Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

17 Disember 2012

DAP bukan saja dikuasai satu kaum tetapi dinasti keluarga - Najib

guan-eng-pijak513  
Mudah cerita, slogan DAP selama ini, dari 'Malaysian Malaysia' sampailah 'middle Malaysia' hanyalah slogan tanpa makna. Boleh tuduh UMNO dan Barisan Nasional macam-macam, tapi tidak ada sekalipun dalam sejarah baik UMNO mahupun BN, anak beranak jadi pemimpin tertinggi, nombor satu dan dua.
Bahkan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) pada kongres parti pembangkang itu semalam jadi bukti ahli Melayu dalam DAP hanya seperti kata perpatah 'melukut ditepi gantang, ada tak menambah, pergi tidak luak,".

Sebab itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad berkata DAP tidak mewakili 'middle Malaysia' atau semangat perpaduan semua kaum di Malaysia apabila semua pemimpin Melayu DAP tidak memperoleh cukup undi untuk duduk dalam CEC DAP. 
    
Menurut Najib berkata perkara seperti itu tidak akan berlaku dalam Barisan Nasional (BN) yang mengamalkan pendekatan adil kepada semua kaum di Malaysia dan mempunyai hala tuju jelas untuk negara.
"Kita juga menyaksikan DAP bukan sahaja didominasi oleh satu kaum, iaitu Cina, tetapi juga oleh dinasti keluarga di mana Lim Kit Siang mendapat undi tertinggi manakala anaknya Lim Guan Eng di tempat kedua," katanya.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan Perhimpunan Agung Ke-23 Parti Liberal Demokratik (LDP) di Sandakan hari ini.
    
Najib menyeru rakyat agar terus menyokong BN yang mengamalkan perpaduan di bawah konsep 1Malaysia dan ini juga dibuktikan dalam barisan Kabinetnya.
"Malaysia berada dalam perkongsian baik dikenali sebagai Barisan Nasional. Percayalah, kami (Malaysia di bawah kerajaan BN) akan berusaha keras, ekonomi kita akan meningkat dan pelabur akan lebih yakin," katanya.
    
Bernama melaporkan Perdana menteri juga berkata kerajaan BN akan terus menyalurkan bantuan dalam pelbagai bidang seperti pendidikan dan perniagaan untuk membolehkan negara terus makmur.
    
Sementara itu, Najib berkata BN amat serius dan jujur dalam menunaikan janjinya kepada rakyat tidak sepertimana sesetengah pemimpin seperti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
    
Katanya semasa Anwar sekejap menjadi pemangku perdana menteri pada 1997, bekas timbalan perdana menteri di bawah pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu mempunyai banyak peluang untuk membuktikan kewibawaannya, tetapi telah mengambil jalan mudah dengan membiarkan Tabung Matawang Antarabangsa mengawal Malaysia semasa krisis ekonomi pada tahun itu.
"Beliau (Anwar) tidak melindungi kedaulatan negara...Beliau tidak pernah bertanya pada dirinya sendiri kenapa beliau tidak layak menjadi perdana menteri," katanya.
    
Najib juga meminta rakyat untuk tidak mempertaruhkan masa depan Malaysia di bawah pakatan pembangkang.
Beliau berkata pakatan parti-parti pembangkang tidak mempunyai ideologi bersama dan tidak mempunyai hala tuju yang jelas mengenai masa depan negara.
    
"Malahan pemimpin mereka Anwar (ketua umum PKR) dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang saling bersaing untuk menjadi perdana menteri sekiranya pakatan pembangkang berkuasa.
    
"Kita (negara) tidak boleh mempunyai (ditadbir) satu pakatan yang asasnya pincang," katanya.
    
Sementara itu, ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zakarshi pula berkata keputusan pemilihan (CEC) DAP semalam jelas membuktikan kenyataan bekas Naib Pengerusinya,
Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim bahawa Melayu tidak mempunyai tempat dalam parti
itu adalah benar.
    
Katanya, walaupun calon Melayu yang bertanding dalam pemilihan itu bukan calang-calang orang, namun mereka tetap tewas kerana parti tersebut mengamalkan perkauman.
    
"Mereka yang bertanding bukan calang-calang orang seperti Senator Ariffin SM Omar, yang merupakan seorang tokoh akademik dan merupakan seorang profesor.
    
"Saya tahu beliau tidak terpilih kerana beliau bangsa Melayu, dan orang DAP tidak pandang pun kelulusan dia. Kalau sekiranya ahli biasa DAP yang mengundi, saya tidak risau, tetapi yang mengundi ini ialah perwakilan yang merupakan pemimpin akar umbi," katanya kepada Bernama hari ini.
     
Beliau berkata mereka bukan sahaja tidak menang malah semua lapan calon Melayu juga mendapat undi yang amat sedikit, membuktikan dengan jelas Melayu memang tidak mempunyai tempat dalam parti cauvinisme itu.
Sehubungan itu, Puad yang juga timbalan menteri pelajaran, meminta orang Melayu termasuk PAS membuka mata melihat perkara ini, dan tidak hanya bersikap tidak endah dengan apa yang berlaku.
Manakala ketua Umno Pasir Gudang, Datuk Seri Khaled Nordin berkata kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang secara terbuka mahukan dua sekutunya, PAS dan PKR, memberi parti itu 13 kerusi tambahan untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13, bakal menjadi punca pergolakan pakatan pembangkang.
    
Katanya, keadaan itu menggambarkan DAP ingin mendominasi pakatan pembangkang.
    
"Saya percaya DAP beranggapan di kalangan parti pembangkang lain mereka merupakan parti yang terkuat, sebab itu mereka berani membuat tuntutan tersebut.
    
"Ini akan menjadi asas kepada perbalahan mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian hadiah sempena Program Gerak Mesra Perdana Majlis Perbandaran Pasir Gudang hari ini.
    
Lim membuat permintaan itu ketika berucap di Kongres Kebangsaan ke-16 DAP di Pulau Pinang semalam atas alasan semangat setiakawan.
    
Dalam pilihan raya umum 2008, DAP bertanding bagi 47 kerusi Parlimen dan 102 kerusi DUN.-16/12/2012

http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/dap-bukan-saja-dikuasai-satu-kaum-tetapi-dinasti-keluarga-najib.html


Sent from my iPad

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate