1. Keputusan berkenaan permohonan Nizar dan Pakatan Rakyat supaya DUN dibubar sudah jelas diketahui kita semua dan Nizar nampaknya tidak dapat menerima keputusan Sultan walhal berkata dia akan mengikut apa sahaja titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak sebelumnya.
2.Ekoran tindakan 'menderhaka' kepada Sultan Perak yang dipamerkan oleh seorang Menteri Besar maka para penyokong pembangkang sudah mula mengeluarkan kata kata menghina Raja dengan begitu teruk sekali. PAS dan Pakatan Rakyat nampaknya membiarkan sahaja perbuatan tersebut tanpa mendesak penyokong mereka agar akur dengan titah DYMM Sultan Perak..
3. Komen komen yang ditulis dan dipamerkan oleh blog pembangkang itu jelas menunjukkan bagaimana mereka tidak segan silu melibatkan Sultan dalam konflik politik rakyat dan menuduh Sultan dengan berbagai tuduhan yang jelas tidak dapat diterima oleh rakyat yang menghormati Sultan sebagai tonggak kedaulatan Bangsa Melayu dan juga Agama Islam.
4. Sebab itulah pembangkang yang memainkan isu ini nampaknya sedang cuba bermain dengan 'api' dan kita sebagai Blogger Pembela Negara tidak akan membiarkan maruah Sultan sebagai payung agama bangsa dan negara kita dicemar dan dirosakkan begitu sahaja.
5. BPN mendesak agar polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemberi komen khasnya terhadap bekas Menteri Besar Nizar Jamaluddin yang sudah mengingkari janjinya sendiri untuk menerima keputusan Sultan bahkan menderhaka pula kepada baginda.
6. Anugerah yang dikurniakan Tuanku Sultan Perak kepada Nizar dan pemimpin Pakatan Rakyat perlu ditarik kembali sebagai tanda kemurkaan baginda kepada mereka yang tidak bertanggungjawab sehingga begitu berani menyembah derhaka kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan.
7. Jika ini dibiarkan maka tentu rakyat akan semakin biadap kerana terikut ikut dengan gelagat mereka dan tidak mustahil akan keluarlah selepas ini hasutan dan juga dorongan jahat agar rakyat mula membenci Sultan dan dengan itu agenda menghilangkan kekuasaan Raja selaku tonggak penjaga ketuanan bangsa Melayu dan Agama Islam dan menjadikan negara Malaysia menjadi sebuah Republik seperti di Indonesia, akan tercapai dengan mudah.
BPN pasti akan menolak sekeras kerasnya usaha ini dan kami berikrar akan melawan sesiapa sahaja yang sanggup menjatuhkan maruah Sultan yang mereka hanya puji ketika mereka gembira dengan titah baginda dan mengkeji ketika mereka tidak bersetuju dengan titah tersebut.
Contoh komen :
Kecewa btul aku ngan sultan perak ! kata belajar pandai... xkan xble fikir ! Rakyat pon ble fikir ! ni yg nak derhaka nih !!
sultan memang berjiwa umno betoi la.... sambut la jubli perak sorang2...
sultan pun ikat telo oleh Beruk Negara
kecewa dgn sultan perak
ingatkan betul bijak dan berjiwa rakyat
rupanya sama dgn sultan dan raja yang lain
jangan jangan sultan pun dapat rm 50 juta
sultan semuanya sama sultan bn dan bukan fikirkan hal rakyat
Harap semua dapat siarkan pendirian BPN ini di blog sahabat semua...
Salam.
21 ulasan:
Kami warga Perak berdiri di belakang DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
Kepada kerajaan Pengkhianat Rakyat (PR) boleh berambus dari Negeri Perak Darul Ridzuan kerana menghina Kesultanan Negeri Perak yang telah beratus tahun memerintah Negeri Perak. Baru ade memerintah politik 11 bulan dah mula bongkak dan sombong. itulah pengkhianat Rakyat.
Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku.
Salam,
Saya setia pada Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
Kami mengutuk Pakatan Rakyat yang jelas menghina Raja-Raja kami.
Ya Allah, lindungilah kerajaan kami daripada anasir-anasir JAHAT dan Warganegara Derhaka dalam Pakatan Rakyat yang sentiasa cuba merosakkan keamanan di negeri kami. Amin.
semakin ramai yang menjadi penderhaka sultan. si nizar pon *****, lebih ikut 'titah' anwar daripada titah sultan. camni ke cara pembangkang nak daulatkan institusi beraja di malaysia?
Ini satu sejarah "kurang ajar" terbesar dalam negara. Belum berlaku dalam mana-mana suasana dimana ujud sembah derhaka dikalangan pucuk pimpinan melayu di Malaysia. Nizar sepatutnya dihukum bertelanjang bulat lari keliling Ipoh sebanyak 25 kali sesuai dengan jubli perak Tuanku Raja.
Salam bro,
Sultan Ketua dan lambang agama Islam negeri.
Kalau menderhaka apa maknanya?
hmmm...
macamana dengan deris natang kat terengganu tu..tu pun BAPAK segala derhaka,kan??
natang...jgn lupa natang...
lalalalala
PEMUDA KITA DI DIDIK JADI PERUSUH OLEH PR DAN ANWAR IBRAHIM. KITA KE ARAH NEGARA BANGSA PERUSUH. PR PERUSUH PKR PERUSUH DAP PERUSUH PAS PERUSUH HINDRAF PERUSUH. KITA TENTANG PERUSUH DAN PENGKHIANAT NEGARA
Salam ziarah,
Perangai penyokong PR sama mcm pemimpin PR jugak!
Org² frust tertonggeng mmg mcm tu Panglima.Otak dah tak centre tu sbb tak dapat terima kenyataan.Tak dpt bezakan SULTAN dan rakyat biasa.Semua nk di hentam.
Memang kurang ajar dan tak sedar diri.
nizar dh x takut apa2 dah sbb 'sultan' dia skrg ialah ngeh kam hoo. masa jadi mb pon asik ikut teluntuk 'sultan' tu.
aku tengok mamat pembangkang ni jenis tak da blog barangkali..
komen 'tak ada telur' macam tu banyak aku tengok merata rata.
tak berani kot.
tapi sanggup susah payah tulis di sini pun kira oklah.
sebab itu kira tanda memang tak puas hati dengan team bpn kita..
yang bertungkus lumus membela raja dan negara.
ingat sultan tu ahli umno ka????
Memang boleh aku taruk celakalah kepada rakyat yang menderhaka pada Raja.
Habis Raja diguling kita akan jadi macam Nepal.
Nepal negara terbaru tahun lalu menerima takdir keruntuhan keRAJAan bawah Raja.
tetapi kita tak akan biarkan ia berlaku di sini di negara bernama Malaysia...
rasa lepas ni ramai 'agen asing' akan burukkan raja kita.
tengoklah tak percaya sebab agen depa dah kena dimalukan kerana tak diterima mengadap raja..
Takbirrrrrr !!!
Penderhaka Raja (PR)
Puak2 ni memang saja nak derhaka pun, nak tubuh republik Malaysia katakan, mereka memang nak membiasakan rakyat melawan raja pada peringkat awal ni.
Ampun Tuanku Sultan
Sembah Patik Harap Di Ampun...
Mohon Tuanku Sultan Laksanakan Hukuman Ke Atas Nizar serta semua sekutunya yang menderhaka ke atas Tuanku.
Nizar, Anwar, Ngeh, Nga dan semua mereka ini harus kita ikat pada sebuah pokok, kita rendam kertas yang bertulis Rukun Negara kemudian kita sumbatkan dalam tembolok mereka2 yang durjana ini.., baru mereka sedar Perkara Ke 2 Rukun Negara; KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
Korang yang suka kat raja ni bengong. UMNO dah berjaya melahirkan melayu yang takut kepada raja berbanding allah, umno berjaya melahirkan melayu takut kat undang2 dunia berbanding undang2 allah. Umno berjaya menjadikan sultan ketua agama islam berbanding menjadikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai ketua agama islam. itulah yang berjaya dilakukan oleh Umno selama 52 tahun memerintah malaysia. Dalam islam tiada bangsa atau kaum cuma ada saudara seagama. kita ditakutkan dengan daulat raja, sedangkan daulat al quran diketepikan. kita sudah lama diperbodohkan oleh kerajaan UMNO. generasi kini pasti akan kuburkan UMNO dan juga Raja2
Siapa yg ajor Nizar jadi penderhaka? Siapa lagi Sheh Al Jubor ni la. Penakut macam siyeh. Lagi sekok Sing keparat ni yg dok boh api kat org melayu jadi kuajaq kat sultan. Mintak2 Sultan jatuh hukum buang negeri kat puak2 ni. Kat Anwar pulak haramkan dia pijak kaki di bumi Perak.
to : kerisku
bumi malaysia bila masa hak raja. bumi dan alam semesta serta isinyanyalah kepunyaan allah. tiada sesiapa yang berhak mengusir meraka kecuali allah. langgar hukum allah, tidak taat kepada allah dan rasul, maka hendaklah manusia itu mencari bumi lain yang bukan diciptakan oleh allah. cakap biar pakai akal bro. nanti dimurkai oleh raja sekalian alam (allah s.w.t) paham.
to medan info kita
tak yah bodek2 guna ayat
"Ampun Tuanku Sultan
Sembah Patik Harap Di Ampun..."
hang sembah dia buat pe, dia manusia biasa le. kita tidak dibenarkan untuk menyekutukan allah bro.....
buku rukun negara kalau dibuang atau dijijak tiada kesan keimanan kita bro.. alquran kalau ditentang kesannya neraka bro......derhaka sultan kesannye dunia je bro..... kpd derhaka allah s.w.t sendiri mau ingat le bro.......
kat malaysia ni kan mana yang lebih manusia takut hasil didikan UMNO 52 tahun, Rajakah, UMNO/BNkah, polis/frukah......... jawapanya.......semua diatas. alllah s.w.t diaorang kata letak tepi bro.................
Salam Pang5..
Sebelum ini agenda PR adalah hendak menghapuskan DEB dan hak-hak istimewa serta ketuanan Melayu. DAP berasa bangga kerana PKR dan PAS membantu mereka. Ini adalah kerana tanpa sokongan Melayu itu sendiri, DAP tidak akan berjaya untuk " merobek " pemerintahan BN yang ditunjangi oleh UMNO.
Dengan bantuan Melayu-melayu bangsat dalam PR , DAP sudah mula melepaskan jarum-jarum halusnya. Pertama mereka mengadu domba sesama Melayu...itupun Melayu tidak sedar lagi. Apabila melihat Melayu sudah berpecah 3, mereka mula "mengusik DEB" untuk dihapuskan. Melayu dalam PR menyokong? Menuntut hak kesamarataan antara kaum. Melayu PR sokong? Menghasut rakyat bukan Melayu supaya meminta hak-hak keistimewaan orang Melayu dihapuskan. Melayu PR sokong? Dan bermacam lagi. Segala tindak tanduk yang dilakukan oleh DAP, Melayu PR akan menyokong mereka termasukkan melupakan untuk menegakkan negara Islam Pas. Kerana apa? kerana lubang hidung mereka sudah dicucuk oleh DAP. Sebab itulah DAP boleh mengheret melayu-melayu PR ini kemana sahaja mereka suka. Itupun Melayu PR tak sedar lagi malah sanggup bertakbir apabila saudara se-Islam mereka dihina. Melayu PR tak sedar lagi.? Biarlah ugama Islam dilacurkan, Melayu dihina dan bagi mereka itu semua tidak penting asalkan. Asalkan mereka mendapat kuasa. Matlamat menghalalkan cara?
Mohd Nizar dan Khalid Ibrahim cuma MB boneka DAP. Menjadi MB sebagai syarat sahaja, tetapi keputusan dibuat oleh " tangan lain " di belakang MB. Itupun masih mereka nak berbangga kerana menjadi MB, padahal mereka cuma " badut " DAP sahaja. DAP dan kuncu-kuncunya amat rakus untuk mengumpulkan harta sehinggakan tanah untuk Kampung-kampung lindungan Cina di Perak semasa zaman komunis dahulu diberi hak milik selama 999 tahun.
Apa sudah jadi dengan kampung tersusun di Perak. Hak milik cuma 99 tahun sahaja. Siapa yang majoriti menghuni kampung tersusun? Bukankah orang Melayu. Bagaimana pula dengan nasib perwira dizaman komunis dahulu. Apa yang keluarga mereka dapat jika hendak dibandingkan dengan kampung-kampung Cina ini? Berapa banyak lagi tanah yang ada di Perak yang hendak Mohd Nizar gadaikan kepada bangsa bukan Melayu?
Adakah Mohd.Nizar dan melayu-melayu didalam PR sedar akan jarum halus terbaru DAP di Perak. Dalam situasi sekarang dilihat orang bukan melayu semakin berani dan bersikap kurang ajar serta biadap terhadap baginda Sultan Perak. Mereka menjadi kurang ajar kerana Nizar dan orang-orang Melayu di dalam PR sendiri yang mengajar mereka. DAP hendak mengikis sedikit demi sedikit keistimewaan orang Melayu termasuklah Raja-raja Melayu sekali. Adakah Nizar lupa semasa mula-mula dilantik menjadi MB selepas PR menang di Perak, siapa yang bersikap kurang ajar terhadap Sultan Perak dan siapa yang menyokong Karpal kalau tidak Anwar Ibrahim?
Bila keadaan menjadi semakin rumit sekarang sebenarnya memberi " lesen " kepada DAP untuk terus bersikap biadap terhadap Sultan Perak. Adakah dengan hasutan Karpal Singh, Mohd Nizar hendak mengambil tindakan undang-undang terhadap baginda Sultan Perak? Tidak pernah dalam sejarah negara seorang bekas Menteri Besar sanggup menulis surat " memohon derhaka " terhadap baginda Sultan? Adakah ini yang diajarkan oleh Anwar? Anda sebagai seorang " Melayu Biadap" telah menunjukkan satu teladan yang baik kepada bukan Melayu supaya mereka akan bersikap lebih biadap lagi terhadap kesultanan Melayu Perak.
Orang Melayu Perak tidak akan lupa dengan tindakan kurang ajar anda ini.
Sudahlah Mohd.Nizar, kerajaan PR sudah hilang majoriti di DUN Perak. Sebelum baginda Sultan Perak membuat keputusan, baginda telah berjumpa dengan semua DUN BN termasuk 3 DUN bebas seorang demi seorang untuk melihat sokongan mereka. Dan setelah mendapati 31 DUN memberi sokongan tidak berbelah bagi terhadap BN, maka baginda menggunakan kuasa yang ada untuk menolak permintaan Nizar bagi membubarkan DUN Perak.
Tidakkah Nizar pernah berterima kasih kepada Paduka Seri Sultan Perak diatas perkenan Duli Sultan Perak melantik Nizar sebagai MB dan mengurniakan pangkat "Dato Seri" kepada Nizar? Maka Sultan Perak pun ada hak untuk memecat memanda baginda jika baginda dapati ianya tidak sesuai?
Hormatilah keputusan baginda Sultan Perak yang menolak anda sebagai memanda baginda. Terimalah kekalahan ini dengan seadanya dan tangan yang terbuka. Sesungguhnya anda sudah tidak diperlukan lagi sebagai Menteri Besar Perak. Wallahuallam.
Ampun Tuanku beribu-ribu ampun
Sembah Patik harap di ampun
Patik sebagai anak jati Perak berdiri teguh di belakang Tuanku untuk mempertahankan negeri Tuanku, Negeri Perak Darul Ridzuan.
Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku.
Assalamualaikum Tuan2 sekalian,
Kurang ajar sungguh Nizar ni, dia dah lupa asal usul dia gara2 gila kuasa....
Kawan2 semua takkan kita nak biar Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak kita diperlakukan begini, kita sebagai anak Perak yang sejati harus melakukan sesuatu....
Tiba masanya kita pertahankan Sultan kita...
Kita harus ajar Anwar Al Juburi....si bangsat perosak bangsa ni elok direjam dengan batu aje...
DAULAT TUANKU
Kesian lihat anak Melayu yang taksub terhadap Pas hingga segalanya jadi halal dalam Pas.Aku dan suami malu kerana 10 tahun lebih bersama Pas.Ahamdulillah Allah telah sedarkan kami.Jangan biarkan kuasa kita hilang kerana terlalu taksub nak jatuhkan UMNO.Bangga kerana Perak mempnyai Sultan yang bijak dan tabah.Daulat Tuanku.Moga Allah panjangkan usia Tuanku.Bersatulah bangsaku demi Agama.Jangan biarkan orang lain tertawakan kita.
terima kasih komen semangat setia pada Raja oleh sahabat2 BPN semua.
kita tidak akan melayan komen ke arah menghina Raja.
menghormati Raja tanda menghormati Rasul dan menghormati Allah.
Kerana Allah perintah Rasul sampaikan agar kita mentaati pemegang amanah rakyat yang dipanggil ulil amri atau khalifah.
jangan kamu wahai anon yang pengecut menyamakan hormat kepada Tuanku Sultan satu perkara tidak ada dalam Islam.
Maha Mulia manusia tidak sama Maha Mulia Allah.
kerna manusia diperanak dan beranak dan ALLAH TIDAK BERANAK DAN DIPERANAKKAN.
harap jangan kelirukan atau anda sendiri mendedahkan betapa jahilnya diri anda berkenaan isu sekecil ini.
Ingat Raja benteng pertahanan kesucian Islam dan penganutnya yang majoriti bangsa Melayu di tanah merdeka bernama Malaysia ini...
Takbirrrr !!!
Daulat Tuanku !!!!!!!!!
Tuan baca juga disini Mungkinkah Sejarah akan berulang di www.ahmadsaabun.blogspot dan jangan lupa melihat www.mandatrakyat.blogspot.com, kesemua rakan-rakan sdr saya link kan disana. Salam perjuangan
Catat Ulasan