Panglima:
Dengan kecanggihan internet hari ini bukan susah pun untuk menerangkan isu amanat beliau 1981.
Begitu juga jentera Pas sedia mengedarkan penjelasan beliau di pasar malam, lokasi ceramah mahupun surau atau masjid bentuk cd atau hard copy. bila-bila masa yang diarahkan.
Jika beliau tidak mahu guna tv internet anak buahnya.
Tetapi kenapa mahu siaran langsung di TV?
Hj Hadi tahu beliau perlu mencipta impian yang sukar dan tidak masuk akal.... Maka perkara yang mustahil inilah yang diharap oleh beliau untuk memerangkap Kerajaan yang gigih menyedarkan perkara sebenar amanat beliau.
Kepada Hj Hadi, bertaubatlah dan tarik kembali amanatmu yang sudah mencipta masalah berpanjangan dan merosakkan hubungan sesama Islam.
Sebelum mati, jadikan amanat ini sudah tidak absah lagi. Jangan biarkan dosa yang mengalir tidak henti akibat kekafiran yang diselitkan dalam amanat itu mencengkam kehidupanmu di alam kubur nanti.
Buanglah ego berdoalah agar dosamu diampun Allah. Allah Maha Pengampun walau sejahat mana perbuatan kita.
Hadi minta RTM, TV3 beri satu jam jelaskan isu Amanat Hadi
WARTAWAN SINAR HARIAN
29 Disember 2012
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi AwangKUALA TERENGGANU – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta kerajaan memberi beliau peluang siaran secara langsung sejam menerusi RTM untuk menjelaskan isu Amanat Haji Hadi yang kembali menjadi polemik semasa.
Selain RTM, Abdul Hadi turut meminta rangkaian Kumpulan Media Prima terutama TV3 juga memberinya peluang yang sama.
Ahli Parlimen Marang itu enggan menyatakan pendirian sama ada amanat itu harus ditarik balik atau tidak dalam sidang media kerana percaya kenyataannya tidak akan disiarkan penuh sebagaimana diharapkan selain berlakunya diputar belit fakta.
"Saya minta supaya diberi peluang secara langsung sejam oleh RTM dan TV3. Beri satu jam biar saya jelas, lepas itu masyarakat boleh nilai," kata beliau selepas melancarkan Petugas Muslimat Marang PRU13 di Dewan Tok Guru, Rusila, Marang, pagi tadi.
http://www.sinarharian.com.my/politik/hadi-minta-rtm-tv3-beri-satu-jam-jelaskan-isu-amanat-hadi-1.116448?localLinksEnabled=false
Sent from my iPad
4 ulasan:
beginikah tahap pemikiran YDP pembela negara? hehehhehee apa yang sukar? 1 jam, bukan 24 jam. bila orang senyap puak UMNO bising suruh jawab, bila nak jawab bagi seluruh rakyat Malaysia, dia spin kat situ pulak. YDP .. YDP .. bikin malu saja.
banyak mana waktu yg hadi nak minta tu aku tak heran....dia mesti spin punya.....
soalnya sekarang bagaimana dia nak menghadapi pengikut pengikut fanatiknya yg dah mati dimana selama hidupnya telah mengkafirkan umat islam yg lain di peringkat grass root....kerana percaya dgn amanat ini??
Setuju sbb isu ini dh jd isu negara jd biar la rakyat dengar penjelasan hj hadi melalui live d tv
"Ana mau masuk telibesen sebab ana mau jadi retis jugak macam Ustaz Azhar Idrus Kemah Keming....ha ha ha...sohor tu..." - Hadi Awang
Catat Ulasan