Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

29 Disember 2012

Amanat Haji Hadi sedang memakan diri « Blog Biswardi

BUKU bertajuk Kafirkah Aku karya C.J Al Afghani seorang aktivis Pas menarik minat banyak pihak. Ia mengingatkan kita kembali mengenai perbuatan Haji Abdul Hadi Awang mengkafirkan UMNO dan membawa perpecahan yang parah di kalangan umat Melayu.

img-Z17155604-0001

Ia berlaku pada tahun 1982, di Ulu Peradung, Terengganu sewaktu Revolusi Iran berada di puncaknya. Haji Hadi amat tertarik dengan kejayaan Revolusi Iran dan Pas kelihatan amat radikal pada waktu itu.

Pada tahun 1982 juga Anwar Ibrahim menyertai UMNO dan ia memberi kesan kepada Pas. Haji Hadi suatu ketika dulu pernah menjadi Yang Dipertua ABIM Trengganu di zaman Anwar menjadi Presiden ABIM, mungkin dia berasa amat kecewa dengan keputusan yang diambil oleh Anwar.

Apakah ini menjadi antara sebab Haji Hadi menjadi lebih radikal kerana sebahagian orang ABIM yang mendukung Pas menganggap keputusan Anwar menyertai UMNO tidak syarie kerana ia tidak dibincangkan dalam syura.

Keradikalan Haji Hadi dan populariti yang ada padanya menyebabkan dia tergamak mengambil pendekatan hitam-putih dalam memperjuangkan "politik Islam" sehingga mengkafirkan UMNO.


Baca selanjutnya di 
http://biswardi.wordpress.com/2012/12/29/amanat-haji-hadi-sedang-memakan-diri/


Sent from my iPad

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Haji Hadi minta dia diberi 1 jam untuk perjelaskan amanatnya di TV secara langsung. Apa dia ingat kerajaan bodohkah? Bila diberi 1 jam dia akan bercakap benar mengenai amanatnya, habislah kita jika Hj Hadi bercakap benar, kerana selama ni kita hidup berdasarkan berita2 PR yg tlh di spin kan...Harap Rais Yatim jangan biarkan Hj Hadi bercakap benar. Kalau nak beri peluang dia cakap di TV pun perlu dirakam terlebih dahulu bagi memberi peluang kita spin apa yg dia cakap tu (macam biasalah...)

Cari Blog Ini

Translate