Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

24 Disember 2012

Gambar Nga dan Ngeh Bersama Nik Aziz di Masjid Lepas Dapat Tanah RM30 Juta ???


Nik Aziz bersama Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming di Masjid dipercayai sebelah rumahnya di Pulau Melaka Kelantan



1. Isu tanah 4,000 hektar kepada syarikat Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming telah menjadi bualan aktivis parti dan pemerhati politik tanah air selepas ia tersebar luas di akhbar arus perdana selepas didedah blog pisat.net. Selepas itu ia telah dijawab oleh pelbagai pihak berkaitan dengannya.

2. Dalam kes ini jelas syarikat Ngeh menerima tanah tersebut dan tidak dinafikan oleh beliau (seperti berita ini http://klpos.com/politik/32421-status-mb-perak-ngeh-koo-ham-nafi-projek-balak-di-kelantan-habuan-dari-pas ) namun membuat penafian ia berkaitan jawatan MB Perak yang diberi kepada Nizar.



3. Walaupun DAP anti Raja dengan melarang ahli menerima darjah kebesaran dari Istana klik sini http://www.melanaublogger.com/2012/12/karpal-singh-tegur-dua-pemimpin-parti.html namun kita pelik kenapa orang yang mengangkat Istana dan menyanjung Sultan dalam PAS boleh menerima DAP. Termasuk diberi tanah begitu luas oleh parti Islam PAS ?

4. Dalam kes Deepak ramai blogger seperti RBF sudah dedahkan beliau seorang tidak boleh dipercayai, kejap kata kenal Bala, sedangkan dulu kata tidak pernah terlibat dengan Bala. Lihat video Malaysiakini di bawah :


5. Dalam kes Ngeh dan Nga pula jelas mereka dilihat bersalah apabila gentar dan membuat ugutan kepada YB Hamidah Osman seperti disiarkan Pisau.net di sini http://www.pisau.net/2012/12/nga-kor-ming-ugut-dato-hamidah-laporan.html

6. YB Hamidah Osman telah mendapat ugutan dari Ngeh Koo Ham selepas mendedahkan skandal tersebut yang berlaku di Dewan Makan DUN Perak jam 3.30 petang 20 Disember 2012 yang lalu. Blog Gosip Rakyat menyiarkan cerita tersebut di sini http://eddyjugaks.blogspot.com/2012/12/hot-nga-kor-ming-dah-kantoi-main-ugut.html

“Selepas pendedahan skandal tanah itu mereka (Kor Ming dan Koo Ham) kelihatan gelisah dan tak ceria sepanjang Sidang DUN. Jadi saya takut mereka boleh mengada-adakan perkara yang tidak wujud,” katanya kepada media di Balai Polis Kampung Rapat, semalam.

Mengenai ugutan diterimanya daripada Kor Ming, katanya, ia berlaku pada Khamis, jam 3 petang ketika minum di dewan makan Sidang Dun.

Hamidah berkata, Kor Ming datang kepadanya dan mengeluarkan perkataan, ‘you reveal and watch out, I’ll go after you’ dengan muka yang marah dan geram.

“Ugutan tidak patahkan semangat saya dan saya akan bongkar siapa mereka kepada rakyat, kerana mereka perlihatkan diri mereka seolah-olah suci.

“Mereka patut nafikan ia bukan putar belit keadaan. Saya cabar mereka buat kenyataan menafikan penglibatan syarikat mereka itu,” katanya.

YB Hamidah Osman di Balai Polis Kampung Rapat

7. Jarang orang tidak bersalah berlaku kasar dan bengis serta membuat ugutan seperti sikap yang disebut di dalam berita di atas. Hanya orang terlalu takut dengan kebenaran akan menyerang orang yang mendedahkannya. Jika melalui proses biasa kenapa perlu diherdik sedemikian rupa Exco Kerajaan Perak yang juga seorang wanita ???

8. Kita tidak peduli sangat jika DAP atau PKR atau PAS sendiri mahu anak beranak memimpin parti. Walaupun ia jelas bercanggah dengan penentangan mereka sebelum ini yang anti kronisme. Namun apabila hak rakyat diselewengkan ia ternyata membuktikan Pakatan hanya pandai bercakap tetapi sangat jahat apabila mengamalkan apa yang mereka tentang Barisan dalam Pakatan yang mereka pegang.


9. Baca selanjutnya penjelasan pisau.net tentang ladang rakyat yang turut melibatkan penyokong PAS di Mukim Relai, Gua Musang di sini http://www.pisau.net/2012/12/pemimpin-pas-sedih-tanah-mereka-telah.html

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

brkat doa adek nicky dh terpalit kat PAS kalnte..KO.PAS..KO PAS..PAS KO..angkara nicky....hahahaha

Cari Blog Ini

Translate