Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

09 Disember 2012

Krisis di Mesir : Mursi dijangka kerah tentera


Mursi dijangka kerah tentera

KAHERAH 8 Dis. - Presiden Mesir, Mohamed Mursi dijangka mengerahkan pasukan tentera bagi membantu polis menjaga keselamatan dalam menghadapi tunjuk perasaan besar-besaran, menjelang pungutan suara untuk meluluskan Perlembagaan baharu Mesir.

Akhbar al-Ahram hari ini melaporkan, Kabinet Mesir sudah meluluskan tindakan undang-undang yang membenarkan pasukan tentera membantu 'memastikan keselamatan dan melindungi institusi negara' serta diberi kuasa untuk menahan sesiapa yang melakukan kesalahan.

Namun, laporan itu tidak menyatakan bila undang-undang tersebut akan dilaksanakan.

Sementara itu, penunjuk perasaan masih mengadakan bantahan di luar Istana Presiden, yang sebelum ini menyaksikan tujuh orang terbunuh dan 350 lagi cedera dalam pertempuran antara penyokong Mursi dan juga kumpulan anti-kerajaan.

Pasukan tentera Mesir merupakan kuasa kedua terpenting selepas Presiden sebelum ini dan majlis tentera mengambil-alih pemerintahan buat sementara selepas Presiden Hosni Mubarak digulingkan pada tahun lalu.

Bagaimanapun, Mursi mengenepikan jeneral-jeneral tentera pada Ogos lalu, dua bulan selepas beliau dipilih sebagai Presiden dan pasukan tentera dilihat tidak menunjukkan minat untuk campur tangan dalam krisis terbaharu yang berlaku di negara ini ketika ini. - DPA

© Utusan Melayu (M) Bhd 


Panglima :

Pengajaran dari kisah Mursi ialah belum tentu keilmuan beliau sebagai Al Hafiz mampu memberi jaminan dapat mentadbir dengan baik. Ilmu mentadbir perlu dipelajari dan belum tentu semua orang mampu menjadi pemimpin walau berpendidikan agama. 

Seorang pemerintah yang hebat dapat membawa negara ke arah diredhai Allah walau tiada ilmu agama hebat. Namun belum tentu seorang hafiz dapat menjadi pemimpin yang berkesan jika tiada ilmu mahupun pengalaman yang cukup untuk menguruskan kerajaan. 

Terkini Mursi telah sanggup menerima pinjaman IMF dan Kesatuan Euro, bukti kegagalan beliau menguruskan ekonomi sehingga meminta pinjaman along bertaraf dunia IMF tersebut.Yang ditolak oleh Malaysia semasa krisis 1998 dahulu.

Perubahan yang berlaku di Mesir rupanya membawa kemudaratan seperti di Iraq apabila Saddam dijatuhkan negara mereka semakin teruk dilanda berbagai masalah dalaman yang menghancurkan keamanan dan menyekat pembangunan yang didambakan oleh rakyat. 

Mari kita kekalkan pemerintahan yang sedia ada hari ini dan jangan benarkan perubahan yang dicanang oleh pembangkang bakal membawa kemudaratan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara kita akibat diperintah golongan rosak moral, penipu, penjenayah dan tiada ilmu memerintah sehingga menghancurkan kemakmuran yang begitu payah dibina oleh pemimpin terdahulu dari kita sebelum ini.

 
 

Sent from my iPad

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate