ini.
Saya telah melalui hidup dari zaman kolonial, jepun, bintang tiga, kemerdekaan hingga kini.
Dari kerayatan sampai peluang perniagaan di beri, hasilnya lihat lag. Berterima kaseh dan kenang budi kah?. Apa yang Tun katakan amat benar.
Saya harap sekarang dengan kwasa yang ada, fikirlah apa hala tuju yang WAJIB DS Najib dan teamnya buat. Dah sampai masanya.
Catat Ulasan